Masa aku mengembara ke Morocco dan singgah di Fes. Aku dapat satu pengalaman baru. Tengok macam mana kulit kambing diproses untuk dibuat barangan saperti saperti bag, kasut dan lelain.
Salah satu product terkenal negara Morocco adalah barangan kulit. Kalau ronda ronda di shouq atau bazaar disana, boleh jumpa macam macam barangan kulit. Berwarna warni dan harga agak murah. Sempat aku beli satu bag pinggang kulit yang bersulam dengan baldu untuk dibuat kenangan.
Masa aku tengah ronda ronda satu lorong kat Medina El Bali di Fes. Aku disapa oleh sorang penduduk tempatan. Dia kata, kalau nak tengok barangan kulit murah naik lah kedai kat atas. Aku kurang berminat memula. Tapi bila dia kata, dari kedai tu boleh nampak cara cara proses kulit. Terus datang keinginan aku nak tengok.
Bahagian proses tu ada beberapa bahagian. Memula kulit kulit tu direndam dan dibasuh dengan kapur. Aku tak pasti berapa lama kulit kulit tu direndam. Selepas dibasuh, baru kulit tu direndam dengan warna. Selepas tu baru di jemur. Proses selanjutnya aku tak tau macam mana.
Memang kelabu mata masa kat kedai barangan kulit tu. Macam macam barangan ada.Aku tak beli apa apa pun kat kedai tu. Poket aku agak kelabu masa tu.
1 comment:
ha a..ada jaja tgk kawah kaler2 nie kt majalah3.. awesome..
Post a Comment