Tuesday

Tanamlah Gerger Dibawah Katil

Semalam aku makan malam bersama dua orang rakan disebuah restoren Afghanistan. Restoren tu terletak di Grand Hameed Street. Menu utama restoren tu adalah Nasi Bukhari. Biasanya di restoren bangsa Arab, selain meja dan kerusi, kita boleh makan dibilik bilik kecik yang disediakan sambil bersila. Bercarpet dan ada bantal untuk bersandar. Kita orang memilh untuk makan didalam bilik. Kira privacy sikit dan selesa.



Sorang rakan order Nasi Bukhari dan dua ekor ikan Harmour goreng berserta roti nan dan potato chips. Satu keunikan restoren tu, lain dari restoren yang lain, setiap pelanggan akan diberi sepiring ulam Gerger dan bawang mentah. Pertama kali aku melihat ulam tu. Terus aku tanya dengan rakan disebelah. Kenapa dorang hidangkan Gerger dan bukan salad sayuran saperti restoren lain. Sorang rakan aku terus tersenyum sambil berkata, Gerger memang tak sesuai untuk kita orang. Masih single lagi katanya. Makin aku tertarik nak tau kelebihan Gerger bila dengar apa yang dia cakap.


Rakan aku tu berkata lagi. Ada satu perpatah Arab,‘Kiranya perempuan tahu akan khasiat Gerger pasti mereka akan menanamnya dibawah katil’. Apabila lelaki makan Gerger, prestasi sek dorang akan meningkat. Lebih kurang macam Ginseng. Dalam hati aku berkata, mungkin lebih kurang macam Tongkat Ali ditanah air agaknya. Tambah rakan aku lagi, kalau aku kawen nanti, suruhlah isteri aku tanam Gerger dibawah katil. Aku hanya tersenyum dan terus tanya satu lagi soalan. Kalau perempuan yang makan macam pulak. Sambil tergelak, rakan aku berkata. Pasti akan dapat anak setahun satu.Tertunduk malu sambil tersipu sipu bila aku dengar.

Monday

Berhujung Minggu Ke Dubai

Sorang kawan mengajak aku bercuti ke Dubai pada cuti Aidil Fitri yang hampir menjelang. Aku kurang berminat, lagi pun aku akan beraya di offshore nanti. Dah beberapa kali aku ke Dubai waktu weekend dan transit. Rakyat Malaysia bebas keluar masuk tanpa visa. Dari tempat aku tak lah jauh mana. Setengah jam je flight. Tambang pun agak murah kalau naik Fly Dubai. Dalam dua ratus ringgit lebih pergi balik. Dubai menjadi tumpuan dihujung minggu bagi penduduk Arab dari Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrain. Dorang kesana untuk berhibur dan shopping.




Dubai adalah satu2nya kota di negara Teluk dan Arab yang mempunyai Metro atau LRT. Tapi orang ramai lebih memilih untuk menaiki teksi untuk kesana sini. Teksi agak murah dan selesa. Harga hotel agak sederhana. Tak lah mahal mana. Yang agak selesa dalam dua ratus ringgit satu bilik. Harga hostel aku tak pasti dan ada atau pun tak. Dubai bukanlah destinasi pilihan bagi backpacker. Tak ada monument bersejarah saperti castle. 




Suasana di Dubai lebih kurang sama dengan tempat aku menetap sekarang ni. Kedua dua kota ini bersaing antara satu sama lain. Untuk mengejar harus kemodenan. Bangunan pengcakar langit tumbuh macam cendawan. Kadang2 terasa berada di India atau Manila. Dimana mana akan kelihatan warga India dan Filipino. Dua bangsa yang menjadi majority perkerja asing.



Ada beberapa tempat menarik di Dubai untuk dilawati. Salah satunya, dah tentu bangunan yang tertinggi didunia ia itu Burj Khalifa. Bukan saperti Petronas Twin Tower, bayaran masuk percuma untuk melawat ketingkat atas. Tiket untuk ketingkat atas Burj Khalifa berharga ratusan ringgit.  Terlalu mahal. Aku tak naik keatas, kurang pasti berapa harga tiket yang sebenar.


