Monday

Jadi Penghibur Jalanan Keliling Dunia

Lepas sekolah menengah dulu aku dah ada keinginan nak mengembara keluar negara. Berkerja sambil belajar di Europe. Masa tu hanya angan je yang tinggi. Tak kemampuan dari segi duit. Ada kawan yang suggest, bawak sebijik gitar dan jadik penghibur jalanan. Tak ada masaalah tentang duit nanti. Aku tak berapa pandai bermain gitar walaupun dah cuba belajar. Suara aku pun tak lah semerdu mana. Lebih kurang macam buluh jugak. Bukanlah buluh perindu tapi lebih kurang macam buluh lemang. Pernah kawan kutuk aku. Kalau aku menyanyi kat fun fair, tiga hari lepas tu, gerenti fun fair tu akan bangkrap.




Aku bernasib baik. Dapat bekerja diluar negara dan dapatlah aku teruskan impian aku untuk mengembara kebeberapa negara dan benua. Kalau bercuti aku akan backpacking kenegara lain dan tak pulang ketanah air. Ambik peluang yang ada. Backpacking secara solo. Selalunya aku lepak kat hostel. Kadang kadang tidur dengan awek tanpa rela. Bukanlah berdua duaan tapi berkongsi dorm ramai ramai. Dari situ aku kenal dengan ramai sahabat baru dari pelbagai bangsa.




Semasa dihostel kerap kali aku jumpa dan berkenalan dengar backpacker yang jadik penghibur jalanan. Satu cara mendapatkan duit sambil mengembara keliling dunia. Teringat angan angan aku dulu. Dorang selalunya menjadi penghibur jalanan ditempat tumpuan orang ramai. Dapatlah duit untuk bayar hostel, makan dan simpan untuk tambang kedestinasi seterusnya.



Kalau aku jumpa penghibur jalanan yang sedang buat persembahan, aku akan berhenti. Memberi sokongan dan hulur sedikit duit. Mungkin aku ada impian untuk menjadi saperti dorang dulu. Jadi penghibur jalanan untuk keliling dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...