Friday

Memalukan di Sabiha Gokcen

Selain Ataturk International Airport. Istanbul ada lagi satu airport untuk penerbangan antarabangsa. Sabiha Gokcen Airport. LCCT atau terminal baru untuk penerbangan murah. Terletak lebih kurang 35 km dari Istanbul. Pertama kali masuk ke Turki melalui airport tu dengan penerbangan murah Air Arabia. Lebih kurang cam Air Asia gak la. Nama airport tu diambik sempena nama sorang juruterbang jet pejuang perempuan Turki semasa perang dunia kedua dulu. Ya itu Sabiha Gokcen.

Selepas aku mengembara dua minggu di Turki. Aku akan balik melalui Sabiha Gokcen Airport gak. Masa nak masuk untuk check in, bag terpaksa diperiksa oleh pihak security atau polis. Pakai x ray scanner. Masa tu ramai penumpang lain yang beratur. Tunggu turn untuk bag dorang di scan. Lepas bag aku di scan. Ada sorang polis pompuan tu reversekan balik bag tu. Suruh aku keluarkan semua barang barang. Terus dua orang polis lelaki datang depan aku.Aku tak tau sama ada dorang bangang ke atau ikut procedure yang btul. Dari pengalaman aku kat airport ditempat lain. Bag tu tak kan direversekan. Diperiksa kat satu table selepas machine scanner tu. Tak lah ganggu penumpang yang lain. Operasi scan bleh diteruskan untuk yang lain.

Aku tak tau apa yang pihak polis tu suspectkan . Apa barang yang bahaya dalam bag aku tu. Mungkin dia ingat aku bawak bom. Memang banyak cable yang aku bawak. Cable untuk laptop, dua cable untuk hp charger, camera, battery laptop dan Mp3. Hangin je aku. Dah lah susah nak kuarkan barang barang dalam bag tu. Aku pakai bag backpacker bukan cam bag lelain yang pakai zip punya. Semua mata yang lain tertumpu kat aku. Dorang suspen. Mungkin dorang pikir aku ni btul btul sorang terrorist atau penyeludup dadah.  Nak tau apa barang yang aku bawak. Aku jadik serba salah dan nervous.

Masa tu aku dah sentap dan mula rasa malu. Apa tak nya. Benda dalam bag tu aku main sumbat je. Kan dah nak balik. Penuh dengan pakaian yang dah dua minggu tak berbasuh. Lepas semua barang barang aku kuarkan. Geram punya pasal, aku ambik suar dalam aku satu satu dan tunjukkan kat polis pompuan tu. Boring je dia. Nasib baik aku tak pakai bra. Kalau tak, aku tunjukkan sekali. Polis lelaki belek cable cable aku. Penumpang lain yang tengah beratur tersenyum je. Mungkin suspen dorang dah hilang dan terasa kelakar dengan perbuatan aku masa tu.

Lepas tu sorang polis lelaki mintak passport aku. Mungkin nak tengok aku ni dari mana. Bila tengok passport aku je, dorang terasa cam bersalah. Cakap pun dah mula cam sopan dan lemah lembut. Sorang polis lelaki yang lain suruh aku masukkan barang barang kedalam bag semula. Sorang tu siap nak tolong aku lagi. Dia pegang dan tolong masukkan cable cable. Hanya jeling je kat suar dalam aku. Ngeri nak pegang agaknya. Orang lain yang beratur dah makin panjang. 

Mungkin dorang rasa segan bila tau aku ni dari Malaysia. Kita bleh nampak logo atau signboard Malaysia Airport Berhad yang besar diluar dan didalam airport tu. Memula sampai aku terkejut gak bila nampak. Tanya kat satu kedai yang jual minuman. Rupanya Malaysia Airport Berhad adalah consortium airport baru tu. Pengurusan dan operasi dibawah dorang. Dapat contract selama 20 tahun. Memula aku bangga. Selepas kes  aku dimalukan kat x ray scanner. Aku jadik geram. Btul btul potong stim.

