Thursday

Perempuan Melayu Dan Schonbrunn Palace Di Vienna


Vienna adalah salah satu kota yang aku singgah semasa pengembaraan aku kebeberapa negara Eropah pada Jan dan Feb lepas. Aku menaiki bas malam Eurolines dari Berlin ke Vienna. Sampai stesen bas Erdberg di Vienna dalam pukul enam pagi. Waktu tu hujan salji turun renyai renyai dan cuaca amat sejuk sekali. Mengigil badan walaupun memakai dua lapis baju dan jacket yang tebal. Selepas bersihkan diri ditandas berhampiran kawasan tempat bas parking aku masuk kedalam stesen.

Kota Vienna
Masuk je kedalam stesen, suasana agak sepi. Hanya ada tiga atau empat orang. Aku terus ke kaunter. Untuk mendapatkan peta dan infomasi tentang tempat tempat menarik di Vienna. Masa aku tengah berbual dan bertanya tentang arah stesen metro dengan staff kaunter, aku terdengar suara dua orang perempuan bercakap dalam bahasa Melayu. Aku toleh dan kelihatan dua orang perempuan bertudung berwajah melayu yang berpakaian simple baru tiba. Tak nampak dorang macam backpacker atau pelancung dengan bag besar. Dorang agak berumur skit.

Aku terus perkenalkan diri dan dorang agak terkejut bila dapat berjumpa dengan sorang backpacker solo dari Malaysia. Kita orang terus berkenalan dan berbual dengan ramah. Dorang berdua kakitangan atau berkerja dengan kerajaan Malaysia. Di satu pusat penyelidikan yang terletak di Selangor. Sedang berseminar beberapa hari di Vienna. Dorang sedang menunggu bas untuk berhujung minggu ke Prague.
Dengan pertolongan dorang aku dapat banyak info tentang kota Vienna. Tempat mana yang menarik dan menjadi tumpuan pelancung yang patut aku lawati. Siap dorang beritahu dan tandakan stesen stesen Metro atau S Barn yang aku akan singgahi. Salah satu tempat atau monument yang paling indah dan terkenal di Vienna adalah Shconbrunn Palace. Tak sah ke Vienna kalau tak pergi kesana. Sebelum berpisah dan ucap terima kasih, aku hadiahkan dorang fridge magnet Berlin.

Selepas menyimpan backpack aku di locker yang berbayar, aku terus kestesen metro Erdberg diseberang jalan. Dari machine aku dapatkan tiket untuk sehari yang berharga 5.70 euro. Metro atau S Barn di Vienna mempunyai lima lines. Dari stesen Erdberg aku terpaksa bertukar line disatu stesen untuk ke Shconbrunn Sesse, dimana terletaknya Shconbrunn Palace.

Schonbrunn Palace
Waktu aku melawat Shconbrunn Palace, pelawat belum ramai lagi. Mungkin masa tu awal pagi. Shconbrunn Palace telah dibina pada kurun keenam belas semasa Roman Emperor memerintah Vienna. Dijadikan Summer Palace atau istana dimusim panas. Istana berwarna kuning yang dikelilingi oleh taman taman bunga dan kolam. Dikenakan tiket untuk masuk kedalam. Diwaktu musim sejuk keindahannya tak terserlah. Kurang kelihatan menarik. Semua pokok pokok tak mempunyai daun. Tak kelihatan bunga bunga dengan tanah diseliputi salji dan kolam semuanya beku. Jauh berbeda keindahnnya diwaktu summer atau musim panas. Hampir satu jam aku berada disana dalam kesejukan.



Selepas Sconbrunn Palace, aku sempat melawat beberapa tempat lain di Vienna. Ada kesempatan, aku akan ceritakan lagi tentang Vienna.

2 comments:

norh said...

jejak ka semua penjuru palace tu?

Jimmy said...

tak semua dijejak...masa suntuk dan cuaca terlalu sejuk dan taman tak ada pokok2 bunga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...