Friday

Terkilankan Masjid Al Ibrahim Di Europa Point

Aku masih ingat lagi satu ketika dulu. Dah lupa tahun bila. Waktu bulan ramadhan ditanahair. Lebih kurang sejam sebelum berbuka puasa, TV3 akan menyiarkan siri Jejak Rasul.Tak silap aku masa tu episod Islam Di Eropah. Terpegun aku melihat keindahan satu masjid berwarna putih didirikan ditepi bukit berbatu yang tinggi dan berhampiran dengan laut. Nama masjid tu adalah Ibrahim Al Ibrahim yang terletak di Gibraltar. Tanpa diduga aku dapat melihat masjid tu didepan mata semasa aku singgah sekejap di Gibraltar dalam pengembaraan aku menjelajah Spain dan Portugal tahun lepas. Gibraltar adalah tanah jajahan British yang bersebelahan dengan Spain. Berkeluasan hanya 7 square kilometer. Selain Tarifa di Spain, Gibraltar juga salah satu titik akhir paling selatan bagi daratan benua Eropah. 


Kota Gibraltar

Setelah beberapa minit berjalan kaki dari La Linea Spain aku sampai di Gibraltar. Waktu tu dalam pukul sembilan pagi. Habis je breakfast aku ronda sekejap kat pusat bandar dan tanya dengan orang cam mana nak pergi ke Upper Rock. Upper Rock adalah landmark utama Gibraltar. Aku diberitau kalau nak kesana kena naik cable car, van atau mini bas. 

Upper Rock

Cable Car ke Upper Rock

Terus aku ke Grand Casemates Gate. Disitu terletaknya stesen mini bas dan van pelancung. Aku memilih untuk naik van pelancung disebabkan akan pergi kesemua tempat tumpuan pelancung. Termasuk juga ke Europa Point dimana terletaknya Masjid Al Ibrahim. Bayaran sebanyak 15 pound. Masa tu ada enam orang pelancung lain bersama aku. Perjalanan kesemua tempat dalam masa dua jam. Bayaran tu termasuk tiket untuk masuk ke Siege Tunnel dan St. Andrew Cave. Gibraltar mengunakan mata wang Pound British.

Grand Casemate Gate

Masjid Ibrahim Al Ibrahim

Tempat yang pertama dituju adalah Europa Point. Sebelum tiba disana dari jauh lagi dah kelihatan Masjid Al Ibrahim. Europa Point adalah satu dataran dan terletak ditepi laut. Tempat pertemuan Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean.  Ada satu light house distu. Hanya berhenti sekejap disitu. Sempat pergi kekawasan Masjid Al Ibrahim dan snap beberapa gambar. Disebabkan kesuntukan masa aku tak dapat masuk kedalam masjid. Paling terkilan aku tak dapat solat disitu. Masjid Ibrahim Al Ibrahim dibina pada tahun 1997. Dibina dari sumbangan kerajaan Arab Saudi. 

Masjid Ibrahim Al Ibrahim

Masjid Ibrahim Al Ibrahim

Perjalanan diteruskan. Menuju dan singgah di The Pillar Of Hercules, St. Andrew Cave, Siege Tunnel dan Upper Rock. Aku ada ceritakan pasal Siege Of Tunnel dientry sebelum ni. Apa pun aku masih terkilan tak dapat masuk dan solat di Masjid Ibrahim Al Ibrahim. Salah satu masjid yang terbesar dinegara yang bukan Islam.

4 comments:

Unknown said...

Insyallah ade rezki repeat travel sane lg & bleh solat kt Masjid Ibrahim Al Ibrahim..cantik Masjid nie..klu kt dalam mesti lg cantik

Jimmy said...

iasyallah kalau ada rezeki dan kesempatan akan kesana lagi...memang ralat tak dpt masuk kedalam.

Ren said...

Jelas nampak wajah kota dari masjid ni ye. bagus. sesuai untuk tinjauan kalau ada musuh dtg.

Jimmy said...

british lagi smart janggel...dorang buat tunnel kat dalam atas upper rock dan jadikkan kubu....nama tunnel tu siege tunnel...penuh dgn meriam besar2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...