Friday

Sepasang Kurung Biru Dan Pulanglah

Hari ni aku offday. Selain tido, banyak aku abiskan masa dengan goggle dan download lagu2 raya. Untuk menambah lagi koleksi lagu2 raya aku. Ada dua lagu yang tersentuh hati dan terasa amat sayu bila aku dengar. Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar dan Pulanglah dari Aishah. Akan terkenangkan kisah silam.

Lebaran Di Kedutaan Malaysia 2011

Beberapa hari lagi aku bertolak kelautan yang jauh dari daratan. Bertugas dan berhari raya disana. Hanya berbekalkan lagu2 raya yang aku mampu. Tak saperti tahun lepas. Aku berpeluang solat dan menyambut Aidil Fitri bersama perantau lain di Kedutaan Malaysia disini. Dapat jugak menikmati atau merasai juadah hari raya saperti nasi himpit, rendang, satay, meehon, kuih muih Melayu saperti karipap dan lopes. 


Walaupun Aidil Fitri akan menjelang dalam dua minggu lagi, disini aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua. Takut aku tak ada kesempatan selepas ni. Harap kita akan dapat bertemu lagi. Dan satu lagi lagu raya yang menjadi favourite aku, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman,

Dari Jauh Ku Pohon Maaf.

10 comments:

Danny / John said...

beraya di lautanlah nmpknya tahun ni bro. bertabahlah.

selamat hari raya!

Jimmy said...

apa nak wat bro...carik makan...sabar je la...:)

pepun, selamat hari raya jugak.

Janggel / Rain said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Semoga tabah beraya di perantauan.

Jimmy said...

selamat hari raya untuk janggel jugak...moga ceria dan berbahagia dihari raya bersama family.

AndaQue said...
This comment has been removed by the author.
AndaQue said...

Wahhh dah kembali .... selamat hari raya Jimmy...

Jimmy said...

selamat hari raya andaque...dari jauh ku pohon maaf...:)

Cikgu Jaja™ said...

selamat bertugas jimmy


jaja doakan jimmy baik2 saja di sana. jaga diri!

happy hari ramadhan :)

Azizan Zolkipli said...

Selamat berAidilfitri di rantauan bro. Jangan nanges2, kalau nak nanges juga sila nyorok dalam tandas ahaksss ... Oopppss, macam pernah buat aje ni hehehe ...

Maaf Zahir Batin bro !

Jimmy said...

Cikgu Jaja,

selamat hari lebaran, maaf zahir dan batin dan selamat pengantin baru. Moga bahagia keanak cucu.

Azizan,

selamat aidil fitri...menangis sekejap je hehehe.

maaf zahir dan batin jugak bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...