Malam tadi
aku tenguk ada dua tiga jet pejuang sedang membuat latihan penerbangan. Terus
aku terpikir, mungkinkah persediaan untuk menyerang Israel. Kan semua tahu yang
Gaza sekarang ni tengah bergolak. Perang antara Israel dan pejuang Palestine.
Aku
belum pernah lagi sampai ke Palestine. Yang pasti, aku punyai ramai sahabat
sahabat yang berasal dari sana. Bercampur gaul bersama. Ada beberapa kawan
sekerja yang berbangsa Palestine. Seorang tu bernama Hamid. Agak rapat dengan
aku. Walaupun dia dilahirkan disini, tetap tak dapat taraf kerakyatan. Masih berstatuskan
pelarian. Semasa aku mengembara ke Syria, aku pernah menginap dirumah satu
keluarga Palestine. Dilayan saperti saudara sendiri. Di Lebanon aku berkenalan dan
menjadi karib dengan sorang pekerja hotel yang berbangsa Palestine. Dia
menceritakan yang ramai saudara maranya disembelih di kem pelarian oleh tentera
Israel. Semasa dalam satu flight ke Manama Bahrain, aku berkenalan dengan
sorang pemuda yang berasal dari Palestine. Disana kami tinggal sebilik disebuah
hotel. Makan minum dan berjalan jalan bersama. Mereka semuanya sahabat sahabat
aku. Berbangsa Palestine.
Semuanya
yang aku kenal, meluahkan rasa kekecewaan. Kecewa kerana tidak mempunyai satu
negara sendiri. Aku amat bersyukur. Ramai lagi yang berdoa agar dapat hidup saperti
yang aku perolehi sekarang ini.
3 comments:
cacatan u kali ni.. I spt tak reti nak berkata2
sebak menguasai diri bila mengenangkan apa yg berlaku di Gaza skrg.
Sya pernah bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid ke-3 org islam harus pergi adalah Masjid Al Aqsa, Palestine. Semoga kita semua mampu ke sana satu hari nanti. Amin.
We are never too small, never too far, never too weak.. There's always something we can do..
Iam Faith,
thank for the info and comment...kita berdoa je lah agar palestine akan aman dan damai.
Post a Comment