Thursday

Jenny dan Cendawan Ajaib

Waktu aku tiba di Armsterdam cuaca agak sejuk. Berbeda dipadang pasir yang aku duduk. Mungkin disebabkan perubahan cuaca secara mengejut, aku demam secara tiba tiba. Agak teruk gak. Nasib baik aku ada bawak ubat. Kalau mengembara kemana mana memang aku bawak beberapa jenis ubat. Yang pasti, panadol, ubat batuk dan ubat sakit perut. Kat Armsterdam aku dok kat satu hostel. Terletak berhampiran area Damrak. Yang agak kurang seronok, dorm atau bilik aku tu berkongsi antara lelaki dan pompuan. Satu dorm atau bilik, ada lebing kurang sepuluh orang. First time aku tido sebilik dengan pompuan.  Ngeri gak memula. Nasib baik bukan berdua dengan pompuan. Bukan apa, takut aku diperkosa atau ternoda je.

Disebabkan aku demam. Aku batalkan plan aku untuk ke German dan Republic Czech. Hanya berihat je kat hostel dan ronda sekitar Armsterdam. Aku kenal atau bercampur ramai backpacker dari pelbagai negara masa dok kat hostel tu. Macam macam perangai. Esoknya masuk dua backpacker baru. Sorang lelaki dari Brasil dan sorang awek dari Sweden. Kelihatan dorang tu bercouple. Yang awek tu asyik usya aku je. Nasib baik aku tak naik perasan. Hanya tertanya tanya dalam hati kenapa dia usya aku semacam. Sebab aku hensem ke. Last last sibudak lelaki tu tegur aku. Aku pun berbual dengan dorang berdua.  Awek tu nama Jenny dan budak lelaki tu nama Albert. Dorang kenal dan rapat masa kat Paris. Baru lah yang pompuan tu beritau. Dia usya aku sebab tertanya tanya dalam hati, aku ni bangsa apa dan datang dari negara mana. Sejak tu kita orang jadik kawan baik. Sesekali makan dan jalan jalan bersama.

Satu hal pelik bila aku tengok Jenny, Albert dan beberapa backpacker lain. Asyik mengunyah chocolate dengan satu benda sambil layan music. Benda tu selalu disimpan dalam pack. Aku pun tanya dorang apa benda tu. Dorang kata benda tu Magic Mushroom. Kalau dalam bahasa melayu, bermakna Cendawan Ajaib. Tambah kata dorang, kalau makan benda tu, kepala bleh ‘high’. Mengasyikkan. Permandangan kita penuh dengan bintang yang berwarna warni. Magic mushroom mentah tu terpaksa dimakan dengan chocolate. Sebab rasanya memualkan dan untuk mengelak daripada muntah bila dikunyah.

Patutlah aku nampak banyak smart shop yang tertulis dan menjual magic mushroom disekitar Armsterdam. Dalam kedai tu penuh dengan lampu berwarna warni dan music bergenre electronica. Magic mushroom ada beberapa jenis. Harganya pun agak mahal dan bebas dijual. Lagi power lagi mahal. Aku tak penah jumpa ditempat lain. Tu lah kelebihan Armsterdam. Magic Mushroom dan ganja bebas dijual dan digunakan kat sana. Patutlah ramai pelancung ke Armsterdam. Satu kota yang unik dan indah.

Wednesday

Mengidam Budu

‘ Sunday ni wa balik sana. Lu nak kirim apa bro ‘

Satu SMS yang aku terima malam tadi. Dari sorang sahabat yang sedang bercuti kat tanah air. Aku agak rapat dengan dia walaupun kita orang berkeje tak sama company. Lebih kurang sengal cam aku gak. Pagi tadi aku dah reply SMS tu.

‘ Tolong bawak kicap chap kipas udang,maggie perasa kari,sop bunjut,budu dan sorang awek melayu beb'
Aku pasti dia akan bawak barang tu semua kecuali awek melayu. Bukan apa, awek melayu tu saja je aku tambahkan. Bertuah aku kalau dia bawak sorang awek kesini. Cam pokok kelapa jatuh keriba. Aku memang mengidam nak dating dengan awek melayu pun. Kalah pompuan mengandung kembar lapan punya mengidam. Apa tak nya, dah bertahun aku tak dapat dating dengan awek melayu.  

Aku  belajar makan budu masa aku bekeje kat Kerteh dulu. Satu hari aku lunch dengan member member kat satu restoren masakan kampong.  Makan berhidang. Sorang kawan yang pilih lauk. Ikan tongkol masak singgang, ikan kembong bakar, budu  dan beberapa jenis ulam. Bila aku nampak je budu yang dah bercampur dengan bawang dan lada kecik.Aku pun tanya apa benda tu. Dorang jawab. Air asam special. Aku bedal gak la. On the way balik ofis baru dorang citer yang benda tu budu. Pandai member member kenakan aku. Mungkin dorang ingat kalau cakap benda tu budu seblum makan, gerenti aku akan tolak. Sejak tu la aku dah pandai makan budu. Tapi tak lah sampai pakai straw.


