Semasa aku berada di
Ljubljana Slovenia, aku sempat berkunjung ke flea market. Flea market hanya
beroperasi pada hari ahad saja. Tu pun aku dapat tahu dari reception hostel.
Dorang beritau aku malam sebelumnya. Kawasan flea market tu terletak ditepi
sungai yang berhampiran dengan Triple Bridge. Dibuka dari awal pagi hingga
tengah hari.
Aku kesana seawall pagi dari
hostel dengan berjalan kaki. Jarak dalam satu kilometer je. Flea market tu
kelihatan tersusun dan bersih. Berjenis jenis barang yang dijual. Pakaian,
barang perhiasan rumah, lukisan, barang barang tentera dan lain lain lagi.
Terdapat juga peluru dijual disitu. Disatu gerai aku ditegur oleh sorang yang
agak berumur. Tanya aku sama ada aku ni Mexican. Bila aku cakap yang aku ni
dari Malaysia. Terus dia kata yang sorang adiknya sedang berkerja disebuah
pelantar minyak di Terengganu. Banyak kebaikan dan keindahan Malaysia yang
didengar dari adik nya. Siap bagi aku discount kalau aku beli barang
digerainya. Untuk ambil hati dia, aku beli satu topi atau jockey cap tentera
Russia yang ada lambang tukul dan sabit.
Aku tercari cari bom tangan
yang dipesan oleh kawan disemua gerai. Tak jumpa. Kalau jumpa pun, aku akan
pikir dua kali nak beli. Takut ditahan atau jadi satu masaalah semasa
pemeriksaan di airport nanti. Sampai sekarang aku tak dapat bayangkan macam
mana rupa bom tangan setelah diubah menjadi ash tray. Satu barang kiriman atau
souviner yang luar biasa.
4 comments:
Salam...
Memang susah kalau nak bawak balik nanti kan, kene soal siata, ata diingat pengganas pulak sebab bawak bom heheh.
salam janggel,
tu lah pasal...cam carik penyakit lak kalau bawak...sesilap kena tuduh terrorist hehehe...pepun...thank for the comment.
boleh plak kirim bom..hihi
jaja kirim poskad xde pon sampai skg..wuwuwuw..xpe la..abaikan. hehe
lain kali ok...:)
Post a Comment