Tuesday

Suasana Nightlife Di Istanbul


Semasa aku mengembara ke Istanbul, aku lepak kat satu hotel murah di Sultanahmed. Disiang hari, Sultanahmed memang menjadi tempat tumpuan pelancung. Dimana mana penuh dengan orang ramai. Disitu terletaknya beberapa monument bersejarah yang terkenal saperti Agha Shopia, Blue Mosque dan Topkapi Palace. Dimalam hari suasana di Sultanahmed agak sepi.


Satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai diwaktu malam adalah Taksim. Dari Sultanahmed aku menaiki metro ke Taksim. Diwaktu siangnya aku pernah kesana untuk melawat Galata Tower. Satu lagi monument yang agak terkenal di Istanbul. Taksim memang menjadi tumpuan orang tempatan dan pelancung luar untuk bershopping, makan dan merasai suasana nightlife disana.




Terdapat banyak pub, kelab malam, restoren dan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Juga kelihatan banyak kedai atau butik yang menjual barang berjenama terkenal saperti Gucci, Bally, Burberry dan lelain. Disana akan berjumpa dengan ramai anak anak muda tempatan yang lepak dan berkelakuan saperti bangsa barat.



 Apa pun Istanbul adalah salah satu kota yang paling aku suka. Selain Armsterdam dan Budapest. Kota yang indah dan tidak menjemukan.

3 comments:

norh said...

Ada ke tempat baru yang kita jejak, menjemukan? He he

norh said...

Ada ke tempat baru yang kita jejak, menjemukan? He he

Jimmy said...

tengah pikir tempat baru mana harus dijejak hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...