Friday

Seville Satu Persinggahan - 2


Sebelum aku sampai di Seville, aku kurang tahu banyak infomasi tentang kota tu. Mungkin tak ada dalam senarai tempat persinggahan dalam pengembaraan ke Spain. Disebabkan tak ada laluan keretapi ke Andalusia dari Lisbon. Aku terpaksa menaiki bas ke Seville. Sampai di Seville baru aku carik infomasi tentang tempat tempat disana. Setelah beli tiket bas ke Cordoba pada pukul tiga petang dan dapatkan map atau peta yang ada senarai tempat yang menjadi simbol atau ikon kota Seville. Baru aku tahu terdapat banyak monument peninggalan kerajaan Islam semasa memerintah Spain dulu. Aku terus mengatur langkah untuk menjelajah seberapa tempat yang aku sempat.

Seville
Selepas aku melawat Plaza De Espana yang mana aku telah ceritakan  kat post terdahulu. Aku teruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Plaza Virgen De Los Reyes. Disitu terdapat tiga monument yang menjadi tumpuan pelancung dan simbol atau ikon kota Seviile. The Cathedral Of Seville, Giralda Tower dan Alcazar.

The Cathedral Of Seville adalah Gothic cathedral yang terbesar didunia. Dibina pada tahun 1401. Didirikan ditapak sebuah masjid. Masjid yang dibina semasa pemerintahan kerajaan Islam. Seluruh bangunan masjid dirobohkan dan yang tinggal hanya minaret atau menara masjid. Menara yang bertinggian 97 meter. Diletakkan satu loceng besar dan diberi nama Giralda Tower. Tak jauh dari situ terletak Alcazar. Kubu dan bekas istana yang dibina oleh kerajaan Islam. Didalamnya telah diubah suai menjadi istana raja Spain yang dinamakan Mudejir Palace. Tiket masuk ketiga tiga tempat tu berharga lapan euro. Aku hanya memerhati dari luar.

The Cathedral Of Seville Dan Giralda Tower Bibahagian Belakang

Alcazar
Setelah melawat dan berihat sekejap aku terus ke tepian Guadalquivir River untuk melawat The Torre Del Oro. Dalam perjalanan berjalan kaki aku cuba carik restoren halal. Satu pun tak ketemu. Pelawat tak lah ramai di The Torre Del Oro. Bangunan atau tower yang dibina oleh kerajaan Islam pada tahun 1220. Tujuan dibina untuk meninjau kapal yang keluar masuk ke kota Seville. Sekarang dijadikan Naval Museum.

Seville

Guadalquivi River

The Torre Del Oro
Dari situ aku terus ke stesen bas. Lunch ala kadar dengan tuna sandwich. Sambil menuggu bas untuk bertolak ke Cordoba dengan perasaan sayu. Sayu bila melihat kesan kesan peninggalan kerajaan Islam semasa memerintah Spain dulu. Yang tinggal hanya kenangan,

2 comments:

Pida said...

Que bueno! Saya selalu berangan nak jalan-jalan keliling dunia, tapi sampai sekarang belum ada peluang lagi.

¡España mi sueño!

Tiada Nama said...

Hep hep kemana menghilang? :)

Selamat berpuasa, berhari raya, bekerja dimana jua kamu berada.hope ur safe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...