Showing posts with label Holland. Show all posts
Showing posts with label Holland. Show all posts

Thursday

Jenny dan Cendawan Ajaib

Waktu aku tiba di Armsterdam cuaca agak sejuk. Berbeda dipadang pasir yang aku duduk. Mungkin disebabkan perubahan cuaca secara mengejut, aku demam secara tiba tiba. Agak teruk gak. Nasib baik aku ada bawak ubat. Kalau mengembara kemana mana memang aku bawak beberapa jenis ubat. Yang pasti, panadol, ubat batuk dan ubat sakit perut. Kat Armsterdam aku dok kat satu hostel. Terletak berhampiran area Damrak. Yang agak kurang seronok, dorm atau bilik aku tu berkongsi antara lelaki dan pompuan. Satu dorm atau bilik, ada lebing kurang sepuluh orang. First time aku tido sebilik dengan pompuan.  Ngeri gak memula. Nasib baik bukan berdua dengan pompuan. Bukan apa, takut aku diperkosa atau ternoda je.

Disebabkan aku demam. Aku batalkan plan aku untuk ke German dan Republic Czech. Hanya berihat je kat hostel dan ronda sekitar Armsterdam. Aku kenal atau bercampur ramai backpacker dari pelbagai negara masa dok kat hostel tu. Macam macam perangai. Esoknya masuk dua backpacker baru. Sorang lelaki dari Brasil dan sorang awek dari Sweden. Kelihatan dorang tu bercouple. Yang awek tu asyik usya aku je. Nasib baik aku tak naik perasan. Hanya tertanya tanya dalam hati kenapa dia usya aku semacam. Sebab aku hensem ke. Last last sibudak lelaki tu tegur aku. Aku pun berbual dengan dorang berdua.  Awek tu nama Jenny dan budak lelaki tu nama Albert. Dorang kenal dan rapat masa kat Paris. Baru lah yang pompuan tu beritau. Dia usya aku sebab tertanya tanya dalam hati, aku ni bangsa apa dan datang dari negara mana. Sejak tu kita orang jadik kawan baik. Sesekali makan dan jalan jalan bersama.

Satu hal pelik bila aku tengok Jenny, Albert dan beberapa backpacker lain. Asyik mengunyah chocolate dengan satu benda sambil layan music. Benda tu selalu disimpan dalam pack. Aku pun tanya dorang apa benda tu. Dorang kata benda tu Magic Mushroom. Kalau dalam bahasa melayu, bermakna Cendawan Ajaib. Tambah kata dorang, kalau makan benda tu, kepala bleh ‘high’. Mengasyikkan. Permandangan kita penuh dengan bintang yang berwarna warni. Magic mushroom mentah tu terpaksa dimakan dengan chocolate. Sebab rasanya memualkan dan untuk mengelak daripada muntah bila dikunyah.

Patutlah aku nampak banyak smart shop yang tertulis dan menjual magic mushroom disekitar Armsterdam. Dalam kedai tu penuh dengan lampu berwarna warni dan music bergenre electronica. Magic mushroom ada beberapa jenis. Harganya pun agak mahal dan bebas dijual. Lagi power lagi mahal. Aku tak penah jumpa ditempat lain. Tu lah kelebihan Armsterdam. Magic Mushroom dan ganja bebas dijual dan digunakan kat sana. Patutlah ramai pelancung ke Armsterdam. Satu kota yang unik dan indah.

Monday

Bad boys go to Armsterdam

Kata2  kat atas tertulis kat t shirt yang banyak aku jumpa dijual kat Armsterdam. Satu quote tang Armsterdam yang kelihatan agak kelakar. Armsterdam adalah salah satu destinasi pengembaraan favourite aku. Bukan disebabkan oleh bunga tulip, ‘Red Light District’ nya atau bebas untuk menghisap ganja. Armsterdam tak lah sesibuk mcm bandaraya2 Europe yang lain. Suasana terasa tenang disana. Mungkin kurang kenderaan dijalan raya. Kebanyakan penduduk tempatan mengunakan basikal untuk bergerak kesana sini. Satu keunikan bandaraya Armsterdam. Bandaraya yang penuh dengan terusan atau canal. Bangunan lak diwarna dengan bemacam macam warna. Kelihatan amat menarik.


Banyak tempat menarik di Armsterdam. Macam2 museum ada, Van Gogh Museum, Rijksmuseum dan termasuklah sex museum. Tempat menarik yang lain, saperti Vondelpark, Madame Tussaud, Anne Frank House dan lelain. Dua lagi tempat yang terkenal di Armsterdam ia lah Red Light District dan Dam Square. Red Light District menjadi tumpuan pelancung2 diwaktu malam. Tempat yang penuh neon atau lampu berwarna merah. Lorong lorong yang penuh dengan pompuan yang perdagangkan tubuh dan sex shop. Memakai bikini dan duduk didalam bilik kaca sambil menunggu pelanggan. Yang herannya, berpusu pusu pelancung pompuan yang ronda2 kat area situ. Mungkin tempat tu lain dari yang lain. Satu keunikkan bandaraya  Armsterdam. Dam Square lak, jadik tumpuan orang ramai diwaktu petang dan malam. Kat situ ramai penggiat seni jalanan menunjukkan bakat dikawasan terbuka. Saperti ahli silap mata atau pemuzik.


Satu lagi yang agak unik dengan Armsterdam adalah ‘cannabis coffee shop’. Coffee shop untuk orang ramai bersantai sambil menghisap marijuana atau ganja. Ganja bebas dijual dan dihisap disana. Selalunya coffee shop penuh dengan pelancung dari luar. Mungkin dapat menghisap ganja sepuas hati tanpa berasa takut. Jauh berbeda dengan negara masing2. Keunikkan Armsterdam yang lain dari tempat lain.

Bendera Malaysia dekat Armsterdam



Aku nampak bendera Malaysia ni masa lepak kat Aroza hostel di Armsterdam. Satu malam aku kena bayar 20 euro, kurang lebih seratus rm dok kat hostel tu. Satu dorm ada dua belas orang. Boring giler. Bercampur lelaki dan pompuan. Tension beb.Tak boleh nak tido bogel hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...