Friday

Seville Satu Persinggahan - 2


Sebelum aku sampai di Seville, aku kurang tahu banyak infomasi tentang kota tu. Mungkin tak ada dalam senarai tempat persinggahan dalam pengembaraan ke Spain. Disebabkan tak ada laluan keretapi ke Andalusia dari Lisbon. Aku terpaksa menaiki bas ke Seville. Sampai di Seville baru aku carik infomasi tentang tempat tempat disana. Setelah beli tiket bas ke Cordoba pada pukul tiga petang dan dapatkan map atau peta yang ada senarai tempat yang menjadi simbol atau ikon kota Seville. Baru aku tahu terdapat banyak monument peninggalan kerajaan Islam semasa memerintah Spain dulu. Aku terus mengatur langkah untuk menjelajah seberapa tempat yang aku sempat.

Seville
Selepas aku melawat Plaza De Espana yang mana aku telah ceritakan  kat post terdahulu. Aku teruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Plaza Virgen De Los Reyes. Disitu terdapat tiga monument yang menjadi tumpuan pelancung dan simbol atau ikon kota Seviile. The Cathedral Of Seville, Giralda Tower dan Alcazar.

The Cathedral Of Seville adalah Gothic cathedral yang terbesar didunia. Dibina pada tahun 1401. Didirikan ditapak sebuah masjid. Masjid yang dibina semasa pemerintahan kerajaan Islam. Seluruh bangunan masjid dirobohkan dan yang tinggal hanya minaret atau menara masjid. Menara yang bertinggian 97 meter. Diletakkan satu loceng besar dan diberi nama Giralda Tower. Tak jauh dari situ terletak Alcazar. Kubu dan bekas istana yang dibina oleh kerajaan Islam. Didalamnya telah diubah suai menjadi istana raja Spain yang dinamakan Mudejir Palace. Tiket masuk ketiga tiga tempat tu berharga lapan euro. Aku hanya memerhati dari luar.

The Cathedral Of Seville Dan Giralda Tower Bibahagian Belakang

Alcazar
Setelah melawat dan berihat sekejap aku terus ke tepian Guadalquivir River untuk melawat The Torre Del Oro. Dalam perjalanan berjalan kaki aku cuba carik restoren halal. Satu pun tak ketemu. Pelawat tak lah ramai di The Torre Del Oro. Bangunan atau tower yang dibina oleh kerajaan Islam pada tahun 1220. Tujuan dibina untuk meninjau kapal yang keluar masuk ke kota Seville. Sekarang dijadikan Naval Museum.

Seville

Guadalquivi River

The Torre Del Oro
Dari situ aku terus ke stesen bas. Lunch ala kadar dengan tuna sandwich. Sambil menuggu bas untuk bertolak ke Cordoba dengan perasaan sayu. Sayu bila melihat kesan kesan peninggalan kerajaan Islam semasa memerintah Spain dulu. Yang tinggal hanya kenangan,

Thursday

Apa Dah Jadi


Aku pun tak faham kenapa blog aku ni selalu ada masaalah. Sekarang ni pulak aku tak boleh add image atau tag gambar. Kan kalau post tanpa gambar tak best. Terpaksalah aku selesaikan masaalah ini dulu sebelum aku teruskan dengan post atau entry yang baru.

Terima kasih kepada sesiapa yang jenguk blog aku ni dan yang memberi comment. Moga kita ketemu lagi.

Seville Satu Persinggahan - 1


Sebelum pada ni aku ada buat satu entry atau post pendek tentang Seville Spain. Aku ada tulis yang aku akankan ceritakan lebih lanjut lagi tentang tempat tempat menarik di Seville yang sempat aku lawati.



Aku menaiki bas malam dari Lisbon Portugal ke Seville. Perjalanan hampir lapan jam dan tiba di Seville pukul enam pagi. Destinasi pertama aku dalam siri pengembaraan ke Andalusia. Aku hanya ada lapan jam saja untuk menjelajah kota Seviile disebabkan kesuntukan masa. Petangnya aku terpaksa bertolak ke Cordoba. Satu pengembaraan yang amat memenatkan. Siang ronda ronda ditempat persinggahan dan di waktu malam meneruskan perjalanan kedestinasi lain dengan bas atau keretapi.




Disebabkan kesuntukan masa, aku hanya sempat melawat ke beberapa tempat saja. Yang paling popular dan menjadi tumpuan pelancung luar. Salah satunya adalah Plaza De Espana yang terletak di Maria Luisa Park. Hanya berjalan kaki untuk kesana. Waktu tu awal pagi, masih lagi tak kelihaatan ramai pelawat.




