Thursday

Jenny dan Cendawan Ajaib

Waktu aku tiba di Armsterdam cuaca agak sejuk. Berbeda dipadang pasir yang aku duduk. Mungkin disebabkan perubahan cuaca secara mengejut, aku demam secara tiba tiba. Agak teruk gak. Nasib baik aku ada bawak ubat. Kalau mengembara kemana mana memang aku bawak beberapa jenis ubat. Yang pasti, panadol, ubat batuk dan ubat sakit perut. Kat Armsterdam aku dok kat satu hostel. Terletak berhampiran area Damrak. Yang agak kurang seronok, dorm atau bilik aku tu berkongsi antara lelaki dan pompuan. Satu dorm atau bilik, ada lebing kurang sepuluh orang. First time aku tido sebilik dengan pompuan.  Ngeri gak memula. Nasib baik bukan berdua dengan pompuan. Bukan apa, takut aku diperkosa atau ternoda je.

Disebabkan aku demam. Aku batalkan plan aku untuk ke German dan Republic Czech. Hanya berihat je kat hostel dan ronda sekitar Armsterdam. Aku kenal atau bercampur ramai backpacker dari pelbagai negara masa dok kat hostel tu. Macam macam perangai. Esoknya masuk dua backpacker baru. Sorang lelaki dari Brasil dan sorang awek dari Sweden. Kelihatan dorang tu bercouple. Yang awek tu asyik usya aku je. Nasib baik aku tak naik perasan. Hanya tertanya tanya dalam hati kenapa dia usya aku semacam. Sebab aku hensem ke. Last last sibudak lelaki tu tegur aku. Aku pun berbual dengan dorang berdua.  Awek tu nama Jenny dan budak lelaki tu nama Albert. Dorang kenal dan rapat masa kat Paris. Baru lah yang pompuan tu beritau. Dia usya aku sebab tertanya tanya dalam hati, aku ni bangsa apa dan datang dari negara mana. Sejak tu kita orang jadik kawan baik. Sesekali makan dan jalan jalan bersama.

Satu hal pelik bila aku tengok Jenny, Albert dan beberapa backpacker lain. Asyik mengunyah chocolate dengan satu benda sambil layan music. Benda tu selalu disimpan dalam pack. Aku pun tanya dorang apa benda tu. Dorang kata benda tu Magic Mushroom. Kalau dalam bahasa melayu, bermakna Cendawan Ajaib. Tambah kata dorang, kalau makan benda tu, kepala bleh ‘high’. Mengasyikkan. Permandangan kita penuh dengan bintang yang berwarna warni. Magic mushroom mentah tu terpaksa dimakan dengan chocolate. Sebab rasanya memualkan dan untuk mengelak daripada muntah bila dikunyah.

Patutlah aku nampak banyak smart shop yang tertulis dan menjual magic mushroom disekitar Armsterdam. Dalam kedai tu penuh dengan lampu berwarna warni dan music bergenre electronica. Magic mushroom ada beberapa jenis. Harganya pun agak mahal dan bebas dijual. Lagi power lagi mahal. Aku tak penah jumpa ditempat lain. Tu lah kelebihan Armsterdam. Magic Mushroom dan ganja bebas dijual dan digunakan kat sana. Patutlah ramai pelancung ke Armsterdam. Satu kota yang unik dan indah.

1 comment:

Cikgu Jaja™ said...

ohh..err..dijual secara terbuka..bahaya tu.. mujur jimmy kuat iman.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...