Semasa aku mengembara ke Istanbul, aku lepak kat satu hotel
murah di Sultanahmed. Disiang hari, Sultanahmed memang menjadi tempat tumpuan
pelancung. Dimana mana penuh dengan orang ramai. Disitu terletaknya beberapa monument
bersejarah yang terkenal saperti Agha Shopia, Blue Mosque dan Topkapi Palace.
Dimalam hari suasana di Sultanahmed agak sepi.
Satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai diwaktu malam
adalah Taksim. Dari Sultanahmed aku menaiki metro ke Taksim. Diwaktu siangnya
aku pernah kesana untuk melawat Galata Tower. Satu lagi monument yang agak terkenal
di Istanbul. Taksim memang menjadi tumpuan orang tempatan dan pelancung luar untuk
bershopping, makan dan merasai suasana nightlife disana.
Terdapat banyak pub, kelab malam, restoren dan kedai yang
menjual pelbagai jenis barang. Juga kelihatan banyak kedai atau butik yang menjual barang
berjenama terkenal saperti Gucci, Bally, Burberry dan lelain. Disana akan
berjumpa dengan ramai anak anak muda tempatan yang lepak dan berkelakuan
saperti bangsa barat.
Apa pun Istanbul adalah salah satu kota yang paling aku
suka. Selain Armsterdam dan Budapest. Kota yang indah dan tidak menjemukan.
3 comments:
Ada ke tempat baru yang kita jejak, menjemukan? He he
Ada ke tempat baru yang kita jejak, menjemukan? He he
tengah pikir tempat baru mana harus dijejak hehehe.
Post a Comment