Plaza De Espana memang satu bangunan yang cantik.  Salah satu ikon kota Seville. Bangunan tiga tingkat. Ditingkat atas dijadikan pejabat pejabat kerajaan. Terdapat satu terusan disekeliling bangunan. Disediakan bot untuk ronda ronda. Bayaran agak mahal. 35 euro satu bot untuk empat orang. Masa hanya setengah jam. Diluar kemampuan aku. Tak lama aku berada disana, dalam satu jam. Diseberang jalan ada satu taman yang dikenali Maria Luisa Park. Dipenuhi dengan pokok pokok, bunga pelbagai jenis dan kolam.




Kalau nak tahu lebih detail lagi tentang Plaza De Espana, carilah website yang berkaitan.

Wednesday

Sahabat Aku Palestine


Malam tadi aku tenguk ada dua tiga jet pejuang sedang membuat latihan penerbangan. Terus aku terpikir, mungkinkah persediaan untuk menyerang Israel. Kan semua tahu yang Gaza sekarang ni tengah bergolak. Perang antara Israel dan pejuang Palestine.


Aku belum pernah lagi sampai ke Palestine. Yang pasti, aku punyai ramai sahabat sahabat yang berasal dari sana. Bercampur gaul bersama. Ada beberapa kawan sekerja yang berbangsa Palestine. Seorang tu bernama Hamid. Agak rapat dengan aku. Walaupun dia dilahirkan disini, tetap tak dapat taraf kerakyatan. Masih berstatuskan pelarian. Semasa aku mengembara ke Syria, aku pernah menginap dirumah satu keluarga Palestine. Dilayan saperti saudara sendiri. Di Lebanon aku berkenalan dan menjadi karib dengan sorang pekerja hotel yang berbangsa Palestine. Dia menceritakan yang ramai saudara maranya disembelih di kem pelarian oleh tentera Israel. Semasa dalam satu flight ke Manama Bahrain, aku berkenalan dengan sorang pemuda yang berasal dari Palestine. Disana kami tinggal sebilik disebuah hotel. Makan minum dan berjalan jalan bersama. Mereka semuanya sahabat sahabat aku. Berbangsa Palestine.

Semuanya yang aku kenal, meluahkan rasa kekecewaan. Kecewa kerana tidak mempunyai satu negara sendiri. Aku amat bersyukur. Ramai lagi yang berdoa agar dapat hidup saperti yang aku perolehi sekarang ini.

Tuesday

Bahasa Melayu DiMedan Perang Mu’tah

Salah satu tempat yang aku lawati semasa pengembaraan ke Jordan, adalah Mu’tah. Jaraknya, dua jam perjalanan dari Amman. Disitulah terjadinya satu peristiwa penting dizaman Rasulullah. Medan peperangan antara tentera Islam dari Madinah dengan tentera kerajaan Roman Byzantine. Dikenali sebagai Perang Mu’tah atau The Battle of Mu’tah. Berlaku pada tahun 629 atau 9 Hijrah.






Tak jauh dari pekan Mu’tah dengan menuruni bukit, ada satu masjid dan makam bagi panglima perang tentera Islam yang gugur syahid. Makam Jaafar Ibni Abi Talib, Zaid Ibni Harith dan Abdullah Ibni Rawahah. Didalamnya juga terdapat satu mini museum. Bayaran masuk adalah percuma. Terdapat senjata saperti pedang, Qu’ran lama dan barang tembikar yang dipamirkan.







Masa aku berkunjung, tak ramai pelawat yang datang. Aku agak terharu bila melihat papan tanda atau signboard yang terdapat disitu. Semuanya didalam bahasa Arab, English dan Melayu. Agak bangga bila bahasa Melayu diiktirafkan. Betambah terharu bila aku diberi layanan mesra oleh staff museum.




Hanya untuk pengetahuan. Dalam perang Mu’tah. Hanya 3000 jumlah tentera Islam yang menentang tentera Byzantine yang bergabung dengan puak Ghassanid. Jumlah tentera musuh adalah 200,000, diketuai oleh Hercules. Satelah gugur tiga panglima tentera Islam yang mana dimakam disitu, Khalid Ibni Al Walid dilantik menjadi panglima perang buat pertama kali. Sembilah bilah pedang telah patah semasa bertarung. Dari situlah dia diberi gelaran Saifullah atau Pedang Allah.





Sunday

Bosphorus Aku Datang

Dua tiga menjak ni aku selalu terbaca tentang satu filem melayu baru yang berjudul Istanbul Aku Datang. Apa pun aku belum tengok lagi filem tu. Sebut saja Istanbul, teringat akan aku kenangan semasa mengembara disana. Sebelum ini aku ada ceritakan beberapa post tentang Istanbul. Satu lagi aktiviti yang menarik di Istanbul adalah cruise di Selat Bosphorus. Tak sah travel ke Istanbul kalau tak buat aktiviti ini.




