Jom
pergi Athen bulan depan. Ajakan sorang kawan baik aku semalam . Dia agak
berminat untuk kesana dan banyak bertanya tentang Athen. Aidil Adha dah tak lama lagi. Tiga
hari public holiday kat sini. Ramai kawan kawan yang tengah plan dorang punya
cuti Aidil Adha nanti. Termasuk jugak aku. Aku pun belum decide lagi destinasi
mana yang aku akan pergi. Apa pun Athen bukanlah pilihan aku walaupun ada
ajakan dari kawan kawan.
|
The Temple Of Antena |
Aku
pernah backpacking ke Athen secara solo. Beberapa hari disana. Aku nak
ceritakan apa yang ada di Athen atau tempat yang aku dah lawati. Yang mana
sebelum ni aku ada ceritakan serba skit. Bagi aku Athen tak lah menarik sangat
walaupun disana cost serba serbi agak murah. Kebanyakan pelancung kalau ke
Greece akan pergi bercuti di pulau pulau saperti Crete, Mykonos, Hydra dan
lelain.
Terdapat
banyak hostel dan hotel dikawasan Plaka, Omonia, Syntagma dan Monastiraki. Aku
lepak kat satu hotel murah di Omonia. Berhampiran dengan stesen metro. Satu
malam 20 euro untuk single room. Siap ada TV dalam bilik.
|
Minastiraki |
|
Minastiraki to Plaka |
Sistem
metro di Athen agak simple dan senang. Hanya ada tiga line. Tiket seharian
berharga 4 euro. Landmark yang jadi
tarikan utama kota Athen adalah Acropolis. Kalau kesana dengan metro, kena
berhenti di Monastiraki. Dari situ dah nampak Acropolis dipuncak bukit. Boleh
kesana dengan bas atau taxi. Aku memilih berjalan kaki. Akan temui banyak kedai
yang menjual souviner dalam perjalanan. Sebelum sampai ke Acropolis kita akan
melalui kawasan Plaka. Satu kawasan lama yang betul betul terletak dikaki bukit
Acropilis. Tempat yang kelihatan elit skit. Banyak hotel, restoren gift atau
souviner shop disitu. Harga hotel disini mungkin mahal skit.
|
Plaka |
|
Parthenon |
|
Erectheoin |
Tiket
masuk ke Acropolis adalah 12 euro. Banyak terdapat bangunan lama di situ
saperti Pathenon, Erectheion dan Temple Of Athena. Dari sini kita oleh lihat
permandangan kota Athen. Satu lagi, kita juga boleh mengunakan tiket tadi
ditempat atau monument lain yang berhampiran. Theatre of Dionysus, Acient Agora
dan Temple Of Olympian Zeus.
|
Theatre Of Dionysus |
Terdapat
banyak museum di Athen. Yang terkenal adalah National Archeological
Museum dekat Omonia, the New Acropolis Museum
dekat Acropolis. Semasa aku ronda ronda di Minastiraki aku terpandang
satu bangunan yang buat aku tertarik. Bangunan tu kelihatan bercirikan senibina
Islam dan ada kubah. Bangunan tu adalah Museum Of Greek Folk Art. Dulunya
bangunan tu adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Ottomon Empire pada abad
kelapan belas.
|
Museum Of Greek Folk Art |
Satu lagi landmark Athen adalah Parliament House yang
terletak di Syntagma. Disebelahnya pula adalah National Garden. National Garden
agak luas. Ada satu mini zoo disitu dan dipenuhi dengan pokok
dan taman bunga dari pelbagai negara.
|
Parliament House |
|
National Garden |
Beberapa kawasan di Athen terletak ditepi laut. Piraeus ada
terminal untuk ferry dan cruise ship keluar negara dan pulau pulau di Greece. Terletak
di stesen metro yang paling hujung atau paling akhir. Kalau nak tengok ferry
dan cruise ship yang berbagai jenis dan kawasan tepi laut boleh lah kesana. Athen
juga mempunyai beberapa pantai untuk mandi manda dan berihat. Kebanyakan
terletak di Glyfada, Edem, Alimos dan lelain. Boleh kesana dengan menaiki tram.
Stesen tram tu terletak di Syntagma. Berhampiran dengan Parliament House.
Tambang untuk kekawasan pantai tu hanya satu euro.
|
Piraeus |
|
Edem Beach |
Ada dua landamark Athen yang aku tak sempat pergi. Landmark
tersebut adalah Panathinaiko Stadium. Stadium untul Olimpik moden yang pertama
kali. Didirikan pada tahun 1896. Satu
lagi landmark adalah Lycabettus Hill yang terletak di Kolonaki. Bukit yang kita
dapat lihat permandangan laut dan kota Athen dari puncaknya.
Di Athen makanan halal agak susah skit nak jumpa. Semasa di
Omonia aku beli roti dan makanan lain di satu kedai kepunyaan orang Islam yang
berasal dari Bangladesh. Kalau berminat untuk bercuti atau backpacking kesana,
goggle dan carik lah infomasi lebih lanjut lagi.
7 comments:
Menarik Athens ni sebab banyak kota sejarah. ish terpanggil pulak nak ke sana nanti kekeke
menapak + melihat view yg menarik..
like ^_^ cni xde button like
janggel,
athen tu ok gak la...dua hari dah cukup kalau kesana...hanya acropolis je yg menarik.
syida AR,
terima kasih kerana sudi menapak dan melihat.
jaja perhtikan, byk monumen peninggalan yg mcm nak runtuh..
hati2 jimmy kalau ke sana lagi
mcm nak runtuh pasal pernah kena gempa bumi.
Byk info saya dapat kat sini...tq Jimmy..sy akakn menjejak Athens Jun nanti.
Hi. Tumpang tanya, perlu Visa ke kalau nak ke Greece?
Post a Comment