Dalam pengembaraan aku ke India, aku sempat menjelajah Rajasthan. Rajasthan adalah negeri yang paling luas di India. Bersempadan dengan Pakistan. Rajasthan agak berlainan skit dengan negeri negeri lain di India. Dari segi suasana dan budaya. Geographic features cam kat negara Arab. Ada gurun dan bukit pasir yang kering kontang. Thar Desert dan Aravalle Range terletak disana yang buat keadaan rupa bumi berbeda dengan negeri lain. Boleh jumpa banyak unta dan gajah kat sana.
Bila masuk je ke Rajasthan yang berpadang pasir dan berbukit, terus aku teringat kisah Phoolan Devi. Perjenayah yang paling terkenal di India. Terkenal dengan gelaran Queen Of Bandit. Kisah Phoolan Devi bermula bila dia dirogol oleh tuan tanah dan orang orang kampong. Lepas kejadian tu dia terus join satu gang penjenayah. Terus balas dendam kat tuan tanah dan orang orang yang rogol dia dulu. Dia bermaharajalela dengan aktiviti merompak dan membunuh. Pernah membunuh 22 orang serentak. Dia dianggap sebagai Robin Hood. Suka menolong orang orang kampong yang susah dan yang ditindas oleh tuan tanah. Lepas diberi pengampunan oleh kerajaan. Dia aktif berpolitik dan jadik wakil rakyat selepas tu. Ditembak mati pada tahun 2001 oleh musuh lamanya.
Ibu negeri Rajasthan adalah Jaipur. Aku berada dua hari satu malam kat Rajasthan. Bermalam di Jaipur. Sempat melawat Amber Fort, Pink City, Hawa Mahal, Lake Palace dan beberapa tempat lagi.
3 comments:
cerita la apa aktiviti menarik yg bleh buat kat rajashtan tmsuk tmpt2 yg ko mention ni. tq
ha a kn fatt..takkan tengok2 amek gamba jer kn..kui kui ^__~
next entry akan citer activiti2....:)
Post a Comment