Kata orang kalau nak pergi ke Benua Eropah dari Asia dengan hanya beberapa minit, pergilah ke Istanbul. Kota Istanbul dibahagikan antara dua benua. Separuh dibahagian Asia dan separuh lagi dibahagian Eropah. Kedua dua bahagian ini dipisahkan dengan Selat Bosphorus. Selat yang panjangnya 32 km dari Sea Of Marmana hingga ke Black Sea.






Beberapa jenis pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan cruise di Selat Bosphorus. Ferry, cruise ship dan boat yang pelbagai jenis. Harga terpulang pada jenis pengangkutan dan masa. Ada yang dua jam dan separuh hari. Ada juga aktiviti tu diwaktu malam. Kalau ronda ronda dikawasan Eminou, Kadikoy, Besiktas, Uskudar dan berhampiran dengan Galata Bridge akan jumpa banyak tour company yang menyediakan perkhidmatan cruise ini.






Aku telah dipelawa oleh hotel yang aku duduk di Sultanahmed untuk cruise di Bosphorus dengan boat kecil. Hanya boleh muat dalam lapan orang. Bayaran agak murah, hanya 10 TL dalam masa dua jam. Bersama dengan beberapa orang pelancung tempatan dan pelancung dari India. Bermula dari dock yang berhampiran dengan Galata Bridge. Dalam perjalanan boleh lihat suasana dan keindahan kota Istanbul dibahagian Eropah dan Asia.






Kalau travel ke Istanbul. Jangan lupa untuk cruise di Selat Bosphorus. Akan dapat satu pengalaman baru. Berada di dua benua sambil melihat keindahan Asia dan Eropah.



Thursday

Meditasi Dengan Ganja Di Nepal


Aku nak cerita satu perkara luar biasa semasa aku mengembara ke Nepal. Pengunaan ganja disana. Di Katmandu, aku lepak kat satu hotel di area Thamel. Semasa aku memula nak masuk kebilik aku ditingkat 4, aku terjumpa seorang pekerja hotel sedang menhisap ganja ditangga. Disebelahnya ada selambak ganja yang banyak. Aku buat tak nampak. Petangnya aku berjalan jalan di kawasan Thamel. Ramai anak anak muda yang offer nak jual ganja kat aku. Tertanya tanya dalam hati, kenapa ganja agak popular disana.


Thamel Katmandu
Esok paginya aku bertolak ke Phokara dengan sorang kawan Nepalese. Aku kenal dia semasa sama2 berkerja disini. Kira dia lah yg bawak aku dengan kereta kesana sini. Aku tanya dia kenapa ramai yang suka menhisap ganja di Nepal. Agak terkejut bila diberitau. Ganja digunakan untuk meditasi dalam ritual ugama. Hare Rama Hare Krisna ke nama kawan tu cakap. Aku tak pasti dan dah lupa. Lima tahun lepas, semasa pemerintahan beraja, ada satu hari public holiday untuk menhisap ganja beramai ramai di temple temple. Ganja ditanam berluasan di Nepal. Sekarang ni dibawah kerajaan baru, public holiday tu dah tak ada lagi. Dia kata kebanyakan sami ditemple menhisap ganja semasa meditasi. Disediakan dengan percuma untuk orang yang berminat. Ramai backpacker atau hippies dari barat yang suka kesana.


Temple

Kampung Diperjalanan
Dalam perjalanan keluar dari Katmandu, kawan aku tu singgah sekejap dan tunjukkan satu temple. Aku tak masuk, hanya tengok dari luar dan teruskan perjalanan ke Phokara. Kawan aku tu bertanya, sama ada aku nak tengok pokok ganja ke tak. Boleh singgah dirumah sesorang kawan yang ada menanam ganja. Kami singgah dirumah kawan dia disebuah kampong didalam perjalanan. Dapat lah aku tengok macam mana rupa pokok ganja. Agak terkejut aku tengok ada satu pokok ganja besar didepan satu kedai makan. Didalam perjalanan aku jumpa banyak pokok ganja ditanam liar.

Pokok Ganja


Pokok Ganja
Salah satu lagi pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat semasa mengembara kesana sini. Kadang terjumpa perkara aneh atau luar biasa yang kita tak tahu sebelumnya.

Monday

Selamat Tinggal Lipstick Dan Sunblock

Sejak kebelakangan ni bila aku jenguk kelangit, akan kelihatan banyak awan. Tak saperti selalu. Dan kelihatan ada juga awan yang gelap. Tu salah satu tanda akan ketibaaan musim hujan dan winter. Selain cuaca tidak lagi panas. Ramai yang tak sabar menunggu turunnya hujan dan musim sejuk. Dipadang pasir yang gersang ni. Bagaikan satu rahmat.