Tuesday

Aku Telah Takluki Portugis

Semua orang tau, Melaka penah ditakluki oleh Portugis pada tahun 1511. Aku penah tertanya tanya dalam hati, kenapa Melaka tewas ditangan Portugis. Yang aku tau pendekar melayu dulu ramai yang kebal. Yang lagi terer, siap bleh terbang cam Kluang Man. Rupanya orang Portugis pun kebal gak. Pakai baju dan topi besi.  Kalau ditendang, kaki kita yang sakit. Ditikam dengan keris pun, dah tentu tak terjejas. Bla dua dua kebal, kelebihan terletak pada senjata masing masing. Pedang lawan keris. Dah tentu yang pakai pedang menang. Mungkin sebab tu Melaka tewas. Tu teori aku je. Jangan pecaya sangat.

Salah satu bandar yang aku singgah kat Portugal ya lah Lisbon. Aku agak terkejut bila sampai kat sana. Jauh dari apa yang aku bayangkan. Portugal dah mula nak jadik sebuah negara miskin. Aku dengar hutang banyak. Bukan hutang credit card atau hutang dengan along. Aku tak pasti hutang dengan bank dunia ke, negara lain ke atau IMF. Ekonomi jatuh dan ramai yang menganggur. Dah mula tertinggal dengan kemajuan Melaka. Melaka aku dengar dah pakai monorel kat tengah bandar. Lisbon masih lagi pakai tram.


Dua hari satu malam je aku menjelajah kota Lisbon. Dok kat satu hotel di Rossio. Banyak terdapat monument bersejarah kat sana. Monument yang dibina zaman kegemilangan dorang dulu. Zaman Vasco Di Gama. Aku sempat melawat beberapa tempat di tengah bandar Lisbon. National Theater, Comercio Square, Santa Justa Elevetar, Mosteiro dos Jeranimos, Campo Pequeno, Se De   Lisboa dan beberapa lagi tempat lain. Plan nak pegi museum. Nak tengok ada ke tak sejarah tentang Melaka. Agak kecewa. Museum banyak ditutup pada hari Isnin.


Lisbon sedikit menakutkan aku untuk berjalan diwaktu malam. Pepun, cost disana agak murah skit kalau nak dibandingkan dengan kota lain di Europe. Yang aku nampak, kurang pelancung dari negara luar kat sana. Pepun, aku puas hati dapat mengembara ke Lisbon. Dapat menakluki Portugis.

Aku akan ceritakan pengalaman aku di Portugal lebih banyak lagi dilain enntry atau post.




Puisi dan musik

Aku ada beberapa hobi. Dua daripadanya ya lah berpuitis dan layan musik. Hobi baru semasa aku merantau keluar negara. Apa taknya, aku sering dalam kesepian. Kena lak aku ni berjiwa halus. Halus yang lebih dari gula. Kira jenis jiwang gak la. Entah cam mana, satu hari tu aku terjumpa satu forum kat internet. Forum yang banyak terdapat puisi dan kisah tentang cinta. Apa lagi, aku pun join. Asah bakat berpuitis kat situ. Mostly aku gubah puisi tentang rindu dan kesepian. Terus aku aktif berpuitis. Puisi puisi tu semua aku post kat tiga forum. Lebih dari tiga tahun aku aktif berpuitis. Lately ni aku dah kurang aktif. Pepun, jiwang aku masih saperti dulu. Masih blum berkarat.

Satu lagi hobi aku ya lah layan musik. Mungkin kesepian dok sorang sorang dalam bilik. TV lak takde. Layan je la radio kokak aku tu. Kalau balik keje memang aku terus on radio. Agak musik yang disarkan tak sama dengan taste aku, aku layan lagu lagu kat lappy. Aku ikut perkembangan musik antarabangsa. Aku bleh tau apa lagu dan penyanyi mana yang tengah top.  Dah mula minat dengan lagu lagu cinta. Yang mana seblum tu aku selalu layan lagu rock. Apa lagu baru yang kuar, aku akan download dan simpan. Lately ni aku dah kurang ikut perkembangan musik dan download lagu lagu baru. Mungkin disebabkan line wifi aku selalu jadik cam siput tengah angau. Nak download lagu pun kena ambik masa yang agak lama. Bosan aku. Kena lak musim sejuk sekarang ni. Sebab tu aku bertukar hobi. Tido dan tido.

