Thursday

Panoramic Express di Banjaran Alps

Salah satu tempat di Banjaran Alps yang aku penah mengembara ya lah Gstaad. Satu perkampungan terletak di Bernese Oberland. Kebanyakkan penduduk disana bertutur dalam bahasa German. Dimusim sejuk perkampungan ni bertukar menjadi tempat bermain ski. Banyak filem yang dah buat shooting kat sana.

Aku tertarik untuk mengembara ke Gstaad selepas baca satu article tentang Switzerland. Minat untuk mengembara dikawasan luar bandar atau perkampungan di Banjaran Alps. Gstaad adalah pilihan aku. Hanya agak terkilan skit. Aku mengembara kesana bukan dimusim Winter. Tak dapatlah aku bermain ski dan salji.
Untuk ke Gstaad. aku menaiki train dari Montreux, bandar  yang terletak ditepi Tasik Geneva. Train ni agak berlainan skit dengan train biasa. Di panggil Panoramic Express. Train yang tak panjang dan dindingnya kaca. Khas untuk pelawat yang ingin melihat permandangan indah Banjaran Alps. Dari Montreux ke Gstaad mengambil masa dalam satu jam lebih. Dalam perjalanan bleh nampak perkampungan, ladang ladang anggur dan lembu lembu yang diternak.

Tak ramai pelancung waktu aku sampai di Gstaad. Kelihatan lengang bila bukan dimusim winter. Ada dua deretan kedai hampir dengan train station. Kebanyakkan ditutup. Terdapat gak hotel hotel mewah. Aku ronda ronda dikawasan berdekatan. Kawasan perkampungan. Rumah rumah didirikan dari kayu. Ditanah rumput yang hijau banyak lembu lembu berkeliaran. Yang uniknya, lembu lembu tu dipasang loceng dileher. Apa tujuannya, aku pun kurang pasti.


Apa yang aku diberitau. Gstaad adalah tempat orang orang terkenal bercuti dan bermain ski. Salah satu tempat yang sesuai untuk bermain ski dan hiking. Terasa tenang bila berada disana. Pepun, Gstaad bukanlah standard aku. Semuanya mahal. Tempat bercuti bagi orang orang kaya. Petang tu gak aku balik semula ke Montreux. Meninggalkan Gstaad dengan senyuman. Terpegun dengan keindahannya.


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...