Dah bertahun aku tinggal dipadang pasir. Paling tak tahan semasa summer atau musim panas. Kadang2 kehangatannya sama mencecah 50+ C. Selalu stress. Paling mencabar disaat ramadhan. Badan atau muka akan menjadi gelap disebabkan terik matahari. Bibir akan mengelupas. Bahang mentari yang diselang seli dengan angin yang terasa hangat. Terpaksa pakai baju long sleeve. Kalau tak, tubuh akan menjadi saperti bendera negeri Pahang. Disetengah bahagian putih dan disetengah gelap. Yang tak menutup muka dan hanya memakai safety glass. Muka akan jadi macam samurai. Hanya cerah dibahagian mata.
Salah satu cara untuk mengelakkan perubahan pada kulit muka, dengan mngunakan sunblock dan lip stick atau lipcare. Walaupun aku tak menggunakan benda tu semua dan muka akan kelihatan gelap. Manis tu tetap ada dan wajah aku tetap tak jemu dipandang. Lebih manis dari gula batu. Tapi tak lah sampai dikerumuni oleh semut.



Salah satu cara untuk menjaga kulit muka dan bibir. Aku gunakan sunblock dan lipcare atau lipstick. Lipstick tu bukanlah ada warna. Warna merah atau hijau ke. Kalau pakai yg berwarna merah, lain pulak cerita. Mulalah aku dituduh gay. Kena pulak aku ni jenis manja. Tapi tak lah sampai gedik. Sunblock pulak, aku gunakan SPF yang agak tinggi. Rating 55. Bila pakai sunblock, wajah aku maintain saperti biasa dan makin cerah. Dan makin ramai yang memuji kehenseman aku. Bukan aku perasan ke apa. Aku cakap yang betul. Sumpah. Sumpah semerah padi.

Semasa musim sejuk, sunblock tidak digunakan. Yang pasti, mungkin aku tak sempat merasai musim winter ditahun ni disini. Di padang pasir yang gersang. Aku akan bertukar tugas ke salah satu negara di Afrika tengah. Aku pasti akan terindu akan suasana winter disini. Satu memori indah untuk dikenang. Selamat tinggal sunblock dan lipstick.




Jenguk Israel Dari Aqaba

Sebelum aku pergi dan mengembara ke Jordan, sorang kawan ada beritau dan beri satu suggestion, ada masa masuklah ke Israel. Kan Malaysian tak boleh masuk ke Israel. Dah tertulis dipassport kata aku. Boleh kata kawan aku tu. Pihak Israel akan beri dua pilihan kat kita. Sama ada nak chop passport atau bagi satu pass tanpa passport dichop. Datang keinginan aku untuk masuk ke Israel. Kalau boleh ke Tel Aviv. Untuk mengetahui macam mana rupa orang Israel dan keadaan disana. Atas nasihat sorang kawan, keinginan aku tu dibatalkan. Tak nak ambik risiko. Hanya aku akan jenguk Israel dari jauh je.

Eilat Israel
Salah satu pintu masuk ke Israel di Jordan terletak di Aqaba. Bandar pelabuhan, free duty zone dan pusat peranginan yang terletak paling selatan. Dari Amman aku menaiki bas untuk ke Aqaba. Melalui King’s Highway selama empat jam. Dapat lihat satu permandangan yang cantik didalam perjalanan. Agak berlainan skit dari negara Arab yang lain.




Sebelum masuk kebandar Aqaba, kita akan melalui satu pusat immigresen dan kastam. Aku disoal dengan banyak sebelum dapat meneruskan perjalanan. Apa tujuan ke Aqaba dan tinggal dimana. Pepun aku dilayan dengan mesra oleh pihak immigresen bila dorang tau aku ni dari Malaysia.



Eilat Israel
Aqaba bersempadan dengan bandar Eilat dibahagian Israel. Pintu masuk ke Israel atau pusat immgresen hanya satu km je. Dari Aqaba kita dapat lihat Eilat dengan jelas. Di Aqaba aku lepak kat satu hotel murah dikawasan South Beach. South beach adalah satu pantai cantik yang menjadi tumpuan pelancung dan orang tempatan. Boleh bermandi manda dan scuba diving. Satu lagi activity yang menarik adalah menaiki glass bottom boat. Melihat kehidupan laut saperti ikan dan batu karang yang banyak.





Sambil berihat ditepi pantai, aku memerhatikan Israel dari jauh. Yang jelas kelihatan. Ada masa terasa kesal tak kesana. Boleh jugak ke Masjid Al Aqsa. Yang aku mampu, hanya jenguk je dari jauh.


Eilat Israel
Ada masa dan kesempatan, aku akan ceritakan lagi pengembaraan aku di Jordan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...