Sunday

Tersesat Ke Spandau Di Berlin


Dah agak lama tak updatekan blog aku ni. Agak sibuk sejak kebelakangan ni. Pepun aku akan ceritakan satu lagi pengalaman semasa backpacking ke German semasa winter lepas. Salah satu kota yang aku sempat jelajahi adalah Berlin.


Salah satu public transports di kota Berlin ya lah Metro atau Subway. Ada dua jenis metro disana yang dikenali sebagai U Bahn dan S Bahn. Metro di Berlin agak memeningkan aku masa mula mula mengunakannya. Dengan bayaran 6.50 euro, aku dapat daily ticket. Jalan sana sini dengan metro. Ada signboard di setiap stesen U Bahn dan S Bahn. U Bahn berwarna hijau dan S bahn berwarna biru. Kadang kadang kedua duanya berkongsi stesen dan ada yang bersebelahan. Ada destinasi stesen yang sama. Kalau tak berhati hati boleh tersalah naik. Hal ni terjadi kat aku. Sampai aku tersesat hingga ke stesen paling akhir ke utara. Tersesat ke Spandau.



Dalam metro bila aku dah perasan tersalah line, terus aku tanya dengan orang sebelah. Spandau tu satu tempat yang cantik ke dan ada tak restoren muslim disana. Dia cakap Spandau memang cantik dan ada banyak restoren Turki. Dia syurkan aku supaya singgah di Berlin Olimpik Stadium yang terletak ditengah perjalanan. Aku tak singgah pun dan teruskan perjalanan ke Spandau.



Spandau adalah satu pekan yang berada di utara Berlin. Terletak ditepi Havel River. Salah satu kawasan yang tertua di Berlin. Banyak terdapat monument lama atau bersejarah disana. Saperti St. Nikolai Kirche dan Spandau Citadel.



Aku sempat ronda ronda dalam sejam dikawasan tengah bandar dan tepian Havel River. Aku makan doner kebab disatu restoren Turki. Aku pergi ke Spandau dengan menaiki S  Bahn dan balik semula ke kota Berlin dengan U Bahn. Meneruskan pengembaraan di kawasan lain.

Sie sehen wieder und immer glucklich.


2 comments:

Farikica said...

Sesat pon ada hikmahnyer kan..:)?

Jimmy said...

btul la tu...at least kita dpt tenguk tmpt baru...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...