Saturday

Merah Marrakech Morocco


Semasa aku dalam pengembaraan keluar negara, satu soalan yang sering ditanya oleh teman teman backpacker yang lain. Tempat mana paling menarik yang pernah dilawati. Jawapan yang aku selalu bagi adalah Marrakech Morocco. Salah satu destinasi pilihan bagi backpacker dari Eropah.





Marrakech bukanlah satu bandar yang moden. Tak ada Metro atau LRT disana. Teksi pun buruk buruk. Satu bandar yang unik, dimana bangunan semuanya berwarna merah. Satu bandar yang tak sibuk dengan kenderaan. Yang banyak kelihatan hanya kereta kuda dan keldai. Bandar yang agak berlainan dengan bandar lain di Morocco saperti Fes, Tangier dan Casablanca.





Entah kenapa kalau aku berjalan kemana mana, pasti dorang boleh agak yang aku ni dari Malaysia. Aku tak pasti sama ada ramai ke tak orang Malaysia yang melancung kesana. Yang pasti, dorang amat menhormati Malaysia dan akan jadi mangsa peminta sedekah. Satu lagi. Akan jadi perhatian peniaga di Shouq atau bazaar. Bagi dorang, orang Malaysia senang dan banyak duit. 



Sebab lain yang buat aku tertarik dengan Marrakech adalah makanan. Tak pening kepala dengan masaalah halal atau tidak. Kebanyakan masakan mengunakan periuk dari tanah liat. Yang dipanggil Kas Kas. Hanya satu je yang agak berlainan sedikit. Nasi disana berwarna kuning dan bukan putih atau merah saperti kebanyakan bangunan.





Aku memang teringin untuk kesana bagi kali kedua. Harap ada kesempatan dilain kali.



Friday

Menjejaki Kesan Tapak Kaki Rasulullah Di Mabrak An Naka

Sebelum ni aku aku ada post tentang Kota Roman di Bosra Syria. Yang mana aku telah ceritakan perjalanan dan pengalaman aku disana.

Kota Roman Di Bosra
Aku bermalam dirumah taxi driver yang dah jadik sahabat atas pelawaan dia. Selepas makan malam sambil layan shisha, dia menceritakan banyak sejarah tentang kota Bosra. Salah satu yang dia ceritakan. Ada sebuah masjid lama di Bosra yang pernah disinggahi oleh Rasulullah dan terdapat kesan tapak kakinya. Masjid tu telah tidak digunakan lagi. Masjid yang diberi nama Al Mabrak An Naka. Dibina selepas Bosra ditawan oleh tentera Islam dibawah pimpinan Khalid Al Walid. Terus datang keinginan aku untuk melawat esoknya.

Hidangan Makan Malam
Pagi tu selepas aku melawat kedalam Kota Roman dan museum didalamnya. Aku terus ke masjid Al  Mabrak An Naka. Dari jauh dah kelihatan kubah masjid yang berwarna kuning. Terus sahabat aku tu menuju kesebuah rumah yang berdekatan. Rumah penjaga masjid.
Masjid Mabrak An Naka

Papan Tanda DiPintu Masuk
Setelah masjid tu dibukakan oleh penjaga. Terharu aku bila melihat keadaan didalamnya. Macam tak terbela atau dijaga. Terus penjaga tu tunjukkan kesan tapak kaki Rasulullah dilantai berhampiran dengan mihrab masjid. Penjaga tu memberi penerangan tentang sejarah masjid tu dalam bahasa Arab sambil menunjuk beberapa ayat Quran didinding masjid. Tak lama aku berada didalam masjid. Mungkin tak ada yang ingin dilihat lagi. Masjid yang dah kosong.
Pintu Masuk

Mihrab Masjid

Bekas Tapak Kaki Rasulullah

Ayat Quran Didinding Masjid

Siling Masjid
Sebelum beredar, aku hulurkan sedikit duit kat penjaga tu. Berlalu dengan perasaan sedih selepas melihat keadaan masjid tu. Masjid dizaman awal Islam yang dibiarkan tanpa dijaga dengan rapi.  


  

Thursday

Ronda Ronda Monument Popular Di Paris

Aku berada tiga hari dua malam di Paris. Satu masa yang suntuk untuk menjelajah seluruh kota Paris. Hari pertama sampai dari Calais dengan train, waktu tu dah hampir senja. Tak sempat nak melawat tempat tempat yang popular. Hanya keluar dikawasan berdekatan hotel aku di St Germain. Budget hotel yang bilik agak sempit tapi selesa dan murah. Hanya ronda ronda, window shopping dan makan malam disebuah restoren Tunisia. Sebelum balik kehotel aku sempat beli sedikit buahan, fresh milk, biscuit dan choc. Esoknya aku dah plan nak pergi ronda ronda ketempat yang telah dikenal pasti. Aku pilih Eiffel Tower, Arc De Triomphe dan Sacre Couer di Montmarte. Tiga tempat yang menjadi simbol kota Paris.