Kat bawah ni aku postkan puisi terakhir yang aku gubah.Tak lah seindah mana pun.

kicauan rindu sering bertamu
bersama kenangan indah bersamamu
kini aku sendirian menyulam impian
bayang bayangmu mencuit perasaan
kau sering aku dambakan
hari hariku indah saat kau disisi


jangan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu hidup terasa seksa dirasa
lakaran rinduku terlukis dilangit
bulan dan bintang menyambut penuh sayu
bagaikan mengerti ketabahan hati ini
pasrah menunggu kehadiranmu disisi
    

Monday

Perjalanan di Banjaran Himalaya


Lapan hari aku mengembara ke Nepal. Memula plan aku nak wat trekking ke kaki Everest atau Annapurna. Disebabkan kesuntukkan masa, plan aku tu dibatalkan. Apa tak nya, nak sampai ke base camp atau kat kaki Everest kena ambik masa seminggu kalau trekking. Pergi balik dah dua minggu. Kena orang yang slow cam aku ni, jalan macam itek gedik. Mungkin ambik lebih masa lagi. Sesilap sebulan. 

Masa kat Nepal aku sempat mengembara ke empat tempat. Khatmandu, Nagarkot, Phokara dan Chitwan. Jarak antara satu tempat ke tempat lain tu, ambik masa dalam enam jam perjalanan. Aku naik kete berdua dengan sorang kawan tempatan.Dulu kita orang pernah berkeje sama sama kat tempat aku keje sekarang ni. 





Perjalanan penuh dengan permandangan indah. Jalan kecik dilereng lereng bukit cam ular kena palu dan ditepi sungai yang mengalir deras. Tak menjemukan tapi sedikit cemas. Nak tido pun tak lena. Cam orang kena penyakit angau. Apa tak nya, asyik dengar bunyi horn je. Nak overtake atau kat selekoh tajam mesti horn dulu. Takut bertembung. Dalam perjalanan bleh nampak perkampungan dipuncak dan dilereng bukit yang tinggi. Patut pun Nepal digelar Switzerland Of The East.

Perjalanan aku di Banjaran Himalaya memang menarik. Satu pengalaman baru. Menyelusuri banjaran yang tertinggi didunia. Pepun, tetap terkilan sebab tak dapat menjejakkan kaki di kaki Everest.



Mencari destinasi dipeta dunia

‘You want to go vacation or not. Let me know before this month end’

Satu pertanyaan dari boss aku minggu lepas. Sepatutnya aku dah pegi bercuti pada hujung bulan ni. Entah kenapa aku berbelah bagi nak mengembara kedestinasi mana kali ni. Dah hampir sebulan aku jenguk peta dunia setiap hari. Tercari cari destinasi untuk bercuti. 

Kelebihan aku berkeje kat gurun padang pasir disini, aku diberi cuti tiga bulan sekali. Selama dua minggu. Kalau aku tak nak pegi cuti, diganti dengan gaji dua minggu. Selalunya aku ambik pilihan untuk pegi bercuti. Mengembara ke destinasi yang aku idamkan.

Dah bertahun aku tak balik ketanah air. Waktu bercuti aku teruskan hobi aku jadik backpacker. Aku ambik peluang yang ada. Mengembara kedestinasi yang aku idamkan. Sempat gak aku mengembara kebeberapa negara dibenua Eropah, Asia dan Africa. Kalau berkeje kat tanah air, mana aku bleh dapat peluang camni. Nak pegi bercuti ke Langkawi pun kena pikir dua kali. 

Dalam kepala otak aku sekarang ni ada beberapa destinasi yang tengah aku pikirkan. Salah satunya ya lah Ireland. Mungkin terpikat dengan keindahan negara tu selepas tengok beberapa movie. Entahlah. Hari ni aku terasa nak kesana dan esok lak terasa nak kedestinasi lain. Buat masa ni aku dalam dilema. Yang pastinya, setiap hari aku asyik jenguk je peta dunia. Harap empat lima hari lagi aku akan dapat jawapan.

Sunday

Kena peluk di Lausanne

Masa bersekolah lagi aku memang ada impian nak mengembara ke Switzerland. Mungkin terpegun dengan keindahan negara tersebut. Akhirnya impian aku tu tercapai gak. Dapat mengembara ke Switzerland. Aku singgah kat Lausanne dalam perjalanan aku ke satu perkampungan yang bernama Gstaad. Kampung dipergunungan  yang bertukar menjadi tempat bermain ski waktu winter. Terletak di banjaran Alps.

