Vienna
adalah salah satu kota yang aku singgah semasa pengembaraan aku kebeberapa negara
Eropah pada Jan dan Feb lepas. Aku menaiki bas malam Eurolines dari Berlin ke
Vienna. Sampai stesen bas Erdberg di Vienna dalam pukul enam pagi. Waktu tu
hujan salji turun renyai renyai dan cuaca amat sejuk sekali. Mengigil badan
walaupun memakai dua lapis baju dan jacket yang tebal. Selepas bersihkan diri
ditandas berhampiran kawasan tempat bas parking aku masuk kedalam stesen.
Kota Vienna |
Masuk je
kedalam stesen, suasana agak sepi. Hanya ada tiga atau empat orang. Aku terus
ke kaunter. Untuk mendapatkan peta dan infomasi tentang tempat tempat menarik
di Vienna. Masa aku tengah berbual dan bertanya tentang arah stesen metro dengan
staff kaunter, aku terdengar suara dua orang perempuan bercakap dalam bahasa
Melayu. Aku toleh dan kelihatan dua orang perempuan bertudung berwajah melayu
yang berpakaian simple baru tiba. Tak nampak dorang macam backpacker atau
pelancung dengan bag besar. Dorang agak berumur skit.
Aku terus
perkenalkan diri dan dorang agak terkejut bila dapat berjumpa dengan sorang
backpacker solo dari Malaysia. Kita orang terus berkenalan dan berbual dengan
ramah. Dorang berdua kakitangan atau berkerja dengan kerajaan Malaysia. Di satu
pusat penyelidikan yang terletak di Selangor. Sedang berseminar beberapa hari di
Vienna. Dorang sedang menunggu bas untuk berhujung minggu ke Prague.
Dengan
pertolongan dorang aku dapat banyak info tentang kota Vienna. Tempat mana yang menarik
dan menjadi tumpuan pelancung yang patut aku lawati. Siap dorang beritahu dan tandakan
stesen stesen Metro atau S Barn yang aku akan singgahi. Salah satu tempat atau
monument yang paling indah dan terkenal di Vienna adalah Shconbrunn Palace. Tak
sah ke Vienna kalau tak pergi kesana. Sebelum berpisah dan ucap terima kasih,
aku hadiahkan dorang fridge magnet Berlin.
Selepas
menyimpan backpack aku di locker yang berbayar, aku terus kestesen metro Erdberg
diseberang jalan. Dari machine aku dapatkan tiket untuk sehari yang berharga 5.70
euro. Metro atau S Barn di Vienna mempunyai lima lines. Dari stesen Erdberg aku
terpaksa bertukar line disatu stesen untuk ke Shconbrunn Sesse, dimana
terletaknya Shconbrunn Palace.
Schonbrunn Palace |
Waktu aku
melawat Shconbrunn Palace, pelawat belum ramai lagi. Mungkin masa tu awal pagi.
Shconbrunn Palace telah dibina pada kurun keenam belas semasa Roman Emperor
memerintah Vienna. Dijadikan Summer Palace atau istana dimusim panas. Istana
berwarna kuning yang dikelilingi oleh taman taman bunga dan kolam. Dikenakan
tiket untuk masuk kedalam. Diwaktu musim sejuk keindahannya tak terserlah.
Kurang kelihatan menarik. Semua pokok pokok tak mempunyai daun. Tak kelihatan
bunga bunga dengan tanah diseliputi salji dan kolam semuanya beku. Jauh berbeda
keindahnnya diwaktu summer atau musim panas. Hampir satu jam aku berada disana
dalam kesejukan.
Selepas
Sconbrunn Palace, aku sempat melawat beberapa tempat lain di Vienna. Ada
kesempatan, aku akan ceritakan lagi tentang Vienna.
2 comments:
jejak ka semua penjuru palace tu?
tak semua dijejak...masa suntuk dan cuaca terlalu sejuk dan taman tak ada pokok2 bunga.
Post a Comment