Wednesday

Satu Pengajaran Di Bratislava Slovekia

Sorang auntie dari JB yang selalu jenguk blog aku nak tengok gambar2 aku semasa aku mengembara ke Bratislava pada February lepas. Dia plan nak kesana dan beberapa negara Eropah lain bersama suami pada September nanti. Sebelum ni aku ada tag beberapa gambar di post aku ‘Brastislava Yang Tenang’. Cerita tentang tempat2 yang aku lawati disana. Tapi gambar tu dah hilang. Aku akan tag beberapa gambar2 lagi disini. Juga aku akan ceritakan satu kesilapan dan pengajaran yang aku dapat disana. 



Aku menaik bas dari Vienna ke Bratislava. Hampir satu jam perjalanan. Waktu sampai di stesen bas di Novy dalam pukul 3 petang. Aku tanya dengan beberapa orang akan lokasi City Hostel, siap tunjukkan alamat. Semuanya tak tau. Nak naik teksi, aku takut kena ketuk. Dalam kedinginan musim sejuk dan jalan diseliputi sisa2 salji aku terus berjalan ke arah pusat bandar. Tiba disatu kawasan di Town Hall, aku bertanya dengan sorang pemuda yang sedang lepak. Dia beritau lokasi hostel tu agak jauh. Dikawasan Old Town. Kena naik tram dua kali. Aku pun berihat sekejap dan berkenalan dengan dia. Nama dia Tony, berumur lewat 20an. Kelihatan sorang yang baik dan boleh berbahasa English walaupun tak berapa fasih. Aku banyak bertanya info tentang Bratislava dengan dia. Dia tawarkan diri kepada aku untuk jadik guide aku semasa disana. Bayaran 10 euro sehari dan cost pengangkutan dan makan minum aku tanggung. Aku setuju dengan tawaran tu. Agak murah dan aku ada teman untuk kesana sini.



Dengan menaiki tram dan dua kali tukar laluan. Kami sampai di City Hostel dan aku terus check in. Selepas check in aku kebilik untuk simpan bag dan Tony tunggu di receiption. Selepas tu kami ronda2 di beberapa tempat menarik di kawasan pusat bandar dengan berjalan kaki dan menaiki tram kesana sini. Sempat jugak bersiar siar di tepi Danube River dan makan di satu mall yang berhampiran. Hampir senja aku balik ke hostel dan berjanji akan bertemu semula di hostel untuk berbincang plan keesokan harinya. 



Malam tu Tony datang kehostel dan aku pelawa dia masuk kebilik. Berbual dan berbincang tentang destinasi esoknya. Aku mengajak dia pergi kekawasan pergunungan yang ada ski resort. Dia syurkan satu tempat. Dah lupa apa nama tempat tu. Kena naik train dalam satu jam perjalanan katanya. Aku pun setuju. Kami berjanji akan bertolak pada pukul lapan pagi esok. Semasa berbual dan tengok TV yang sedang menyiarkan live satu pelawanan ice hockey , aku masuk kebilik air sekejap. Keluar je dari bilik air, Tony mintak diri untuk balik dalam keadaan tergesa gesa. Ada hal penting katanya. Berjanji untuk bertemu esok pagi. 


Selepas Tony pergi aku terus tido. Paginya aku bangun awal untuk bersiap siap. Aku bukak laci meja untuk ambik camera dan purse. Bila aku bukak je purse aku. Terkejut aku, yang tinggal hanya sekeping note 5 euro. Beratus euro yang lain dah lesap. Aku syak Tony yang ambik. Dia ambik kesempatan semasa aku masuk ke toilet. Pagi tu dia tak datang dan seterusnya.



Tempat pertama aku pergi pagi tu adalah ATM machine di sebuah bank yang berhampiran. Selepas tu aku melawat beberapa monument bersejarah sekitar Bratislava, termasuk Bratislava Castle yang terkenal bersorangan. Esoknya aku meninggalkan Bratislava dan menuju ke Budapest dalam kekesalan. Percayakan sesorang yang baru aku kenal dan mempelawa masuk kedalam bilik. Satu kesilapan dan pengajaran bagi aku.


3 comments:

Eni said...

oleh itu jgn cpt percayakan org wlaupon muka nampak baik & lurus...hehee

Jimmy said...

btul tu...nak lak pompuan akn hehehe...pepun, thank for the comment.

Eni said...

ur welcome :)...a'a kebanyakannya pompuan tp tak semua pompuan okey hehee...tp lelaki pon ada jgk so kena hati2 la, beringat sblm terkena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...