Sebelum aku mengembara ke
Hungary, sorang kawan beritau aku. Berhati hati bila berada di Vaci Street di
Budapest diwaktu malam. Banyak tourist traps dan scams disana. Vaci Street
tempat paling happening diwaktu malam di Budapest. Tak sah kalau ke Budapest
tak ronda ronda di Vaci Street. Tempat tumpuan pelancong untuk shopping dan
merasai night life di Budapest. Vaci Street bermula dari Vorosmarty Square
hingga ke Fovam Square dihadapan Central market.
|
Central Market |
|
Vorosmarty Square |
Semasa aku berada di hostel
dekat sana, sorang backpacker dari Japan telah menceritakan kisah dia ditipu
oleh sorang awek. Masa tu dia ronda ronda waktu malam di Vaci Street. Datang
sorang awek yang mengaku dia backpacker dari German dan tanya kat kawan aku tu
sama ada dia ada map atau peta Budapest. Awek tu telah sesat dan tak tau dimana
letaknya satu restoren yang dia tengah cari. Bila kawan aku tu cakap yang dia
tak ada map terus awek tu ajak temankan dia cari restoren tu. Siap nak belanja
kawan aku tu lagi. Kawan aku tu pun ikut dan terjumpalah restoren yang dicari tak
jauh dari situ. Bila masuk je kedalam restoren tu, rupanya tempat tu macam
club. Terus awek tu dan kawan aku order minuman dan makanan dan berbual bual. Dalam
lima belas minit selepas tu, awek tu mintak diri untuk ke tandas. Terus tak
muncul muncul lagi selepas tu. Dalam sejam lebih tunggu, kawan aku tu plan nak
belah dan mintak bill. Terkejut dia bila tengok harga dalam bill tu. Empat
ratus euro lebih. Nak tak nak terpaksa bayar. Jadi mangsa satu sindiket
penipuan.
|
Hard Rock Cafe |
|
Vaci Street |
|
Vaci Street |
Malam terakhir aku di
Budapest, aku ronda ronda di Vaci Street. Tujuan aku bukan nak carik awek
sesat. Aku nak pegi Hard Rock Café. Untuk beli t shirt dan souviner yang kawan kawan
kirim. Dalam kesejukan aku menyusuri Vaci Street. Tak ramai aku nampak orang
kat situ. Mungkin disebabkan cuaca terlalu dingin dan malam baru bermula. Aku singgah
di Hard Rock Café dan beli dua helai t shirt. Tak lupa aku beli beberapa
souviner untuk kawan kawan dan diri sendiri. Semasa aku ronda ronda disana, aku
tak jumpa pun awek yang sesat. Mungkin aku tak pergi hingga ke Fovam Square. Yang
pasti, aku takut aku yang tersesat.
5 comments:
Tajuk ala2 suspen gitew....
saja je bikin gempaq...:)
entry2 awk mmg best dan sempoii....
Suspen je...rupa rupanya hehehe. sempoi
sumayyah,
entry saya biasa je...tak lah sempoi mana pun...:)
janggel,
saja je wat suspen hehehe...thanx bro sebab selalu komen kat blog saya.
Post a Comment