Thursday

Harap Ini Bukan Entry Yang Terakhir

Beberapa hari je lagi aku akan bertukar tugas ke lautan yang terbentang luas. Agak sibuk dan tak dapat aktif berblogging cam biasa.



Aku belum ada plan atau belum pasti kemana destinasi pengembaraan aku selepas ini. Hati teringin sangat untuk menjelajah ke Afghanistan dan Iraq. Melihat suasana perang. Untuk mencari satu pengalaman yang lain dari yang lain.

Moga kita berjumpa lagi.

Tuesday

Awas, Awek Sesat Waktu Malam Di Budapest

Sebelum aku mengembara ke Hungary, sorang kawan beritau aku. Berhati hati bila berada di Vaci Street di Budapest diwaktu malam. Banyak tourist traps dan scams disana. Vaci Street tempat paling happening diwaktu malam di Budapest. Tak sah kalau ke Budapest tak ronda ronda di Vaci Street. Tempat tumpuan pelancong untuk shopping dan merasai night life di Budapest. Vaci Street bermula dari Vorosmarty Square hingga ke Fovam Square dihadapan Central market.

Central Market

Vorosmarty Square
Semasa aku berada di hostel dekat sana, sorang backpacker dari Japan telah menceritakan kisah dia ditipu oleh sorang awek. Masa tu dia ronda ronda waktu malam di Vaci Street. Datang sorang awek yang mengaku dia backpacker dari German dan tanya kat kawan aku tu sama ada dia ada map atau peta Budapest. Awek tu telah sesat dan tak tau dimana letaknya satu restoren yang dia tengah cari. Bila kawan aku tu cakap yang dia tak ada map terus awek tu ajak temankan dia cari restoren tu. Siap nak belanja kawan aku tu lagi. Kawan aku tu pun ikut dan terjumpalah restoren yang dicari tak jauh dari situ. Bila masuk je kedalam restoren tu, rupanya tempat tu macam club. Terus awek tu dan kawan aku order minuman dan makanan dan berbual bual. Dalam lima belas minit selepas tu, awek tu mintak diri untuk ke tandas. Terus tak muncul muncul lagi selepas tu. Dalam sejam lebih tunggu, kawan aku tu plan nak belah dan mintak bill. Terkejut dia bila tengok harga dalam bill tu. Empat ratus euro lebih. Nak tak nak terpaksa bayar. Jadi mangsa satu sindiket penipuan.

Hard Rock Cafe
Vaci Street
Vaci Street
 Malam terakhir aku di Budapest, aku ronda ronda di Vaci Street. Tujuan aku bukan nak carik awek sesat. Aku nak pegi Hard Rock Café. Untuk beli t shirt dan souviner yang kawan kawan kirim. Dalam kesejukan aku menyusuri Vaci Street. Tak ramai aku nampak orang kat situ. Mungkin disebabkan cuaca terlalu dingin dan malam baru bermula. Aku singgah di Hard Rock Café dan beli dua helai t shirt. Tak lupa aku beli beberapa souviner untuk kawan kawan dan diri sendiri. Semasa aku ronda ronda disana, aku tak jumpa pun awek yang sesat. Mungkin aku tak pergi hingga ke Fovam Square. Yang pasti, aku takut aku yang tersesat.


Wednesday

Menyumpah Sampai Subuh DiHostel Dan Airport Zurich

Semasa pengembaraan aku keenam buah negara di Eropah dua bulan lepas, aku dapat banyak pengalaman baru. Lepak di beberapa hostel dan dapat berkenalan dengan backpacker lain dari pelbagai bangsa dan negara. Kalau aku lepak kat hostel, hanya satu perkara je yang agak merimaskan. Tido satu bilik atau dorm dengan backpacker perempuan yang lain. Pelbagai peristiwa yang aku alami.



Salah satu kenangan yang aku tak boleh lupakan. Semasa aku lepak kat satu hostel di Zurich Switzerland. City Backpacker nama hostel tu. Hostel paling mahal yang pernah aku lepak. Satu malam kurang lebih 35 euro. Lepak di dorm empat katil. Wifi hanya ada kat reception dan ada dapur untuk memasak.


Aku check in awal, dalam pukul sembilan pagi. Dapat dorm yang ada empat katil. Masa tu aku sorang je didalam dorm. Lepas aku mandi terus keluar untuk menjelajah kota  Zurich. Hampir senja baru aku balik ke hostel. Masuk je kedalam dorm dah ada satu couple yang akan berkongsi bilik dengan aku. Kita orang pun berkenalan dan berbual agak lama. Agak selesa berkawan dengan dorang. Yang lelaki dari Australia dan perempuan dari England. Dorang bertemu dan jatuh cinta semasa di Venice.



Dalam pukul sembilan malam couple tu kuar untuk dinner.  Aku hanya berihat didalam bilik. Kepenatan ronda ronda kesana sini waktu siangnya. Terus tertido. Aku tersedar dalam pukul satu lebih bila terdengar satu bunyi yang aneh. Rupanya couple tadi tengah memadu asmara dikatil sebelah. Dengan aksi yang melampau. Buat aku kaku dan gelisah. Yang mampu aku buat. Buat buat tengah tido lena. Menyumpah aku hingga kesubuh. Terseksa batin dibuatnya. 

Esoknya aku kuar dari hostel tu. Malamnya aku tido di airport disebabkan flight balik aku awal pagi. Tido di sofa Starbuck dengan beberapa backpacker yang lain apabila Starbuck ditutup pada pukul 10 malam. Malam tu aku menyumpah lagi. Bukan disebabkan ada couple yang buat hal. Aku menyumpah disebabkan bau yang kurang selesa. Bau busuk stokin sorang backpacker yang tido berhampiran dengan aku. Pepun. Tu semua salah satu kenangan dan pengalaman yang aku dapat semasa mengembara kesana sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...