Thursday

Beku di Berlin


Aku sekarang berada di Berlin. Lepak kat satu hotel murah yang bersebelahan dengan Berlin Hauptbahnhof atau Central Railway Station. Cuaca betul betul sejuk. Banyak kawasan masih lagi diseliputi oleh salji. Kebanyakan sungai semuanya beku. Bila malam lagi lah sejuk. Aku duduk dalam bilik je.Tak tahan dengan salji yang turun.



Tadi aku sempat ronda ronda kat Berlin Hauptbanhof. Cari barang barang yang kawan kawan kirim. Berlin Hauptbhanhof tu lebih kurang macam KL Central. Ada empat tingkat shopping complex. Sesak dengan orang ramai. Boleh jumpa ramai backpacker dari pelbagai bangsa dan negara. Berpusing pusing aku carik t shirt yang ada tulisan dalam bahasa German. Sorang kawan yang suruh carikkan. Akhirnya jumpa gak kat kedai Virgin Airlines.


Cost dekat Berlin ni agak mahal. Air mineral setengah liter berharga dua euro atau dekat sepuluh ringgit. Jumpa satu restoren makanan Asia. Ragu ragu aku nak makan kat situ. Last last aku bedal pizza je.


Esok baru aku akan ronda ronda kawasan terkenal disini. Malam mungkin aku akan keluar dari Berlin. Tak pasti lagi kemana aku akan pergi. Mungkin ke Vienna atau Budapest. Aku akan ikut je kaki aku kemana dia akan melangkah.

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

wow..kau bertuah sbb ada peluang melihat dunia sana..

hati2 jimmy..semoga selamat arah perjalanan kakimu..

Jimmy said...

terima kasih...saya ambik peluang yg ada...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...