Salah satu kenangan yang
aku tak boleh lupakan. Semasa aku lepak kat satu hostel di Zurich Switzerland. City
Backpacker nama hostel tu. Hostel paling mahal yang pernah aku lepak. Satu
malam kurang lebih 35 euro. Lepak di dorm empat katil. Wifi hanya ada kat
reception dan ada dapur untuk memasak.
Aku check in awal, dalam
pukul sembilan pagi. Dapat dorm yang ada empat katil. Masa tu aku sorang je
didalam dorm. Lepas aku mandi terus keluar untuk menjelajah kota Zurich. Hampir senja baru aku balik ke hostel.
Masuk je kedalam dorm dah ada satu couple yang akan berkongsi bilik dengan aku.
Kita orang pun berkenalan dan berbual agak lama. Agak selesa berkawan dengan
dorang. Yang lelaki dari Australia dan perempuan dari England. Dorang bertemu
dan jatuh cinta semasa di Venice.
Dalam pukul sembilan malam
couple tu kuar untuk dinner. Aku hanya
berihat didalam bilik. Kepenatan ronda ronda kesana sini waktu siangnya. Terus
tertido. Aku tersedar dalam pukul satu lebih bila terdengar satu bunyi yang
aneh. Rupanya couple tadi tengah memadu asmara dikatil sebelah. Dengan aksi
yang melampau. Buat aku kaku dan gelisah. Yang mampu aku buat. Buat buat tengah
tido lena. Menyumpah aku hingga kesubuh. Terseksa batin dibuatnya.
Esoknya aku kuar dari
hostel tu. Malamnya aku tido di airport disebabkan flight balik aku awal pagi.
Tido di sofa Starbuck dengan beberapa backpacker yang lain apabila Starbuck
ditutup pada pukul 10 malam. Malam tu aku menyumpah lagi. Bukan disebabkan ada
couple yang buat hal. Aku menyumpah disebabkan bau yang kurang selesa. Bau busuk
stokin sorang backpacker yang tido berhampiran dengan aku. Pepun. Tu semua salah
satu kenangan dan pengalaman yang aku dapat semasa mengembara kesana sini.
6 comments:
pengalaman yg mahal ye.. :)
pengalaman yg tak bleh dibeli...:)
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Kalau ingat balik sure senyum sorang2.
janggel,
tak sanggup nak ingatkan balik hehehe
"City Backpacker nama hostel tu. Hostel paling mahal yang pernah aku lepak. Satu malam kurang lebih 35 euro ..." - - - > Perghhhh, mahalnya ! Kalau RM35 boleh lah lagi terima huhuhu ...
"Rupanya couple tadi tengah memadu asmara dikatil sebelah. Dengan aksi yang melampau. Buat aku kaku dan gelisah. Yang mampu aku buat. Buat buat tengah tido lena. Menyumpah aku hingga kesubuh. Terseksa batin dibuatnya ..." - - - > Aduiiii, kesiannnn batin kamu terseksa hahahaha ...
jeritan batinku wak hehehe
Post a Comment