Selain dari Burj Khalifa, tempat lain yang menjadi tumpuan adalah Dubai Museum, Dubai Aquarium and Underwater Zoo, Dubai Zoo, Ski Dubai. Dan beberapa tempat untuk bersiar siar ditepi laut saperti Dubai Marina dan Jumeirah Beach.



Untuk shopping, terdapat banyak shopping mall yang moden dan souk atau bazaar. Yang agak terkenal adalah The Dubai Mall, Marina Mall, Mall of Emirates, Gold Souk dan banyak lagi. Perempuan yang gila shopping akan jadik kelabu mata bila berada di Dubai. Bawak je lah duit lelebih bila kesana.

Saturday

Beratur Panjang Membeli Nasi Lemak Di Padang Pasir Al Rayyan

Salam Ramadhan.

Pagi semalam aku dapat call dan berita gembira dari sorang kawan. Ada bazaar ramadhan Malaysia di Hyatt Plaza. Aku dan sorang kawan yang juga berasal dari tanah air  sempat pergi kesana. Hyatt Plaza adalah satu mall yang agak class dan terletak di kawasan gersang Al Rayyan. Bazaar tersebut diadakan sehari atau sekali je semasa ramadhan tahun ni. Aku kurang pasti siapa penganjurnya. Dibuka dari pukul 2 hingga 5 petang. Pertama aku kali dapat meraikan bazaar ramadhan diluar negara. Dapat kesempatan bertemu dengan rakyat Malaysia yang sama2 merantau kesini. Yang pasti, dapat membeli dan merasai juadah berbuka puasa dengan masakan dan kuih muih Malaysia.



Dalam perjalanan kesana kita orang sesat beberapa kali. Mungkin pertama kali kesana. Semasa dalam perjalanan aku tertanya tanya dalam hati, apa juadah yang ada dijual. Berharap sangat ada soto atau lontong. Makanan yang dah bertahun aku tak dapat rasa. Mengidam giler.

Kita orang sampai disana dalam pukul 3 petang. Orang ramai berpusu pusu datang. Pelbagai bangsa dan mostly rakyat Malaysia yang berkerja dan menetap disini. Macam2 gaya aku tengok. Ramai jugak aku tengok yang berkawin dengan warga asing saperti mat saleh dan Arab. Mungkin dorang datang untuk melepaskan kerinduan dengan masakan Malaysia. Dua kali enam macam aku jugak. Ada lebih kurang lapan gerai yang menjual kuih muih, lauk pauh dan nasi lemak.


Aku terus kegerai yang menjual nasi lemak. Beratur agak panjang. Satu jam lebih beratur baru aku dapat membelinya. Aku beli satu bungkus nasi lemak dengan lauk sambal kerang, paru2, ayam masak merah. Berharga lebih kurang 30 ringgit. Selepas tu aku kegerai kuih muih. Kebanyakan kuih dah habis dijual. Yang tinggal hanya dua jenis. Kuih bingka dan kuih sagu color merah yang ada kelapa. Aku dah lupa apa nama kuih tu. 4 potongan kecil kuih bingka berharga lebih kurang 5 ringgit. Harga yang sama bagi dua potongan kuih sagu merah. Jauh berbeda dengan harga ditanah air. Selepas tu aku pergi ke gerai yang menjual lauk pauh. Oleh kerana orang terlalu ramai dan masa pun dah suntuk. Aku tak sempat untuk membeli lauk pauh. Terus balik.


Pepun, semalam aku berbuka puasa dengan makanan yang aku idamkan. Nasi lemak sambal kerang dan kuih tradisinal Melayu. Walaupun tak ada soto dan lontong. Aku berbuka puasa dengan makanan paling lazat yang aku rasa semasa ramadhan tahun ni. Syukur Alhamdulillah.