Selepas singgah di Paris dari London. Aku naik train dari Paris ke Basel untuk ke Lausanne. Terpaksa tukar train di Basel bila masuk ke Switzerland. Basel adalah sebuah bandar bahagian Switzerland yang btul btul digarisan sempadan dengan Perancis. Satu complex immigration yang dikongsi bersama antara Perancis dan Switzerland. Dibahagian Perancis nama tempat dia Bale kalau tak silap aku.



Sampai je kat Lausanne dah waktu malam. Aku ambik satu hotel yang berhampiran railway station. Malam tu aku tak kemana. Tido awal disebabkan kepenatan. Esok paginya aku mula ronda ronda dibeberapa tempat. Lausanne satu bandar yang tak sibuk. Btul btul terletak di tepi Tasik Geneva yang membelakangkan banjaran Alps. Satu permandangan yang indah.

Semasa aku ronda di kawasan old town yang dipanggil Vieille Ville, aku tercari cari restoren halal. Satu pun aku tak jumpa. Disebabkan lapar sangat aku singgah kat satu restoren. Aku plan nak makan roti dan salad je. Terkebil bijik mata aku bila sorang waiter bagi menu list. Semuanya dalam bahasa Perancis. Cakap English pun waiter tu tak berapa fasih. Kusut aku jap. Dia agak terkejut bila aku kata, no pork no pig only bread and salad. Terkeluar satu soalan dari mulut waiter tu. ‘ You muslim’. Aku jawab ya. Terus dia bagi salam dan suruh aku bangun. Bila aku bangun je, terus dia peluk aku cam style Arab. Tergamam aku jap. Macam aku kena peluk dengan Maya Karin. Rupanya dia berbangsa Kosovo dan berugama Islam. Nama dia Hassan. Berkawin dengan sorang penduduk tempatan yang berugama Islam. Dia dah jadik warganegara Switzerland.
Hassan berbual dengan aku dalam bahasa English rojak campur French. Dia ajak aku jalan kat rumah dia lepas dia abis keje. Nak suruh bini dia masak special untuk aku. Aku tolak pelawaan dia kerana kesuntukan masa. Aku dah nak bergerak ke railway station untuk pegi ke Montreux. Sebelum ke Gstaad. Aku makan roti dan salad yang disediakan sendiri oleh Hassan. Gerenti halal katanya. Sambil makan aku berbual dengan dia. Dia kata first time dia jumpa dengan orang melayu. Dia tau tentang Malaysia disebabkan Petronas Twin Tower dan Formula F1. Malaysia sebuah negara Islam yang maju katanya. Sebab tu dia hepi giler dapat jumpa dengan aku yang berbangsa melayu.

Sebelum berpisah aku hulurkan dia sedikit duit tips. Dia tak nak ambik. Memang dia sorang yang baik hati. Kita orang berpeluk sekali lagi. Sampai sekarang aku selalu teringatkan dia bila terdengar atau terbaca tentang Switzerland. Apa tak nya. First time aku dapat pelukan dari saudara seugama dibumi Eropah. Nasib baik bukan pelukan dari sorang perempuan.

Jangan sandar bahu aku


Dah hampir seminggu aku telan tiga jenis ubat setiap hari. Doctor nasihat aku supaya ambik ubat tu selama 10 hari. Nampak gayanya, ubat tu tak berapa berkesan. Bahu aku masih lagi sakit. Dulu masa aku keje kat Kerteh, company ada buat pertandingan futsal antara department. Aku bukanlah sorang yang suka bersukan. Nak tendang bola pun tak pandai. Terpaksa join. Aku jadik penjaga gol je. Sekali tu aku jatuh masa nak save bola. Kununnya nak tunjuk aku ni cam terer. Jatuh kat bahagian bahu. Terasa sakit dan terpaksa kuar dari padang. Masa tu team aku dah kena enam kosong. Betapa terernya aku. Malam tu aku pegi clinic dan esoknya berurut. Kira sembuh cam biasa gak lah pastu.


