Thursday

Menjejaki Kepala Ikan Di Umm Ghuwailina

Minggu lepas sorang kawan yang berasal dari Malaysia beritau ada satu restoren yang menyediakan masakan kepala ikan. Restoren tu terletak di Umm Ghuwailina. Dipinggir kotaraya Doha. Pertama kali aku kesana tengah hari tadi. Tak dapat aku bayangkan rasanya macam mana sebelum tu. Dah hampir lima tahun aku merantau keluar negara. Pertama kali aku dengar dan akan merasa masakan kepala ikan. Ikan memang kurang popular dinegara padang pasir.


Aku keluar awal dari tempat kerja bersama tiga rakan yang lain untuk lunch. Ketiga tiganya Pinoy. Umm Ghuwailina agak jauh dari tempat kerja. Dalam setengah jam perjalanan melalui Doha Expressway dari Al Wakra. Umm Ghuwailina terletak dipenhujung highway. Hanya dua ratus meter sahaja. Lokasi yang tak sukar untuk dijejaki.


Restoren tu biasa je. Masuk je kedalam, semua meja dah penuh. Terpaksa tunggu sekejap. Tak sampai dua minit dah ada meja yang kosong. Terus pelayan restoren suruh tengok menu yang ditampal didinding. Aku order empat kepala ikan dan tiga kari kambing. Dan tiga nasi putih dan satu nasi beryani. Nasi beryani disini agak berlainan skit. Kurang berminyak dan warna tak terlalu kuning. Sebelum order sampai pelayan dah letakkan ulam ulam, kuah dal dan satu jag air kosong. Ulam, kuah dal dan air adalah percuma.


Bila sampai je nasi dan masakan kepala ikan. Ikan tu kalau tak silap jenis siakap. Aku terus rasa kuahnya. Memang sedap pun. Bukan rasa kari atau asam pedas. Kuah dia agak jernih dan tak pedas. Lebih sedap dari rasa kari. Tertanya tanya jugak dalam hati yang masakan tu berasal dari mana. Mungkin dari India, Pakistan atau Afghan. Yang pasti nasi aku bertambah dua kali. Disini nasi tambah walaupun banyak mana pun tetap percuma. Selepas makan nasi boleh lah makan manisan yang telah disediakan. Nama manisan dan rupa yang ada didalam menu dan gambar.   


Harga semua termasuk 4 can air Mountain Dew hanya 60 rial. Lebih kurang 50 ringgit. Masakan kepala ikan tadi yang paling sedap pernah aku rasa selain asam pedas. Aku akan kesana lagi selepas ini. Mungkin sebulan sekali. Kepala ikan yang betul betul mengubati rindu aku pada asam pedas.



Monday

Terkilankan Madinat Al Zahra Di Cordoba

Aku dalam dilema semasa berada di Seville. Sama ada nak pergi ke Cordoba atau pun tak. Akhirnya aku buat keputusan. Aku akan pergi dan tido semalam di Cordoba. Teringin nak tengok The Mezquita. Masjid Besar Cordoba yang telah diubah suai menjadi gereja atau cathedral.


Aku menaiki bas untuk ke Cordoba. Perjalanan mengambil masa kurang lebih tiga jam. Didalam perjalanan boleh lihat ladang ladang pokok zaitun terbentang luas. Sampai je kat stesen bas Cordoba, aku terus pergi ke tourist information centre. Dapatkan peta dan info tentang monument bersejarah disana. Staff kat situ suggest aku supaya lepak kat hotel dikawasan kota lama. Berhampiran dengan The Mezquita. Terus aku naik teksi kesana. Tak lah jauh mana. Dalam tiga kilometer rasanya.


Sampai je kat kota lama, aku suruh teksi carikkan satu hotel yang agak murah. Dapat satu hotel murah betul betul dibelakang The Mezquita. Hari dah petang masa tu. Tanpa membuang masa, aku terus kuar untuk ronda ronda dikawasan kota lama yang penuh dengan monument bersejarah. 