Thursday

1 Malaysia Di Oriental Kitchen

Semalam sorang kawan berbangsa Cina yang sama2 merantau ke Qatar telah mengajak aku makan di sebuah restoren Malaysia yang baru dibuka. Restoren Oriental Kitchen namanya. Terletak di C Ring, berhampiran dengan Al Masoura. Agak jauh dari tempat tinggal aku. Kami bertiga dengan sorang lagi perantau dari tanah air yang berbangsa India.


Setelah berbuka puasa ala kadar bersorangan didalam bilik, aku terus kesana. Sampai je, kedua kawan tu telah menunggu. Restoren tu penuh dengan pelanggan. Kebanyakannya rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Dari menu yang aku tengok, terdapat banyak masakan Cina dan Thai saperti ditanah air. Agak terkilan, tak ada masakan Melayu saperti asam pedas mee bandung atau soto. Aku makan nasi goreng, sayur kangkong dan yi yong. Minuman adalah air kelapa.


Mungkin kali kedua aku pergi kesana nanti, aku akan bedal kari kepala ikan. Aku suka dengan restoren tu. Suasananya saperti ditanah air. Suasana 1 Malaysia.

Tuesday

The Kite Runner Dan Awek Afghan

Baru2 ni aku layan satu movie yang berjudul The Kite Runner. Satu cerita yang agak menarik. Kisah perjalanan hidup hero yang berbangsa Pasthan semasa kecil di Afghanistan. Waktu zaman pemerintahan communist ditahun 80an. Dia mempunyai sorang sahabat karib  dari suku Hazara. Salah satu hobi dorang adalah bermain layang2. Hero dan keluarganya melarikan diri ke US bila Afghanistan dijajah oleh Russia. Dua sahabat tu pun berpisah. Bila dah dewasa, sahabat rapatnya telah dibunuh oleh Taliban semasa berkuasa. Hero kembali semula ke Afghanistan untuk mencari anak sahabat karib nya untuk dibawa ke US. 

Kota Budapest
Semasa aku layan movie tu yang mengisahkan suku Hazara, terus teringatkan sorang awek backpacker. Rakan satu dorm dihostel semasa di Budapest Hungary. Dia pun dari suku Hazara. Berhijrah ke Austria semasa kecik bersama familynya dan dah jadi warganegara Austria. Hazara adalah suku minority di Afghanistan. Suku kelas dua dan sering ditindas disana. Mungkin dorang dari keturunan Genghiz Khan atau tentera Mongol yang berhijrah ke Afghanistan setelah kalah perang. Mostly dorang berwajah Mongolian dan muslim yang menganuti fahaman Syiah.

Awek Afghan dan rakan
Sehari selepas aku lepak kat hostel di Budapest tu, baru awek Afghan sampai bersama dengan sorang awek mat saleh. Katil dia bersebelahan dengan katil aku. Kami pun jadik kawan rapat. Semasa mula2 kenal, aku tanya apa nama dia. Nama dia nama sorang muslim. Terus aku tanya dia sama ada dia sorang muslim atau pun tak. Agak kesal bila aku dengar jawapan dari dia. My parent are muslim but I’m not. Kami jadik kawan baik selepas tu dan sering keluar dan makan bersama untuk beberapa hari. Bukan berdua, tapi dengan roomates yang lain. Salah satu lagi pengalaman dan kenangan waktu mengembara kesana sini. Kenangan bersama sorang awek keturunan Afghan.

Monday

Teringatkan General Mabok Disaat Ramadhan

Ramadhan tahun ni baru bermula. Belum pun sampai seminggu. Bila datangnya ramadhan, rinduku pada tanah air kian menggebu. Rindu suasana ramadhan disana. Yang pasti rindu giler untuk berbuka puasa dengan masakan atau makanan melayu. Disini tak ada bazaar ramadhan. Suasana ramadhan pun agak berbeda dari tanah air. Tak semeriah ditanah air. 

