Wednesday

Kurma Ranum Dan Menunggu Berakhirnya Summer

Semasa aku balik kerja tadi, banyak kelihatan pokok2 kurma ditepi jalan yang buahnya tengah ranum. Terasa ingin berhenti yang memetik sedikit untuk berbuka puasa nanti. Akhirnya aku batalkan niat aku tu. Bukan apa, kurma yang baru dipetik kurang manis. Masih ada rasa kelatnya. Kalau nak terasa lebih sedap, terpaksa tunggu dua tiga hari dimakan selepas dipetik.


Dikedai kedai dan supermarket banyak dijual kurma2 fresh sekarang ni. Kebanyakan diimport dari negara Arab yang lain. Buah kurma disini qualiti agak kurang bagus. Mungkin tanahnya kering kontang dan tak sesuai untuk bercucuk tanam.


Satu tanda musim panas atau summer akan berakhir bila buah kurma dah masak atau ranum. Musim panas amat merimaskan. Selalu berkeadaan stress dan tension.Tahun ni panasnya agak berkurangan. Tidak saperti tahun lepas, melebihi 50 C. Tak sabar menunggu berakhirnya musim panas. Bila hujan turun, tanda musim panas akan berakhir. Aku rindu serindu rindu dengan hujan. Dipadang pasir, hujan bagaikan mutiara.

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

panas beteii... saba2..nk buat caner.. :)

salam ramadhan jimmy!

Jimmy said...

btul lah tu...kan sabar tu separuh dari iman...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...