Wednesday

Apa Ada Di Athen


Jom pergi Athen bulan depan. Ajakan sorang kawan baik aku semalam . Dia agak berminat untuk kesana dan banyak bertanya tentang  Athen. Aidil Adha dah tak lama lagi. Tiga hari public holiday kat sini. Ramai kawan kawan yang tengah plan dorang punya cuti Aidil Adha nanti. Termasuk jugak aku. Aku pun belum decide lagi destinasi mana yang aku akan pergi. Apa pun Athen bukanlah pilihan aku walaupun ada ajakan dari kawan kawan.

The Temple Of Antena
Aku pernah backpacking ke Athen secara solo. Beberapa hari disana. Aku nak ceritakan apa yang ada di Athen atau tempat yang aku dah lawati. Yang mana sebelum ni aku ada ceritakan serba skit. Bagi aku Athen tak lah menarik sangat walaupun disana cost serba serbi agak murah. Kebanyakan pelancung kalau ke Greece akan pergi bercuti di pulau pulau saperti Crete, Mykonos, Hydra dan lelain.
Terdapat banyak hostel dan hotel dikawasan Plaka, Omonia, Syntagma dan Monastiraki. Aku lepak kat satu hotel murah di Omonia. Berhampiran dengan stesen metro. Satu malam 20 euro untuk single room. Siap ada TV dalam bilik. 

Minastiraki
Minastiraki to Plaka
Sistem metro di Athen agak simple dan senang. Hanya ada tiga line. Tiket seharian berharga 4 euro.  Landmark yang jadi tarikan utama kota Athen adalah Acropolis. Kalau kesana dengan metro, kena berhenti di Monastiraki. Dari situ dah nampak Acropolis dipuncak bukit. Boleh kesana dengan bas atau taxi. Aku memilih berjalan kaki. Akan temui banyak kedai yang menjual souviner dalam perjalanan. Sebelum sampai ke Acropolis kita akan melalui kawasan Plaka. Satu kawasan lama yang betul betul terletak dikaki bukit Acropilis. Tempat yang kelihatan elit skit. Banyak hotel, restoren gift atau souviner shop disitu. Harga hotel disini mungkin mahal skit.

Plaka
Parthenon
Erectheoin

Tiket masuk ke Acropolis adalah 12 euro. Banyak terdapat bangunan lama di situ saperti Pathenon, Erectheion dan Temple Of Athena. Dari sini kita oleh lihat permandangan kota Athen. Satu lagi, kita juga boleh mengunakan tiket tadi ditempat atau monument lain yang berhampiran. Theatre of Dionysus, Acient Agora dan Temple Of Olympian Zeus.


Theatre Of Dionysus
Terdapat banyak museum di Athen. Yang terkenal adalah National Archeological Museum dekat Omonia, the New Acropolis Museum  dekat Acropolis. Semasa aku ronda ronda di Minastiraki aku terpandang satu bangunan yang buat aku tertarik. Bangunan tu kelihatan bercirikan senibina Islam dan ada kubah. Bangunan tu adalah Museum Of Greek Folk Art. Dulunya bangunan tu adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Ottomon Empire pada abad kelapan belas.

Museum Of Greek Folk Art
Satu lagi landmark Athen adalah Parliament House yang terletak di Syntagma. Disebelahnya pula adalah National Garden. National Garden agak luas. Ada satu mini zoo disitu dan dipenuhi dengan pokok  dan taman bunga dari pelbagai negara.

Parliament House
National Garden
Beberapa kawasan di Athen terletak ditepi laut. Piraeus ada terminal untuk ferry dan cruise ship keluar negara dan pulau pulau di Greece. Terletak di stesen metro yang paling hujung atau paling akhir. Kalau nak tengok ferry dan cruise ship yang berbagai jenis dan kawasan tepi laut boleh lah kesana. Athen juga mempunyai beberapa pantai untuk mandi manda dan berihat. Kebanyakan terletak di Glyfada, Edem, Alimos dan lelain. Boleh kesana dengan menaiki tram. Stesen tram tu terletak di Syntagma. Berhampiran dengan Parliament House. Tambang untuk kekawasan pantai tu hanya satu euro.

Piraeus
Edem Beach
Ada dua landamark Athen yang aku tak sempat pergi. Landmark tersebut adalah Panathinaiko Stadium. Stadium untul Olimpik moden yang pertama kali. Didirikan pada tahun  1896. Satu lagi landmark adalah Lycabettus Hill yang terletak di Kolonaki. Bukit yang kita dapat lihat permandangan laut dan kota Athen dari puncaknya.

Di Athen makanan halal agak susah skit nak jumpa. Semasa di Omonia aku beli roti dan makanan lain di satu kedai kepunyaan orang Islam yang berasal dari Bangladesh. Kalau berminat untuk bercuti atau backpacking kesana, goggle dan carik lah infomasi lebih lanjut lagi.


7 comments:

Janggel / Rain said...

Menarik Athens ni sebab banyak kota sejarah. ish terpanggil pulak nak ke sana nanti kekeke

syida AR said...

menapak + melihat view yg menarik..
like ^_^ cni xde button like

Jimmy said...

janggel,

athen tu ok gak la...dua hari dah cukup kalau kesana...hanya acropolis je yg menarik.

syida AR,

terima kasih kerana sudi menapak dan melihat.

Cikgu Jaja™ said...

jaja perhtikan, byk monumen peninggalan yg mcm nak runtuh..

hati2 jimmy kalau ke sana lagi

Jimmy said...

mcm nak runtuh pasal pernah kena gempa bumi.

Homestay U1 said...

Byk info saya dapat kat sini...tq Jimmy..sy akakn menjejak Athens Jun nanti.

Miss Sappy Pathetic said...

Hi. Tumpang tanya, perlu Visa ke kalau nak ke Greece?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...