Dah agak
lama tak updatekan blog aku ni. Agak sibuk sejak kebelakangan ni. Pepun aku
akan ceritakan satu lagi pengalaman semasa backpacking ke German semasa winter
lepas. Salah satu kota yang aku sempat jelajahi adalah Berlin.
Salah satu
public transports di kota Berlin ya lah Metro atau Subway. Ada dua jenis metro
disana yang dikenali sebagai U Bahn dan S Bahn. Metro di Berlin agak
memeningkan aku masa mula mula mengunakannya. Dengan bayaran 6.50 euro, aku
dapat daily ticket. Jalan sana sini dengan metro. Ada signboard di setiap
stesen U Bahn dan S Bahn. U Bahn berwarna hijau dan S bahn berwarna biru.
Kadang kadang kedua duanya berkongsi stesen dan ada yang bersebelahan. Ada destinasi
stesen yang sama. Kalau tak berhati hati boleh tersalah naik. Hal ni terjadi
kat aku. Sampai aku tersesat hingga ke stesen paling akhir ke utara. Tersesat ke
Spandau.
Dalam metro
bila aku dah perasan tersalah line, terus aku tanya dengan orang sebelah.
Spandau tu satu tempat yang cantik ke dan ada tak restoren muslim disana. Dia
cakap Spandau memang cantik dan ada banyak restoren Turki. Dia syurkan aku
supaya singgah di Berlin Olimpik Stadium yang terletak ditengah perjalanan. Aku
tak singgah pun dan teruskan perjalanan ke Spandau.
Spandau
adalah satu pekan yang berada di utara Berlin. Terletak ditepi Havel River. Salah
satu kawasan yang tertua di Berlin. Banyak terdapat monument lama atau
bersejarah disana. Saperti St. Nikolai Kirche dan Spandau Citadel.
Aku sempat
ronda ronda dalam sejam dikawasan tengah bandar dan tepian Havel River. Aku
makan doner kebab disatu restoren Turki. Aku pergi ke Spandau dengan menaiki S Bahn dan balik semula ke kota Berlin dengan U
Bahn. Meneruskan pengembaraan di kawasan lain.
Sie sehen wieder und immer glucklich.
Sie sehen wieder und immer glucklich.
2 comments:
Sesat pon ada hikmahnyer kan..:)?
btul la tu...at least kita dpt tenguk tmpt baru...:)
Post a Comment