Wednesday

Mentari di Zurich

Aku sampai di Zurich pagi tadi. Menaiki keretapi malam tadi dari Ljubljana. Perjalanan mengambil masa selama sebelas jam. Dalam perjalanan boleh nampak permandangan yang indah. Kawasan berbukit dan desa di Austria dan Switzerland diselaputi oleh salji.



Sampai je kat Zurich Railway Station, aku terus ke Tourist Information Centre. Dapatkan map atau peta Zurich sambil bertanya kedudukan City Backpacker Hostel. Hostel yang tak jauh dari stesen keretapi. Dalam sepuluh minit berjalan kaki. Aku ambil dorm yang berkongsi empat orang. Harga dalam 35 euro untuk satu hari. Hostel paling mahal yang pernah aku lepak. 






Walaupun penat dan tak cukup tido, aku sempat ronda ronda dikawasan yang berhampiran dengan hostel. Window shopping sekejap di  Bahnhofstrasse Street. Esok baru aku akan menjelajah kota Zurich. Waktu aku tiba pagi tadi cuaca agak sejuk. Tengah hari tadi mentari muncul dan sejuk mula berkurangan.Cuaca yang paling selesa selama aku mengembara kali ini.








Cost di Zurich agak tinggi. Zurich adalah bandar yang paling mahal di Europe. Satu botol coke berharga 4 euro dan satu hot dog berharga 6 euro. Berlipat ganda dari bandar lain di Eropah. Aku akan berada disini selama dua malam. Selepas itu aku akan pulang semula ke padang pasir. Aku rindu serindu rindunya dengan nasi dan kari. Selepas ni aku akan citer lagi tentang Zurich. Jumpa lagi.  

Tuesday

Selamat tinggal Slovenia

Hari ini hari terakhir aku berada di Ljubljana. Ljubljana adalah ibu negara Slovenia. Empat hari aku lepak disini dan hari ini aku akan bertolak ke Switzerland. Meneruskan lagi pengembaraan aku.



Ljubljana adalah ibu negara yang paling kecil di Eropah. Hanya dengan berjalan kaki boleh menjelajah seluruh kota. Ljubljana adalah sebuah kota yang paling indah di Eropah. Kota yang berhampiran dengan Banjaran Alps. Kota yang terkenal dengan sukan ice hockey dan ski.





Selama disini sempat aku melawat beberapa tempat. Triple Bridge, Old Town, Dragon Bridge, Ljubljana Castle, Roman Ruins, beberapa square dan flea market. Semalam aku pergi ke satu perkampongan diluar kota yang membelakangkan Banjaran Alps. Memang indah. 





Cost kat sini agak sederhana. Aku lepak kat Celica Hostel. Hostel yang agak terkenal bagi backpacker dari seluruh dunia. Hostel ni dulu adalah bekas penjara. Diubah suai menjadi hostel. Satu malam 19 euro untuk dorm yang berkongsi lapan orang. 



Aku akan ceritakan lebih lagi tentang Slovekia selepas ini. Jumpa lagi.

Monday

Vienna yang menawan

Aku sampai Vienna dengan bas dari Berlin. Perjalanan yang mengambil masa selama lapan jam. Sampai di stesen Erdberg Vienna waktu pagi. Cuaca betul betul sejuk waktu tu. Boleh jumpa salji dimana mana. Aku simpan bag aku di stesen bas dan terus ke stesen metro Erdberg. Aku beli tiket metro untuk satu hari dari machine yang disediakan. Harga tiket tu hanya 5.70 euro.




Sistem metro atau U Bahn di Vienna agak senang skit. Dari map yang aku dapat distesen bas, aku terus ronda ronda keliling Vienna. Aku hanya ada sehari saja di Vienna. Dari pagi sampai kepetang aku kesana sini. Ada masa sampai tersesat.





Aku sempat ronda ronda dan melawat Stephansdom, Pestsaule, Shconbrunn Palace, Michaelerplatz dan beberapa tempat lain. Walaupun masa tu winter, ramai pelancung yang datang. Banyak aku jumpa pelancung dari Jepun.



Cost di Vienna agak tinggi. Lebih tinggi dari German. Makanan halal tak jadi masaalah disana. Boleh jumpa banyak restoren Turki. Vienna memang satu kota yang indah. Mendamaikan jiwa bila berada disana. Mungkin aku akan kesana lagi dan tinggal lebih lama. Satu kota yang romantis dan tak menjemukan. 

Aku akan cerita lebih lanjut lagi tentang Vienna dilain post.



Sunday

Ronda ronda Berlin

Persinggahan pertama aku dalam pengembaraan ke Eropah  kali ini adalah Berlin. Dua hari aku berada di Berlin. Lepak kat satu hostel yang berhampiran dengan Central Railway Station.




Memula aku agak pening sikit dengan sistem metro atau subway di Berlin. Ada dua jenis metro, U Bahn dan  S Bahn. Aku selalu tersalah station. Pergi ke U Bahn station, yang mana sepatutnya S Bahn station.




Aku beli ticket metro yang satu hari punya. Cost dia 6.50 Euro. Boleh naik dua dua metro, U Bahn dan S Bahn. Aku sempat pergi ke Spandau. Satu bandar yang paling penghujung sekali. Bandar yang tak sesesak Berlin.




Di Berlin aku sempat melawat beberapa tempat. Termasuk Brandenberg Gate. Selepas dua hari aku di Berlin, aku teruskan pengembaraan ke Vienna.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...