Budapest Dalam Kenangan
Ada dua orang kawan complain bila jenguk blog aku ni.
Banyak gambar dah hilang dalam beberapa post atau entry. Aku pun kurang pasti
apa sebabnya. Gambar semuanya gelap. Tag gambar baru atau gantikan gambar lain pun tetap gelap. So far entry yang terbaru tak ada
masaalah. Kawan tu suruh aku tagkan gambar gambar semasa aku menjelajah
Budapest dan yang lain. Aku akan ceritakan apa tempat tempat menarik dan yang
aku dah lawati disana. Berserta gambar sekali. Kalau aku ada masa aku akan tag
semula semua gambar gambar yang dah hilang tu dan ceritakan secara ringkas tempat
tumpuan pelancung didestinasi atau negara yang pernah aku jelajahi.
|
Budapest |
|
Chain Bridge |
|
Cruise Di Danube River |
Budapest adalah ibu negara bagi Hungary dan salah satu
destinasi favourite aku. Salah satu kota yang paling cantik di Eropah. Aku berasa
betul betul tenang dan damai semasa berada disana selama empat hari. Setiap
petang selepas menjelajah tempat tempat menarik aku akan menyusuri dan berihat
ditepian Danube River. Ditengah Kota Budapest mengalir salah satu sungai yang
terbesar di Eropah, ya itu Danube River. Kawasan disebelah barat dipanggil Buda
dan disebelah timur dipanggil Pest.Bila digabungkan nama dua tempat ni, maka
jadi lah Budapest. Ada tujuh jambatan atau bridge menyambungkan Buda dan Pest.
Yang paling cantik dan terkenal adalah Chain Bridge.
|
Royal Palace |
|
Buda |
|
Buda |
Buda lebih menarik dari Pest. Mungkin Buda terletak
diatas bukit dan menjadi pusat pemerintah berabad abad dulu. Di Buda Hill atau
Castle terdapat banyak tempat tempat menarik dan museum yang jadi tumpuan pelancung.
Yang paling terkenal saperti Royal Palace, Mathias Church, Fishermen’s Bastion,
Gellert Hill, Lion’s Courtyard dan Savoyai Terrace. Dari Buda Hill kita akan
nampak keindahan bahagian Pest dengan jelas. Untuk sampai ke puncak Buda Hill
boleh berjalan kaki, taxi, bas dan funicular atau dipanggil Budavari Siklo. Aku
bernasib baik semasa di Buda Hill. Dapat tengok upacara petukaran Guard di President
House. Aku berjalan kaki meyeberangi Chain Bridge dari bahagian Pest dan
menaiki Siklo untuk sampai kepuncak Buda Hill. Berjalan kaki perlahan lahan apabila
turun dari Buda Hill.
|
Budavari Siklo |
|
President House |
|
Change Of Guard Ceremony |
|
Fishermen's Bastion |
|
Mathias Churh |
Pest adalah pusat pertadbiran dan kawasannya agak lebih
luas dari Buda. Tempat tempat menarik di bahagian Pest adalah Parliament House,
Market Hall, St. Stephen Basilica, Heroes Square dan beberapa museum.Sistem public
transports di Budapest agak baik. Ada metro, tram dan bas. Metro ada empat
line. Semasa aku menjejalah Budapest, aku hanya berjalan kaki kesana sini.
Mungkin aku ada banyak masa dan tak perlu tergesa gesa. Di Budapest juga
terdapat banyak Hamman atau dipanggil Baths. Tempat mandi yang ada sauna dan
massage. Budaya yang dibawa dari Turki. Hungary pernah dijajah oleh tentera
Islam dari Ottomon Empire selama hampir dua ratus tahun.
|
Pest |
|
Parliament House |
|
Market Hall |
|
Hard Rock Cafe |
|
Vorosmarty Square |
Makanan halal agak susah nak jumpa di Budapest. Aku
agak bernasib baik kerana ada satu restoren Indonesia bernama Café Yogya. Berhampiran
dengan hostel yang aku duduk di Victoria Street. Setiap hari aku akan singgah disitu. Cost serba
serbi disana agak murah. Hostel yang aku duduk hanya 10 euro satu malam. Agak
selesa. Pernah aku ceritakan tentang hostel tu di post atau entry Hotel Terbaik
Di Eropah. Kalau nak tau detail lagi tentang tempat tempat yang aku dah lawati.
Bacalah entry atau post aku yang terdahulu.
|
Metro Station |
|
Jogya Cafe |
|
Jogya Cafe Staff |
Kalau ada peluang ke Eropah, singgahlah ke Budapest.
Satu destinasi atau kota yang punya architecture cantik dan suasana yang tak
menjemukan dan damai. Kota yang digelar Paris Of The East.
8 comments:
hi bro, aku pun duk dgr sume org ckp budapest ni mmg menarik utk datang. insyaALLAH ade rezeki mmg aku nak dtg sini next year. kalo 4 hari tu mmg cukup eh? thanks for the good entry!
budapest memng sempoi john...jimmy doakan agar john akan sampai kesana satu hari nanti...4 hari dah cukup...cost kat sana pun murah.
Dah dimasukkan dalam list destinasi yang perlu dituju
moga impian imran untuk kesana akn tercapai..:)
Lawa Jambatan tu. Saya memang suka jambatan... kalau boleh nak peluk2 jambatan klasik macam tu.
Where's your next destination? Cam best jeee jalan2 cmni.
janggel,
tengok gak jambatan cam mana...x semua kita bleh suka...yg klasik ok la hehehe...besar sgt la janggel,jambatan tu untuk dipeluk...:)
Atiecady,
so far takde plan lagi...balik msia kot...teringin nak gi sipadan...memng best pun jln2...nak lak hobi kita travel...:)
Post a Comment