Baru ni aku terjatuh katil masa tido. Mungkin masa tido pun aku berangan agaknya. Jatuh kat bahagian bahu lagi. Sakit dulu datang balik. Nak pegang atau angkat benda yang berat skit terasa sakit. Memula rasa malas nak pegi clinic. Cuba telan panadol sehari dua. Tak berkesan. Terpaksa pegi ke clinic gak. Memang rasa malas nak pegi. Dah lah jauh. Nak tunggu jumpa doctor ambik masa lama. Ramai orang. Aku ajak sorang member pegi sama. Nak cuba satu panel clinic yang blum penah aku pegi. Dia pun memang plan nak ke clinic. Dia bukan sakit sangat. Stress dengan keje je. Hanya nak ambik MC.

Dari tempat aku keje dengan clinic yang aku nak pegi tu kira jauh gak. Dalam setengah jam driving. Sampai je clinic tu, aku rasa hepi skit. Orang tak ramai dan service agak bagus. Mostly pekeje berbangsa Filipino dan India. Dalam 15 minit aku dah dipanggil untuk berjumpa dengan satu doctor. Frust gak. Doctor tu bukan perempuan. Aku lebih suka doctor perempuan dari lelaki. Doctor perempuan ni cam caring skit. Bleh gak aku tumpang bermanja.

Soalan pertama yang doctor tanya aku. Where you from. Mungkin dia tengok nama aku ni sorang muslim. Bila aku beritau yang aku ni dari Malaysia, mula lah dia citer yang dia berminat nak bercuit keMalaysia. Doctor tu berasal dari Mesir. Miang nak mampus. Depan aku pun dia masih nak mengayat assistant dia. Awek Filipino. Siap pegang pegang lagi. Geram je aku. Rasa nak cepuk je. Lepas tu baru lah dia wat check up. Dia terangkan punca sakit aku dan macam macam lagi. Aku hanya angguk je. Satu apa pun aku tak faham dengan medic term yang dia dok citer.

Doctor bagi aku tiga jenis ubat. Suruh ambik selama sepuluh hari. Yang wat aku boring, dia suruh aku hari hari datang ke clinic untuk wat therapy. Aku tak pegi pun. Aku wat therapy sendiri. Atas katil. Pepun, Monday ni mungkin ke clinic lagi. Tak nampak yang sakit aku ni akan pulih. Doctor dah beritau, kalau tak pulih baru kena wat x ray dan wat apa yang patut. Rasa malas je nak jumpa doctor tu lagi. Btul btul potong stim beb. Mungkin aku akan ke clicnic yang lain. Mintak mintak dapat jumpa dengan doctor perempuan.


Saturday

Isabella dan Al Hambra

Bila dengar lagu Isabella dari kumpulan Search, teringat aku dengan Al Hambra. Al Hambra terletak dikaki pergunungan Sierra Nevada kat Granada Spain. Bekas kota pemerintahan Islam Andaslusia. Didirikan oleh kerajaan Islam bermula dari abad ke 9. Dibina dalam beberapa phasa dan siap pada abad ke 14. Ditawan oleh tentera Christian tanpa pertumpahan darah pada tahun 1492. Tentera puak Christian yang diketuai oleh Queen Isabella of Castile. Al Hambra kecundang ditangan sorang perempuan yang bernama Isabella.

Aku berada dua hari di Granada. Tujuan utama memang nak tengok Al Hambra. Sebelum ke Granada, aku sempat singgah di Cordoba. Satu lagi bekas kota pemerintahan Islam. Sampai di Granada dah waktu petang. Hotel yang aku duduk tak jauh dari Al Hambra. Lepas check in hotel aku terus bergegas ke Al Hambra. Hepi giler bila jumpa satu restoren Morocco kat simpang masuk ke Al Hambra. Apa tak nya, dah seminggu aku tak makan nasi. Seminggu aku tak jumpa restoren halal kat Madrid dan Lisbon sebelum tu.

Al Hambra terletak dipuncak bukit Assabica. Dibuka pada waktu pagi dan malam. Dari kaki bukit untuk sampai ke Al Hambra dipenuhi dengan taman. Sampai je kat pintu masuk, aku diberitau yang tiket dah abis dijual. Terpaksa kena masuk esok pagi. Sempat aku ronda ditaman diluar komplek Al Hambra. Siap ada kebun orange. Aku dan beberapa pelawat lain sempat petik orange tu. Tak bleh nak makan. Masam giler. Patutlah orange tu jatuh bertaburan ditanah tanpa ada yang kutip.

