Thursday

Visa Dan Barisan Kita Di Beirut

Disebabkan aku ni sering mengembara kesana sini, ramai yang bertanyakan info tentang sesuatu tempat. Nak pulak lebaran dah hampir menjelang. Ramai kawan2 yang dah plan bercuti kebeberapa destinasi semasa Aidil Fitri nanti. Cuti umum Aidil Fitri disini selama 4 hari.


Malam tadi sorang kawan rapat yang berasal dari Malaysia call aku, tanya sama ada kena apply visa kalau pergi ke Beirut atau Lebanon. Dia plan nak kesana semasa cuti lebaran nanti. Yang aku boleh beritau, tak payah apply. Malaysian boleh dapatkan visa bila sampai disana atau arrival visa. Kata aku lagi, aku dah lupa berapa bayarannya, nanti aku tengok kat passport. Aku pernah pergi ke Beirut bersorangan dua tahun lepas. Sebelum kesana, ramai kawan2 bertanya, tak takut ke dengan air strike atau serangan udara Israel. Aku jawab, memang aku kesana untuk merasai pengalaman tu semua. Dua hari satu malam aku disana tanpa ada air strike. Bersantai di kota yang digelar Paris Of The East.


Aku pergi ke Beirut denngan menaiki bas dari Damascus. Melalui sempadan keluar masuk di Masnaa. Turun je dari bas di immigrasen bahagian Lebanon, kita akan dikerumuni oleh ulat2 penukar wang haram. Penuh dengan wang yang tebal2 ditangan dorang. Kelihatan juga kubu2 tentera dan pasokan anggota tentera berdiri disetiap penjuru. Setelah diberitau berapa bayaran untuk arrival visa, terus aku menukar wang US ke pound Lebanon. Pegawai immigrasen Lebanon agak berlainan sedikit dari negara2 lain. Uniform dorang berceloreng biru. Aku diberi layanan yang agak mesra bila dorang tau aku berasal dari Malaysia. Sempat pegawai immigresan tu kata, Malaysia Truly Asia and welcome to Lebanon. Bayaran arrival visa adalah 12000 pound.


Di Beirut aku berkesempatan bersiar siar di beberapa tempat. Satu kota yang agak cantik. Semasa ronda2 di kawasan Al Hambra, terlihat satu Jeep yang tertulis United Nation didalam satu kesesakan lalu lintas. Didalamnya ada dua orang anggota ATM berunifom yang sedang bertugas disana. Terasa bangga bila aku tengok. Terus teringat lagu Inilah Barisan Kita yang selalu dinyanyikan oleh kontigen ATM dalam perarakan Hari Kemerdekaan.Yang pasti, Beirut ramai kaki ketuk dan penipu saperti di Syria dan Mesir. Berhati hatilah kalau kesana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...