Sorang
auntie dari JB yang selalu jenguk blog aku nak tengok gambar2 aku semasa aku mengembara
ke Bratislava pada February lepas. Dia plan nak kesana dan beberapa negara Eropah
lain bersama suami pada September nanti. Sebelum ni aku ada tag beberapa gambar
di post aku ‘Brastislava Yang Tenang’. Cerita tentang tempat2 yang aku lawati
disana. Tapi gambar tu dah hilang. Aku akan tag beberapa gambar2 lagi disini. Juga
aku akan ceritakan satu kesilapan dan pengajaran yang aku dapat disana.


Aku menaik
bas dari Vienna ke Bratislava. Hampir satu jam perjalanan. Waktu sampai di
stesen bas di Novy dalam pukul 3 petang. Aku tanya dengan beberapa orang akan
lokasi City Hostel, siap tunjukkan alamat. Semuanya tak tau. Nak naik teksi,
aku takut kena ketuk. Dalam kedinginan musim sejuk dan jalan diseliputi sisa2 salji
aku terus berjalan ke arah pusat bandar. Tiba disatu kawasan di Town Hall, aku
bertanya dengan sorang pemuda yang sedang lepak. Dia beritau lokasi hostel tu
agak jauh. Dikawasan Old Town. Kena naik tram dua kali. Aku pun berihat sekejap
dan berkenalan dengan dia. Nama dia Tony, berumur lewat 20an. Kelihatan sorang
yang baik dan boleh berbahasa English walaupun tak berapa fasih. Aku banyak
bertanya info tentang Bratislava dengan dia. Dia tawarkan diri kepada aku untuk
jadik guide aku semasa disana. Bayaran 10 euro sehari dan cost pengangkutan dan
makan minum aku tanggung. Aku setuju dengan tawaran tu. Agak murah dan aku ada
teman untuk kesana sini.


Dengan
menaiki tram dan dua kali tukar laluan. Kami sampai di City Hostel dan aku
terus check in. Selepas check in aku kebilik untuk simpan bag dan Tony tunggu di
receiption. Selepas tu kami ronda2 di beberapa tempat menarik di kawasan pusat bandar
dengan berjalan kaki dan menaiki tram kesana sini. Sempat jugak bersiar siar di tepi Danube River
dan makan di satu mall yang berhampiran. Hampir senja aku balik ke hostel dan
berjanji akan bertemu semula di hostel untuk berbincang plan keesokan harinya.


Malam tu
Tony datang kehostel dan aku pelawa dia masuk kebilik. Berbual dan berbincang tentang
destinasi esoknya. Aku mengajak dia pergi kekawasan pergunungan yang ada ski
resort. Dia syurkan satu tempat. Dah lupa apa nama tempat tu. Kena naik train
dalam satu jam perjalanan katanya. Aku pun setuju. Kami berjanji akan bertolak pada
pukul lapan pagi esok. Semasa berbual dan tengok TV yang sedang menyiarkan live
satu pelawanan ice hockey , aku masuk kebilik air sekejap. Keluar je dari bilik
air, Tony mintak diri untuk balik dalam keadaan tergesa gesa. Ada hal penting
katanya. Berjanji untuk bertemu esok pagi.
Selepas
Tony pergi aku terus tido. Paginya aku bangun awal untuk bersiap siap. Aku
bukak laci meja untuk ambik camera dan purse. Bila aku bukak je purse aku.
Terkejut aku, yang tinggal hanya sekeping note 5 euro. Beratus euro yang lain dah
lesap. Aku syak Tony yang ambik. Dia ambik kesempatan semasa aku masuk ke
toilet. Pagi tu dia tak datang dan seterusnya.
Tempat
pertama aku pergi pagi tu adalah ATM machine di sebuah bank yang berhampiran. Selepas tu aku melawat beberapa monument bersejarah sekitar Bratislava, termasuk Bratislava Castle yang terkenal bersorangan. Esoknya
aku meninggalkan Bratislava dan menuju ke Budapest dalam kekesalan. Percayakan sesorang
yang baru aku kenal dan mempelawa masuk kedalam bilik. Satu kesilapan dan
pengajaran bagi aku.