Wednesday

Mencari Bom Tangan Di Ljubljana Flea Market

Selalunya kalau aku pergi mengembara kemana mana, mesti ada kawan yang suruh belikan apa apa. Waktu aku mengembara ke Eropah baru baru ni. Ada sorang kawan suruh aku carikan bom tangan atau grenade yang dah diubah menjadi ash tray atau bekas habuk rokok. Katanya ada dijual di flea market. Flea market adalah pasar yang menjual barang barang lama atau second hand.


Semasa aku berada di Ljubljana Slovenia, aku sempat berkunjung ke flea market. Flea market hanya beroperasi pada hari ahad saja. Tu pun aku dapat tahu dari reception hostel. Dorang beritau aku malam sebelumnya. Kawasan flea market tu terletak ditepi sungai yang berhampiran dengan Triple Bridge. Dibuka dari awal pagi hingga tengah hari.


Aku kesana seawall pagi dari hostel dengan berjalan kaki. Jarak dalam satu kilometer je. Flea market tu kelihatan tersusun dan bersih. Berjenis jenis barang yang dijual. Pakaian, barang perhiasan rumah, lukisan, barang barang tentera dan lain lain lagi. Terdapat juga peluru dijual disitu. Disatu gerai aku ditegur oleh sorang yang agak berumur. Tanya aku sama ada aku ni Mexican. Bila aku cakap yang aku ni dari Malaysia. Terus dia kata yang sorang adiknya sedang berkerja disebuah pelantar minyak di Terengganu. Banyak kebaikan dan keindahan Malaysia yang didengar dari adik nya. Siap bagi aku discount kalau aku beli barang digerainya. Untuk ambil hati dia, aku beli satu topi atau jockey cap tentera Russia yang ada lambang tukul dan sabit.


Aku tercari cari bom tangan yang dipesan oleh kawan disemua gerai. Tak jumpa. Kalau jumpa pun, aku akan pikir dua kali nak beli. Takut ditahan atau jadi satu masaalah semasa pemeriksaan di airport nanti. Sampai sekarang aku tak dapat bayangkan macam mana rupa bom tangan setelah diubah menjadi ash tray. Satu barang kiriman atau souviner yang luar biasa.



4 comments:

Janggel said...

Salam...
Memang susah kalau nak bawak balik nanti kan, kene soal siata, ata diingat pengganas pulak sebab bawak bom heheh.

Jimmy said...

salam janggel,

tu lah pasal...cam carik penyakit lak kalau bawak...sesilap kena tuduh terrorist hehehe...pepun...thank for the comment.

Cikgu Jaja™ said...

boleh plak kirim bom..hihi

jaja kirim poskad xde pon sampai skg..wuwuwuw..xpe la..abaikan. hehe

Jimmy said...

lain kali ok...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...