 

Selepas aku tengok The Mezquita dari luar, aku terus ke Roman Bridge. Roman Bridge ada jambatan yang menyeberangi Guadalquivir River. Dihujung jambatan terletak Museum Of Al Andalus Life. Museum yang banyak meyimpan artifact Islam semasa memerintah Cordoba. Selepas santai di Roman Bridge aku terus ke beberapa tempat lain. Sempat melawat Alcazar, City Wall, Plaza Del Potro, Calle De Last flores dan Casa De Sefarad. Hampir senja baru aku balik kehotel.


Malam tu aku carik info tentang The Mezquita di internet. Tanpa sengaja aku terbaca tentang satu lagi monument peninggalan kerajaan Islam Cordoba. Monument yang dipanggil Kota Madinat Al Zahra. Bekas komplek pusat pemerintahan kerajaan Islam Cordoba. Terletak agak terpencil dan jauh sedikit dari Cordoba. Dibina pada tahun 940. Dibakar oleh tentera Christian setelah jatuhnya kerajaan Islam dan tertimbus oleh tanah selama beberapa ratus tahun. Monument tu baru je digali semula dan dibaik pulih. Datang keinginan aku untuk melawat Madinat Al Zahra.


Esok paginya aku terus melawat kedalam The Mezquita. Yang mana aku telah ceritakan tentang The Mezquita di satu entry sebelum ni. Selepas melawat The Mezquita dan beli beberapa souviner dikedai berhampiran, aku bergegas dengan teksi ke stesen bas Cordoba untuk pergi ke Madinat Al Zahra. Agak kecewa bila diberitau yang bas baru je berlepas kesana. Sehari ada satu perjalanan je, pada pukul sebelas pagi. Hajat aku untuk ke Madinat Al Zahra tak kesampaian. Rasa betul betul kecewa. Dengan perasaan terkilan aku terus beli tiket bas ke Granada. Al Hambra telah menanti aku disana.

Sunday

Sejenak Di Masjid King Hassan II Casablanca

Salah satu simbol terkenal kota Casablanca adalah Masjid King Hassan II. Aku sempat melawat masjid tu semasa singgah di Casablanca Morocco. Salah satu masjid terapung yang mengadap Lautan Atlantik yang terbentang luas.

 

Masjid King Hassan II adalah salah satu masjid yang terbesar didunia. Minaret masjid yang tertinggi didunia. Boleh memuatkan 25000 orang untuk bersolat didalam masjid dan 80000 diluar masjid atau satu dataran yang luas. Mula dibina pada tahun 1986. Terletak tak jauh dari pusat kota Casablanca. Boleh kesana dengan menaiki bas atau teksi.


Reka bentuk masjid ni agak berlainan dari masjid masjid lain. Tanpa ada kubah yang berbentuk bulat. Reka bentuk bangunan masjid ni diambil dari Al Hambra dan Masjid Besar Cordoba di Spain. Kalau masuk kedalam, suasana terasa berada di Masjid Besar Cordoba. Dikelilingi oleh laut dan taman taman bunga. Kelihatan amat indah kalau dipandang dari jauh.


Masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Morocco ni dibuka untuk pelawat. Termasuk pelawat yang bukan berugama Islam. Memang masjid ni menjadi tumpuan bagi pelancong pelancong dari negara luar. Satu masjid yang indah dan unik.

Thursday

I Love Vandalism In Europe

Kalau pergi kebeberapa kota di Eropah kita boleh tengok banyak seni graffiti ditembok tembok dimana mana. Graffiti adalah seni lukisan atau tulisan ditembok tembok batu. Graffiti selalunya dibuat mengunakan cat sembur atau spray paint.


Banyak juga tulisan dan lukisan graffiti yang berbau politik. Ada yang dilukis dan ditulis disignboard atau papan tanda. Bagi aku tu dah dikira satu vandalism. Tempat yang tak sepatutnya. Kadang kadang menyakitkan mata bila tengok.



Dulu masa aku memula sampai di Eropah. Agak terkejut bila tengok stesen dan banyak keretapi  pun ada graffiti. Tak pasti sama ada sengaja dibuat atau pun tak oleh pihak yang menguruskannya. 



Selalunya dibangunan atau tembok lama dorang buat graffiti. Ada yang kelihatan cantik dengan pelbagai warna. Boleh dikira macam abstract expressionism. Satu seni yang agak menarik kalau dilukis dengan indah. Satu seni yang unik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...