Paling aku rindu adalah bazaar ramadhan ditanah air. Sebelum aku merantau keluar negara, aku pernah menetap dan berkerja di Terengganu hampir dua tahun. Pernah merasai suasana ramadhan disana. Setiap hari selepas waktu kerja aku akan pergi ke bazaar ramadhan disekitar Kemaman dan Kerteh. Tak banyak pilihan kuih muih dan masakan kegemaran aku. Agak berbeda dari kuih muih dan masakan di kampong aku dekat JB dan negeri2 disebelah pantai barat. Disana baru aku kenal dan merasai kuih akok, tahi itek, laksam, satar dan beberapa jenis lagi.

Kuih Koci - Salah satu kuih kegemaran aku

Setiap hujung minggu dan hari tak berkerja aku akan turun ke Kuantan. Bazaar ramadhan disana agak berlainan skit. Lebih banyak jenis dan pilihan kuih muih dan masakan. Salah satunya dan menjadi favourite aku adalah kuih General Mabok. Aku tau dan pertama kali dengar nama kuih tu semasa aku nak membelinya. Sampai sekarang aku tertanya tanya kenapa kuih tu dinamakan General Mabok. Pepun, satu lagi masakan baru di Kuantan yang dah jadi kegemaran aku adalah ikan patin dibakar dengan tempoyak.Yummy. 

Salam Ramadhan dan selamat berbuka puasa untuk semua.

Friday

Ramadhan Digurun Yang Gersang

Salam Ramadhan,

Dah agak lama aku tak update atau aktifkan blog aku. Mungkin mood aku untuk aktif hilang disebabkan gambar2 yang aku tag semuanya hilang. Kerja pun agak sibuk, ke offshore dan kesihatan agak terganggu sedikit. Rasa malas untuk tagkan balik gambar2 tu semua. Kalau ada kesempatan atau mood datang semula, aku akan tag gambar2 tu. Ada agak beratus dan line wifi pulak agak selalu bermasaalah. Nak tag satu gambar pun terkial kial. Entah kenapa hari ni terasa untuk menulis semula diblog ni. Hari ni hari pertama aku berpuasa dibulan ramadhan. Berpuasa sehari awal dari tanah air. Banyak dugaan atau ujian yang aku akan tempuhi bila mengerjakan puasa dibulan ramadhan disini. Di negara padang pasir yang gersang dan disaat musim panas yang mana cuaca panasnya hampir mencecah 50 C. Humidity yang agak tinggi. Badan sentiasa berpeluh yang kadang2 membasahi seluruh badan dan melejutkan atau melencunkan baju. Ada yang pengsan bila berkerja dibawah sinaran mentari. Kekurangan air disebabkan berpuasa. Satu dugaan yang harus ditempuhi.


Memang terasa sayu bila menempuhi ramadhan bersorangan diperantauan. Tanpa makanan kegemaran atau makanan tradisional. Tanpa ada bazaar ramadhan saperti ditanah air. Berbuka puasa pada pukul enam lebih dan imsak pada pukul tiga lebih. Berbuka puasa dengan makanan yang bukan kegemaran. Selalunya makanan arab, turki, india dan barat. Bersahur dengan makanan yang dimasak sendiri. Tak tentu, salah satunya, makanan tradisional aku sebagai perantau, apa lagi kalau bukan maggie. Sesekali aku akan goreng ikan bilis, ikan, sausage atau ayam. Kuahnya hanya kicap dan berulam lada atau cili kecik.

Satu yang agak unik disini, akan dapat kurma semasa dilampu isyarat. Ramai yang menunggu untuk sedekahkan kurma semasa kereta kita berhenti. Satu lagi dugaan yang agak merimaskan, adalah ribut pasir atau desert storm. Udara penuh pasir yang berterbangan. Ada masanya, matahari tak kelihatan. Menutup pandangan dan badan akan dipenuhi pasir. Beratus kali lebih teruk dari tanah air bila dilanda jerubu. Pepun, ramadhan disini memang mengasyikkan. Asyik dengan dugaan dan ujian. Aku tetap redha,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...