Aku masih
ingat lagi satu ketika dulu. Dah lupa tahun bila. Waktu bulan ramadhan
ditanahair. Lebih kurang sejam sebelum berbuka puasa, TV3 akan menyiarkan siri
Jejak Rasul.Tak silap aku masa tu episod Islam Di Eropah. Terpegun aku melihat
keindahan satu masjid berwarna putih didirikan ditepi bukit berbatu yang tinggi
dan berhampiran dengan laut. Nama masjid tu adalah Ibrahim Al Ibrahim yang terletak
di Gibraltar. Tanpa diduga aku dapat
melihat masjid tu didepan mata semasa aku singgah sekejap di Gibraltar dalam
pengembaraan aku menjelajah Spain dan Portugal tahun lepas. Gibraltar adalah tanah
jajahan British yang bersebelahan dengan Spain. Berkeluasan hanya 7 square
kilometer. Selain Tarifa di Spain, Gibraltar juga salah satu titik akhir paling
selatan bagi daratan benua Eropah.
|
Kota Gibraltar |
Setelah beberapa
minit berjalan kaki dari La Linea Spain aku sampai di Gibraltar. Waktu tu dalam
pukul sembilan pagi. Habis je breakfast aku ronda sekejap kat pusat bandar dan
tanya dengan orang cam mana nak pergi ke Upper Rock. Upper Rock adalah landmark
utama Gibraltar. Aku diberitau kalau nak kesana kena naik cable car, van atau
mini bas.
|
Upper Rock |
|
Cable Car ke Upper Rock |
Terus aku ke
Grand Casemates Gate. Disitu terletaknya stesen mini bas dan van pelancung. Aku
memilih untuk naik van pelancung disebabkan akan pergi kesemua tempat tumpuan pelancung.
Termasuk juga ke Europa Point dimana terletaknya Masjid Al Ibrahim. Bayaran
sebanyak 15 pound. Masa tu ada enam orang pelancung lain bersama aku. Perjalanan
kesemua tempat dalam masa dua jam. Bayaran tu termasuk tiket untuk masuk ke
Siege Tunnel dan St. Andrew Cave. Gibraltar mengunakan mata wang Pound British.
|
Grand Casemate Gate |
|
Masjid Ibrahim Al Ibrahim |
Tempat yang
pertama dituju adalah Europa Point. Sebelum tiba disana dari jauh lagi dah
kelihatan Masjid Al Ibrahim. Europa Point adalah satu dataran dan terletak ditepi
laut. Tempat pertemuan Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Ada satu light house distu. Hanya berhenti
sekejap disitu. Sempat pergi kekawasan Masjid Al Ibrahim dan snap beberapa
gambar. Disebabkan kesuntukan masa aku tak dapat masuk kedalam masjid. Paling
terkilan aku tak dapat solat disitu. Masjid Ibrahim Al Ibrahim dibina pada
tahun 1997. Dibina dari sumbangan kerajaan Arab Saudi.
|
Masjid Ibrahim Al Ibrahim |
|
Masjid Ibrahim Al Ibrahim |
Perjalanan
diteruskan. Menuju dan singgah di The Pillar Of Hercules, St. Andrew Cave,
Siege Tunnel dan Upper Rock. Aku ada ceritakan pasal Siege Of Tunnel dientry
sebelum ni. Apa pun aku masih terkilan tak dapat masuk dan solat di Masjid
Ibrahim Al Ibrahim. Salah satu masjid yang terbesar dinegara yang bukan Islam.
4 comments:
Insyallah ade rezki repeat travel sane lg & bleh solat kt Masjid Ibrahim Al Ibrahim..cantik Masjid nie..klu kt dalam mesti lg cantik
iasyallah kalau ada rezeki dan kesempatan akan kesana lagi...memang ralat tak dpt masuk kedalam.
Jelas nampak wajah kota dari masjid ni ye. bagus. sesuai untuk tinjauan kalau ada musuh dtg.
british lagi smart janggel...dorang buat tunnel kat dalam atas upper rock dan jadikkan kubu....nama tunnel tu siege tunnel...penuh dgn meriam besar2.
Post a Comment