Monday

Jadi Penghibur Jalanan Keliling Dunia

Lepas sekolah menengah dulu aku dah ada keinginan nak mengembara keluar negara. Berkerja sambil belajar di Europe. Masa tu hanya angan je yang tinggi. Tak kemampuan dari segi duit. Ada kawan yang suggest, bawak sebijik gitar dan jadik penghibur jalanan. Tak ada masaalah tentang duit nanti. Aku tak berapa pandai bermain gitar walaupun dah cuba belajar. Suara aku pun tak lah semerdu mana. Lebih kurang macam buluh jugak. Bukanlah buluh perindu tapi lebih kurang macam buluh lemang. Pernah kawan kutuk aku. Kalau aku menyanyi kat fun fair, tiga hari lepas tu, gerenti fun fair tu akan bangkrap.




Aku bernasib baik. Dapat bekerja diluar negara dan dapatlah aku teruskan impian aku untuk mengembara kebeberapa negara dan benua. Kalau bercuti aku akan backpacking kenegara lain dan tak pulang ketanah air. Ambik peluang yang ada. Backpacking secara solo. Selalunya aku lepak kat hostel. Kadang kadang tidur dengan awek tanpa rela. Bukanlah berdua duaan tapi berkongsi dorm ramai ramai. Dari situ aku kenal dengan ramai sahabat baru dari pelbagai bangsa.




Semasa dihostel kerap kali aku jumpa dan berkenalan dengar backpacker yang jadik penghibur jalanan. Satu cara mendapatkan duit sambil mengembara keliling dunia. Teringat angan angan aku dulu. Dorang selalunya menjadi penghibur jalanan ditempat tumpuan orang ramai. Dapatlah duit untuk bayar hostel, makan dan simpan untuk tambang kedestinasi seterusnya.



Kalau aku jumpa penghibur jalanan yang sedang buat persembahan, aku akan berhenti. Memberi sokongan dan hulur sedikit duit. Mungkin aku ada impian untuk menjadi saperti dorang dulu. Jadi penghibur jalanan untuk keliling dunia.

20 comments:

Faith said...
This comment has been removed by the author.
Jimmy said...

thank faith...harap macam tu lah...tercapai segala impian...:)

Ren said...

tak pernah tgok pemuzik jalanan main cak lem pong, agak2 ada tak?

Jimmy said...

tak pernah jumpa lagi janggel...good idea gak kalau wat...lain dari yg lain...mesti ramai yg minat nak tengok...nanti ramai lah yg hulur duit...:)

Unknown said...

bestnya baca pngalaman org...hope one day ada rezeki jugak ;)

Jimmy said...

asmar,

harap impian awak tu akan tercapai jugak.

norh said...

pengalaman yg tak dpt dibeli, bekerja di negara org..cemburu dgn kamu..

Jimmy said...

norh,

pengalaman memang tak boleh dibeli...carik lah kat jaya jusco atau giant...tak kan jumpa...cemburu pun skit je kan...:)

Unknown said...

toce2...;)

Mat Som Sadona said...

Jimmy
Di JB dulu selalu tgok penyanyi jalanan, kwn2 S.Jibeng paling aktif di depan Komtar JB ketika itu. Ni dah duduk kg, dah tak jumpa lagi semua tu.

dekdaa said...

so, sila lah mencuba jadi artis jalanan dari sekarang :D

Syazwan Che Deraman said...

ouh..aku baru tahu pasal backpacker cari duit dengan menjadi penghibur jalanan!

Azizan Zolkipli said...

"Kadang kadang tidur dengan awek tanpa rela ..." > wahhh, sucinya hehehe ...

"Kalau aku jumpa penghibur jalanan yang sedang buat persembahan, aku akan berhenti. Memberi sokongan dan hulur sedikit duit ..." > Ini yang patutnya kita amalkan, beri sokongan pada mereka ...

nun said...

jimmy mana menghilang? lamanya tak update your blog.

Unknown said...

mn ilang..sepi jer

Faith said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

Cerita menarik... saya suka saya suka.. ada lagi tak sambungannya?...

Anonymous said...

Jimmy...
Jimmy...
Helena...

ibrahing tkidimalaysia said...

APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL JITU DI JAMIN TEMBUS MULIA DARI ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D,7D..HBG NO INI 085-256-133-981-MBAH SORE PASTI MEMBANTU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...