Sunday

Budapest Dalam Kenangan


Ada dua orang kawan complain bila jenguk blog aku ni. Banyak gambar dah hilang dalam beberapa post atau entry. Aku pun kurang pasti apa sebabnya. Gambar semuanya gelap. Tag gambar baru atau gantikan gambar lain pun tetap gelap. So far entry yang terbaru tak ada masaalah. Kawan tu suruh aku tagkan gambar gambar semasa aku menjelajah Budapest dan yang lain. Aku akan ceritakan apa tempat tempat menarik dan yang aku dah lawati disana. Berserta gambar sekali. Kalau aku ada masa aku akan tag semula semua gambar gambar yang dah hilang tu dan ceritakan secara ringkas tempat tumpuan pelancung didestinasi atau negara yang pernah aku jelajahi.

Budapest

Chain Bridge

Cruise Di Danube River
Budapest adalah ibu negara bagi Hungary dan salah satu destinasi favourite aku. Salah satu kota yang paling cantik di Eropah. Aku berasa betul betul tenang dan damai semasa berada disana selama empat hari. Setiap petang selepas menjelajah tempat tempat menarik aku akan menyusuri dan berihat ditepian Danube River. Ditengah Kota Budapest mengalir salah satu sungai yang terbesar di Eropah, ya itu Danube River. Kawasan disebelah barat dipanggil Buda dan disebelah timur dipanggil Pest.Bila digabungkan nama dua tempat ni, maka jadi lah Budapest. Ada tujuh jambatan atau bridge menyambungkan Buda dan Pest. Yang paling cantik dan terkenal adalah Chain Bridge.

Royal Palace

Buda


Buda

Buda lebih menarik dari Pest. Mungkin Buda terletak diatas bukit dan menjadi pusat pemerintah berabad abad dulu. Di Buda Hill atau Castle terdapat banyak tempat tempat menarik dan museum yang jadi tumpuan pelancung. Yang paling terkenal saperti Royal Palace, Mathias Church, Fishermen’s Bastion, Gellert Hill, Lion’s Courtyard dan Savoyai Terrace. Dari Buda Hill kita akan nampak keindahan bahagian Pest dengan jelas. Untuk sampai ke puncak Buda Hill boleh berjalan kaki, taxi, bas dan funicular atau dipanggil Budavari Siklo. Aku bernasib baik semasa di Buda Hill. Dapat tengok upacara petukaran Guard di President House. Aku berjalan kaki meyeberangi Chain Bridge dari bahagian Pest dan menaiki Siklo untuk sampai kepuncak Buda Hill. Berjalan kaki perlahan lahan apabila turun dari Buda Hill. 

Budavari Siklo

President House


Change Of Guard Ceremony

Fishermen's Bastion

Mathias Churh
Pest adalah pusat pertadbiran dan kawasannya agak lebih luas dari Buda. Tempat tempat menarik di bahagian Pest adalah Parliament House, Market Hall, St. Stephen Basilica, Heroes Square dan beberapa museum.Sistem public transports di Budapest agak baik. Ada metro, tram dan bas. Metro ada empat line. Semasa aku menjejalah Budapest, aku hanya berjalan kaki kesana sini. Mungkin aku ada banyak masa dan tak perlu tergesa gesa. Di Budapest juga terdapat banyak Hamman atau dipanggil Baths. Tempat mandi yang ada sauna dan massage. Budaya yang dibawa dari Turki. Hungary pernah dijajah oleh tentera Islam dari Ottomon Empire selama hampir dua ratus tahun.

Pest

Parliament House

Market Hall

Hard Rock Cafe

Vorosmarty Square
Makanan halal agak susah nak jumpa di Budapest. Aku agak bernasib baik kerana ada satu restoren Indonesia bernama Café Yogya. Berhampiran dengan hostel yang aku duduk di Victoria Street. Setiap hari aku akan singgah disitu. Cost serba serbi disana agak murah. Hostel yang aku duduk hanya 10 euro satu malam. Agak selesa. Pernah aku ceritakan tentang hostel tu di post atau entry Hotel Terbaik Di Eropah. Kalau nak tau detail lagi tentang tempat tempat yang aku dah lawati. Bacalah entry atau post aku yang terdahulu.

Metro Station

Jogya Cafe

Jogya Cafe Staff
Kalau ada peluang ke Eropah, singgahlah ke Budapest. Satu destinasi atau kota yang punya architecture cantik dan suasana yang tak menjemukan dan damai. Kota yang digelar Paris Of The East.


8 comments:

just.HY said...

hi bro, aku pun duk dgr sume org ckp budapest ni mmg menarik utk datang. insyaALLAH ade rezeki mmg aku nak dtg sini next year. kalo 4 hari tu mmg cukup eh? thanks for the good entry!

Jimmy said...

budapest memng sempoi john...jimmy doakan agar john akan sampai kesana satu hari nanti...4 hari dah cukup...cost kat sana pun murah.

Imran@Copenhagen said...

Dah dimasukkan dalam list destinasi yang perlu dituju

Jimmy said...

moga impian imran untuk kesana akn tercapai..:)

Ren said...

Lawa Jambatan tu. Saya memang suka jambatan... kalau boleh nak peluk2 jambatan klasik macam tu.

Atiecady Salim said...

Where's your next destination? Cam best jeee jalan2 cmni.

Jimmy said...

janggel,

tengok gak jambatan cam mana...x semua kita bleh suka...yg klasik ok la hehehe...besar sgt la janggel,jambatan tu untuk dipeluk...:)

Jimmy said...

Atiecady,

so far takde plan lagi...balik msia kot...teringin nak gi sipadan...memng best pun jln2...nak lak hobi kita travel...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...