Selepas breakfast ala kadar dibilik hostel. Breakfast dengan buah peach, fresh milk dan choc. Terus ke stesen Metro. Beli tiket untuk satu hari. Metro Paris ada enam lines.Tiket sehari untuk 3 lines berharga 9.60 euro dan 6 lines berharga 19.60 euro. Aku beli yang 6 lines punya. Untuk sampai ke Eiffel Tower aku kena tukar 3 lines untuk sampai ke stesen Champ De Mars Tour Eiffel. Sampai je dekat Eiffel Tower, orang ramai dah mula berpusu pusu datang melawat. Aku berbelah bagi sama ada nak beli tiket atau tidak untuk naik keatas tower. Disebabkan masa tak cukup dan nak save cost. Aku tak jadik untuk naik ketingkat atas. Aku ronda ronda disekeliling tower sambil snap gambar dan selepas tu rilek dikawasan taman yang berdekatan. Aku beli sedikit souviner di gerai berdekatan sebelum beredar. Naik semula metro dan tukar line di stesen Bir Hakeim untuk sampai ke stesen Charles De Gaulle Etolle dimana terletaknya Arc De Triomphe. Monument kedua yang aku akan lawati.



Sampai je di Arc De Triomphe aku tengok tempat tu dan disekeliling dah sesak dengan pelawat. Arc De Triomphe telah dibina pada tahun 1836. Untuk memperingati kejayaan Napoleon menakluki sebahagian benua Eropah. Aku pun ronda ronda keliling monument tu. Tenguk dia punya senibina dan ukiran yang terdapat didinding. Ukiran tentang suasana perang dan nama nama kemenangan perang yang diperolehi oleh Napoleon. Serta nama nama panglima tentera semasa dia berkuasa. Selepas tu aku lepak sambil berihat kat satu bangku dan perhati gelagat pelawat pelawat yang lain. Tak lama aku berada kat situ. Terus kestesen metro menuju ke Sacre Coeur di Montmartre Hill tanpa menukar line. Berhenti distesen Anvers.







Sacre Coeur terletak dipuncak Montmartre Hill. Dari puncak bukit boleh lihat permandangan kota Paris. Satu lagi monument popular yang menjadi simbol kota Paris. Sacre Couer adalah sebuah gereja Catholic. Ada dua cara untuk sampai kepuncak bukit. Berjalan kaki atau naik funiculaire. Aku pilih untuk berjalan kaki. Sampai je kepuncak, ramai pelawat yang sedang santai dan berihat. Kebanyakan duduk ditangga sambil tenguk persembahan seniman jalanan dan permandangan kota Paris. Agak lama aku berihat dan santai disitu. Selepas tu aku turun dari puncak bukit dan ronda ronda untuk mencari restoren halal. Tak jumpa. Dalam kelaparan aku terus naik metro dan kena tukar 3 lines untuk sampai kehotel.

Balik kehotel aku bedal maggie dan sandwich sardin buatan sendiri. Malam tu aku buat perancangan untuk esok atau hari terakhir aku di Paris. Kemana tempat yang patut aku lawati. Akhirnya aku pilih satu tempat untuk bersantai. Disneyland. Tidur awal kerana kepenatan yang amat sangat.

Wednesday

Terpesona Dengan Agha Sophia Di Istanbul

Selain Blue Mosque, ada lagi satu monument yang paling terkenal di Istanbul. Monument Agha Sophia. Kedua dua monument ni terletak berdekatan antara satu sama lain di Sulten Ahmed. Bahkan reka bentuk Blue Mosque diambil dari reka bentuk Agha Sophia.




Agha Sophia adalah sebuah gereja atau church yang dibina pada tahun 532. Dibina oleh Emperor Justinian dizaman kerajaan Rom Byzantine. Menjadi gereja yang terbesar didunia selama seribu tahun sebelum Seville Cathedral Spain didirikan pada tahun 1520. Constantinople ditawan oleh tentera Islam Ottomon pada tahun 1453 dibawah pimpinan Sultan Mehmed kedua. Constantinople ditukar nama kepada Istanbul. Agha Sophia terus ditukarkan menjadi masjid dan diberi nama Aya Sofya Mosque tiga hari selepas ditawan oleh tentera Islam. Pada tahun 1935 bertukar menjadi sebuah museum. Menjadi salah satu monument yang terkenal didunia.




Masuk kedalam Agha Sophia dikenakan tiket. Harga tiket lebih kurang dalam 15 euro. Turki mengunakan mata wang sendiri  iaitu Lira. Tapi mata wang Euro masih boleh diterima. Memang Agha Sophia menjadi tumpuan pelancung luar. 



Terpegun aku melihat keindahan didalamnya. Banyak seni ukir yang luarbiasa dan cantik. Didalam terdapat beberapa pusara bekas pemerintah kerajaan Byzantine. Didinding bangunan boleh lihat lukisan gambar Mariam dan Nabi Isa atau Jesus. Juga terdapat ukiran ukiran ayat ayat Quran. Mimbar semasa Agha Sophia dijadikan masjid masih ada dan utuh lagi.



Agha Sophia satu museum yang unik. Museum yang memperlihatkan seni dan sejarah dua ugama. Museum yang pernah dijadikan gereja dan masjid.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...