Kata orang kalau nak pergi ke Benua Eropah dari Asia dengan hanya beberapa minit, pergilah ke Istanbul. Kota Istanbul dibahagikan antara dua benua. Separuh dibahagian Asia dan separuh lagi dibahagian Eropah. Kedua dua bahagian ini dipisahkan dengan Selat Bosphorus. Selat yang panjangnya 32 km dari Sea Of Marmana hingga ke Black Sea.
Beberapa jenis pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan cruise di Selat Bosphorus. Ferry, cruise ship dan boat yang pelbagai jenis. Harga terpulang pada jenis pengangkutan dan masa. Ada yang dua jam dan separuh hari. Ada juga aktiviti tu diwaktu malam. Kalau ronda ronda dikawasan Eminou, Kadikoy, Besiktas, Uskudar dan berhampiran dengan Galata Bridge akan jumpa banyak tour company yang menyediakan perkhidmatan cruise ini.
Aku telah dipelawa oleh hotel yang aku duduk di Sultanahmed untuk cruise di Bosphorus dengan boat kecil. Hanya boleh muat dalam lapan orang. Bayaran agak murah, hanya 10 TL dalam masa dua jam. Bersama dengan beberapa orang pelancung tempatan dan pelancung dari India. Bermula dari dock yang berhampiran dengan Galata Bridge. Dalam perjalanan boleh lihat suasana dan keindahan kota Istanbul dibahagian Eropah dan Asia.
Kalau travel ke Istanbul. Jangan lupa untuk cruise di Selat Bosphorus. Akan dapat satu pengalaman baru. Berada di dua benua sambil melihat keindahan Asia dan Eropah.
7 comments:
Oh ombaknya nampak bergelora, kompom la mabuk laut cenggitu.
hai janggel,
tak lah bergelora sgt...ombak tu kdng2 ombak dari kapal atau cruise ship...ombak rindu lagi mabuk bro hehehe
I've fren who's staying in Istanbul. Should pay her a visit before she back to malaysia. Lovely pictures.. sangat cantik walaupun lautnya bergelora.
thank Iam faith,
ada peluang travel lah kesana...puas hati...istanbul memang cantik...:)
teringin ke istanbul ni..
norh,
kalau ada peluang dan kesempatan...travel lah kesana...istanbul salah satu destinasi favourite saya...cantik.
Post a Comment