Monday

Window Shopping Di Bahnhofstrasse Zurich

Zurich adalah kota yang paling mahal sekali di Eropah. Zurich adalah destinasi aku yang terakhir selepas aku menjelajah Berlin, Vienna, Bratislava, Budapest dan Ljubljana dalam pengembaraan aku ke Eropah awal 2012. Aku berada disana selama tiga hari. Sebelum ni aku ada ceritakan serba sedikit tentang Zurich dientry terdahulu.


Zurich
Lake Of Zurich
Zurich
Salah satu landmark Zurich adalah Bahnhofstrasse. Tak sah kalau pergi ke Zurich tak singgah di Bahnhofstrasse. Dikenali sebagai kawasan membeli belah atau shopping street yang paling exclusive dan mahal didunia.

Bahnhofstrasse
Bahnhofstrass
Kawasan Bahnhofstrasse bermula dari depan Hauptbahnhof atau Train Main Station hingga ketepi tasik Lake Of Zurich. Terdapat deretan kedai dan department stores yang menjual perbagai barang saperti pakaian, emas, berlian, chocolate dan lelain. Kebanyakkan yang branded atau high end brands.

Main Train Station
Lake Of Zurich
Bahnhofstrasse
Bahnhofstrasse
Kalau ditanya apa yang aku beli disana. Tak ada apa pun. Aku sorang backpacker bukannya pelancung. Tak mampu nak beli barang mewah. Lepak pun kat hostel murah dan selalu makan roti atau kebab saja. Hanya window shopping yang aku mampu.

6 comments:

Danny / John said...

Bahnhofstrasse mcm mana nak sebut ni bro? hahah boleh tergeliat lidah kalo nak tanya orang. hahah.

window shopping je? sure? sure? aku pn belom tentu mampu lagi. leleh air liur je kot.

Jimmy said...

kena sebut pelan2 bro hehehe...

barang2 kat situ semua ada class dan mahal giler...x mampu...carik gak yg beli satu dapat dua...x jumpa hehehe.

Farikica said...

Jeles tol nengok pengembaraan jimmy neh...seronok! saya x sampai lagik zurich tp penah ke basel...kat basel bnyk makanan muslim...

@john: memang tergeliat lidah melayu nak nyebot eh....

Jimmy said...

anggaplah jeles tu satu cabaran...:) basel tu kalau x silap...bandar sempadan antara france dgn switzerland kan..tengok gak rezeki...kdng2 tak cari...aleh2 depan mata ada makanan muslim.

Janggel / Rain said...

Suka la konsep2 tram di tengah bandar ni...insyaAllah kat Melaka nanti ada satu.

Jimmy said...

mostly kota besar kat europe guna tram...nmpk cam x berserabut...baguslah kalau melaka ada tram..melaka tu berpotensijadik destinasi pelancungan bertaraf antarabangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...