Tuesday

Tanamlah Gerger Dibawah Katil

Semalam aku makan malam bersama dua orang rakan disebuah restoren Afghanistan. Restoren tu terletak di Grand Hameed Street. Menu utama restoren tu adalah Nasi Bukhari. Biasanya di restoren bangsa Arab, selain meja dan kerusi, kita boleh makan dibilik bilik kecik yang disediakan sambil bersila. Bercarpet dan ada bantal untuk bersandar. Kita orang memilh untuk makan didalam bilik. Kira privacy sikit dan selesa.



Sorang rakan order Nasi Bukhari dan dua ekor ikan Harmour goreng berserta roti nan dan potato chips. Satu keunikan restoren tu, lain dari restoren yang lain, setiap pelanggan akan diberi sepiring ulam Gerger dan bawang mentah. Pertama kali aku melihat ulam tu. Terus aku tanya dengan rakan disebelah. Kenapa dorang hidangkan Gerger dan bukan salad sayuran saperti restoren lain. Sorang rakan aku terus tersenyum sambil berkata, Gerger memang tak sesuai untuk kita orang. Masih single lagi katanya. Makin aku tertarik nak tau kelebihan Gerger bila dengar apa yang dia cakap.


Rakan aku tu berkata lagi. Ada satu perpatah Arab,‘Kiranya perempuan tahu akan khasiat Gerger pasti mereka akan menanamnya dibawah katil’. Apabila lelaki makan Gerger, prestasi sek dorang akan meningkat. Lebih kurang macam Ginseng. Dalam hati aku berkata, mungkin lebih kurang macam Tongkat Ali ditanah air agaknya. Tambah rakan aku lagi, kalau aku kawen nanti, suruhlah isteri aku tanam Gerger dibawah katil. Aku hanya tersenyum dan terus tanya satu lagi soalan. Kalau perempuan yang makan macam pulak. Sambil tergelak, rakan aku berkata. Pasti akan dapat anak setahun satu.Tertunduk malu sambil tersipu sipu bila aku dengar.

2 comments:

Danny / John said...

hahaha macam mana nak tanam bawah katil? kaedah hidroponik ke?

btw, psl visa australia tu mmg ada. dorang panggil ETA. boleh bwt dgn local travel agent dgn harga rm20-rm50. kalo bwt sendiri online agak mahal aud20/pax

Jimmy said...

tanam dalam pasu ok gak john...senang nak alih2 hehehe...pepun, thank for the info...selamat bebuka puasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...