Esok paginya, sebelum pukul lapan aku dah sampai kat pintu masuk. Ingat aku dah awal. Dah penuh dengan orang ramai. Kena beratur skit punya panjang nak beli tiket. Ramai btul pelawat dari pelbagai bangsa dan negara. Lepas beli tiket, aku terus masuk ke komplek Al Hambra. Dalam perjalanan bleh jumpa taman taman bunga. Al Hambra terdapat empat bangunan. Nasrid Palace, Alcazaba, Generalife dan Palacio de Carlos V.

Nasrid Palace ada bekas istana yang didiami oleh Emir atau sultan semasa pemerintahan Islam. Alcazaba adalah kubu atau fortress. Generalife adalah tempat istirehat Emir semasa musim panas. Dikelilingi oleh taman taman indah yang penuh pokok pokok bunga. Dan Palacio De Carlos V dibina selepas kejatuhan kerajaan Islam. Istana yang didiami oleh King Charles V.

Al Hambra dalam bahasa Arab dipanggil Al Qalat Al Hambra. Yang bermakna kota merah. Memang dinding Al Hambra kelihatan merah diwaktu malam bila disinari oleh cahaya. Satu lagi keunikan Al Hambra ya lah sistem saluran air. Boleh jumpa banyak air pancut atau fountain. Sampai sekarang takde siapa yang tahu bagaimana sistem saluran air tu dibuat.

Aku tinggalkan Al Hambra dengan perasaan sayu. Sedih bila tahu yang pemerintahan Islam Andalusia jatuh selepas lapan abad menjajah Sepanyol. Al Hambra memang satu monument yang amat indah.

Lagu lagu Christmas


Esok hari Natal atau Christmas. Public holiday. Dari hari khamis lagi ramai ofismates dah mula bercuti. Nak lak mat saleh dan penganut Christian yang berbangsa lain. Ada gak bangsa Arab yang berugama Christian. Mostly dari Lebanon.Tak sabar nak tunggu dorang balik dari bercuti. Gerenti ada souviner untuk aku nanti, Dalam seminggu ni, aku agak boring bila dengar radio. DJ asyik putarkan lagu lagu Christmas je. Kat negara arab ni, mana lah aku bleh dengar siaran radio melayu. Era atau Hot fm. Linda on atau off ke. Selain siaran dalam English, banyak gak siaran radio dalam bahasa Arab dan Hindi. Tak kan aku nak layan. Tak minat dan tak faham lirik. Aku ni memang jenis jiwang. Tapi tak lah ketahap giler dengan lagu2 dan filem Hindi. Apa barang beb.

Dalam aku tak minat nak dengar lagu2 Christmas. Aku ada terdengar satu lagu. All I want for Christmas is you. Nyanyian Mariah Carey. Aku tak pasti lagu baru ke lama. Baru dengar dua tiga kali je. Lebih kurang cam menjelang lebaran. Radio akan siarkan lagu lagu raya yang lama dan yang evergreen. Lagu Christmas yang popular adalah lagu lagu yang dicipta ditahun 60an dan 70an. Mostly lagu lagu tu ditujukan kat US army masa perang Vietnam dulu. Cuti Christmas kali ni aku takde plan nak kemana. Mungkin lepak je dalam bilik. Berselubungkan rindu. Rindu dengan tanah air . Apa nak buat beb, life sorang perantau. Dagang hamba mengkuang layu.

Friday

Lelah mendaki The Acropolis

Satu monument yang paling terkenal di Athen Greece adalah Acropolis. Dalam bahasa Greek, Acropolis bermakna ‘High City’. Dibina pada tahun 438 BC dan terletak diatas sebuah bukit. Aku sempat melawatnya dalam pengembaraan ke Greece.

Kat Athen aku duduk kat satu hotel murah di Omonoia. Untuk ke Acropolis, aku naik metro ke stesen Monastiraki. Dari situ dah nampak Acropolis dipuncak bukit. Aku berjalan kaki untuk sampai kepuncak Acropolis. Monastiraki adalah satu area yang terkenal dengan flea market. Flea market adalah tempat dorang jual barang2 antik dan second hand. Di kiri kanan jalan ke Acropolis ramai yang menjaja souviner dan barang2 antik. Dari situ aku terus bergerak ke Plaka. Satu area yang agak menarik, btul2 berhampiran dengan Acropolis. Rumah2 dibina dilereng lereng bukit yang berbatu. Banyak hotel dan restoren terdapat kat area situ.

