Salah satu tempat menarik dan indah di Nepal adalah Pokhara. Terletak berhampiran dengan Banjaran Annapurna. Titik permulaan untuk trekking ke Annapurna Camp Base. Dalam enam jam perjalanan dengan kereta atau bas dari Katmandu.
Pokhara terletak ditepi sebuah tasik. Dari situ boleh nampak puncak Banjaran Annapurna yang memutih. Satu permandangan yang indah. Banyak kelihatan sawah padi kat sana.Memang terasa tenang dan damai dengan cuaca yang sejuk. Sesuai untuk berihat dan berbulan madu.
Dua hari satu malam aku berada di Pokhara. Lepak kat satu hotel yang berhampiran dengan tasik. Dari tingkap bilik hotel boleh nampak puncak Annapurna. Hanya sedikit kesal. Musim hujan waktu aku berada kat sana. Agak susah nak nampak puncak Annapurna dengan jelas. Cuaca agak berkabus dan Banjaran Annapurna diselaputi oleh awan.
Semasa kat sana aku sempat melawat Gurkha Memorial Museum, Davis Fall dan Guptestwor Mahadev Cave. Kesemua tempat tu terletak berhampiran dengan bandar. Agak tertarik dengan Gurkha Memorial Museum. Banyak gambar dan kisah askar askar Gurkha semasa berkhidmat kat Malaya semasa darurat dulu. Satu lagi activity yang aku buat ya lah berkayak kat tasik.
Disebabkan kesuntukan masa. Aku tak dapat buat activiti trekking dan camping ke kawasan pergunungan. Sekurang kurangnya dua hari berjalan baru sampai kesana. Sedikit ralat atau kesal. Yang pasti, satu hari nanti pasti aku akan kesana lagi. Kali ni akan menjelajah dan bermalam dikawasan pergunungan. Terasa macam ada taman didalam hati saat aku berada di Pokhara. Damai sedamainya.
5 comments:
yg hijau2 mmg damai selalu.. :)
annapurna base camp.. time kau dekat pokhara, ada kau jumpa backpacker cum climber yg pegi annapurna tak pkai guide dgn porter? ramai ke?
aku tak pasti lak...yg ramai aku jumpa...cam aku je...bukan climber hehehe
Annapurna Region
The Annapurna Region lies towards the north of central Nepal. The region has been recognized as one of the world’s best trekking trails, according to a recent survey by Modern Maturity (USA). The region is popular for the world’s deepest gorge (Kali Gandaki) and the highest lake (Tilicho), situated at an altitude of 4,919m.
annapurna region map
This is the most popular trekking zone in Nepal. One can enjoy nature’s beauty walking through rhododendron forests over the foothills of the Annapurna and Dhaulagiri ranges. The region is popular for the world’s deepest gorge (Kali Gandaki) and the highest lake (Tilicho) situated at the altitude of 4,919m.
Popular Treks In The Annapurna Region
14 days Annapurna Sanctuary Trek
20 days Annapurna Circuit Trek
06 days Ghorepani Poonhill Trek
11 days Jomsom Muktinath Trek
05 days Ghandruk Cultural Trek
07 days Siklish Trek
10 days Panchase Trek
06 days The Royal Trek
Annapurna region trekking tour hiking http://www.nepalguideinfo.com/index.php?link=annapurna http://www.nepalguideinfo.com
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment