Monday

Sarapan pagi di Selat Bosphorus

Masa aku mengembara ke Istanbul dulu, aku dok kat area Sulten Ahmed. Sulten Ahmed tu adalah satu kawasan lama dibelakang Blue Mosque. Aku dok kat hotel nama Antique. Rumah empat tingkat yang diubah suai jadik hotel. Satu hari kena bayar 20 euro. Siap dengan breakfast sekali. Bilik ada tv, fridge dan wifi. Kira ok gak lah. Tak mahal tak murah.

Hotel tu terletak btul btul ditepi Selat Bosphorus. Selat Bosphorus berada ditengah Istanbul yang memisahkan benua Asia dan Eropah. Hotel yang aku dok tu disebelah Eropah. Yang paling seronok ya lah masa breakfast atau sarapan pagi. Tempat breakfast tu terletak kat roof top. Tempat terbuka. Didepan mata terbentang luas Selat Bosphorus.

Lagi satu yang buat terasa seronok. Banyak burung burung camar yang hinggap dekat dengan tempat bersarapan. Terasa tenang bila tengok kapal dan ferry sedang berlayar. Aku pernah belayar menyusuri Selat Bosphorus semasa menaiki ferry ke Prince Island. Memula terasa heran kenapa burung burung camar suka terbang ditepi ferry semasa belayar. Rupanya ramai penumpang yang campak makanan untuk burung burung tu.

Ada dua jambatan yang menyeberangi Selat Bosphorus. Dan ada tiga perkhidmatan ferry yang berulang alik antara bahagian Asia dan Eropah. 
  


1 comment:

Cikgu Jaja™ said...

jaja teringin sangat g turkey.. T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...