Lelah jugak aku nak sampai ke puncak Acropolis. Mendaki bukit yang curam. Bayaran masuk dalam dua puluh Euro. Terpegun dengan keindahan Acropolis. Dari situ bleh nampak permandangan kota Athen. Acropolis pernah menjadi pusat tadbir, istana raja, temple, church dan masjid waktu kerajaan Ottomon menjajah Athen. Monument yang paling terkenal adalah Parthenon. Sekarang ni sedang dibaik pulih. Dimalam hari, Acropolis dimandikan dengan cahaya. Ada sound and light show diwaktu malam. Berhampiran dengan Acropolis ada beberapa monument theater. Yang terkenal adalah Theatre of Diony Sios.




Walaupun agak penat menjelajah Acropolis. Aku puas hati. Dapat tengok satu monument yang berusia beribu ribu tahun. Yang aku idam nak tengok dari sekolah rendah lagi. Pepun, Greece memang satu negara yang cantik, Banyak terdapat pulau2 yang cantik dan monument bersejarah. Mungkin aku akan kesana lagi. Bila ada kesempatan.



Thursday

Rindu Berewang


‘Nurul kawen nanti, abang balik tau. Kalau tak, Nurul cepuk nanti.’

Amaran tu aku dapat masa si Nurul call aku. Dia sepupu aku. Call aku awal bulan Dec baru ni. Dia akan kawen pada hari krismas atau ahad ni. Kat kampong aku di JB. Dia anak dari sorang lagi mak sedara aku, Mak Teh. Dulu aku panggil Mak Teh tu CNN. Dia suka wat gossip yang bukan2. Pepun, aku tak dapat pulang ketanah air untuk meraikan majlis perkawenan si Nurul. Terkilan dan terasa btul2 sedih. Tak dapat jumpa sedara mara dan sahabat2 lama yang aku sangat2 rindui. Yang pastinya, aku tak dapat rewang  bersama dorang. Dan tak dapat rasa nasi minyak dan telo pindang yang dah bertahun aku tak dapat rasa.

Selalunya kalau sedara mara buat majlis perkawenan. Jarang dorang nak panggil catering atau wat secara buffet. Selalunya dorang akan panggil Pak Ali jadik tukang masak. Pak Ali tu sorang lagi sedara aku. Dia duduk kat satu kampong di Pontian. Memang aku volunteer jadik assistant dia. Tolong apa yang patut. Satu perkara atau ilmu yang aku dapat dari dia. Cara cam mana nak potong ayam. Potong enam ke, lapan ke atau potong dua belas ke. Potong ayam pun kena ada teknik. Dari petang sehari seblum majlis aku dah sibuk kat bangsal dapur. Tolong masak makan malam untuk tetamu yang datang untuk rewang. Selalunya bangsal dapur tu jadik port untuk kutu2 lepak sampai ke subuh. Ada yang tolong wat keje dan ada yang bersembang je.

Malam berinai atau malam seblum majlis esoknya ramai orang2 kampong yang datang. Rewang atau tolong apa yang patut. Masa tu lah bleh jumpa awek2 dan sedara pompuan yang dah lama tak nampak. Yang dulu cun dah semakin cun. Yang dulu berhingus dan selekeh dah pandai bergaya. Yang dulu kelihatan cam kampongan dah pandai dressing dan make up cam penyanyi atau pelakun. Yang dulu gedik dah nampak sopan, bertudung. Yang mampu aku buat. Usya je dari jauh. Dari dapur yang dah mula berasap.

Pada hari majlis dilangsungkan, selalunya aku bertukar tugas. Volunteer jadik tukang buat dan jaga air minum. Biasanya air sirap atau longan.Termasuk gak jadik tukang cuci gelas. Sesekali akan tolong kutu2 yang basuh pinggan. Memang aku suka dengan activiti tu. Dekat dengan balai dan bleh nampak tetamu yang datang. Yang paling besh, bleh usya awek.Time tu lah bleh jumpa dengan sahabat2 lama dan sedara mara yang dah bertahun tahun tak jumpa. 

Saat ini memang aku rindu dengan tu semua. Suasana majlis perkawenan ditanah air. Dah bertahun aku tak dapat rasai. Kalau ada kesempatan aku tetap akan sibukkan diri semasa rewang. Lain lah kalau aku yang jadik pengantin. Tak kan aku nak involve dengan rewang plak. Aku nak wat activiti apa. Aku pun tak pasti. Masa tu mesti gigil je badan nak tunggu majlis tamat dan malam menjelang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...