Wednesday

Hilang Romantis Di Paris

Orang kata kota Paris tu kota yang paling romantis. Sorang kawan ada rekemen aku. Suggest aku tengok muvi ‘ Romance on the Orient Express’. Kisah percintaan satu couple backpacker kat Paris. Sampai sekarang blum jumpa lagi muvi tu. Muvi lama. Aku singgah tiga hari dua malam di Paris. Kat Paris aku lepak disatu hotel kat area Paris Saint Gemain.

Seblum sampai ke Paris. Aku dah plan, akan pegi ke tiga tempat je. Dah tentu Eiffel Tower dan beberapa tempat lain. Aku kesuntukan masa untuk menjelajah seluruh Kota Paris. Kota Paris memang banyak tempat menarik untuk dilawati. Banyak museum, garden, istana lama dan monument bersejarah lain. Amat indah diwaktu malam. Patut lah kota tu digelar "La Ville-Lumière" atau  the city of light.

Memang couple atau pasangan kekasih kat Paris kelihatan romantis. Jalan berpimpin tangan dan sentiasa bercium atau berkucup  antara satu sama lain. Agak berbeda skit dengan kota2 lain di Europe. Mungkin pasangan kekasih automatically jadik romantis bila berada di Paris. Yang pasti, jiwang atau romantis aku hilang bila berada kat sana. Aku bersendirian tanpa ada kekasih hati disisi. Tak dapat rasai dan tunjukkan aku punya romantis cam mana. Kalau awek aku ada. Lain pulak citer. Sesilap aku punya romantis kalah pasangan mat saleh.



Aku akan ceritakan pengalaman menjelajah Kota Paris di entry yang akan datang.

Monday

Sesat mencari kari kambing di Paharganj


Semasa aku mengembara ke India. Pintu masuk dah kuar adalah New Delhi. Masa aku kat Nepal, sorang kawan rekemen aku supaya dok kat Paharganj semasa aku melawat New Delhi. Siap dia suruhkan sorang kawan bookingkan aku punya bilik hotel. Aku mengembara dan menjelajah India selama seminggu selepas aku mengembara Nepal.

Sebelum sampai ke Paharganj, aku tertanya tanya apa kelebihan tempat tu. Rupanya dia terletak ditengah tengah New Delhi. Main Baazar dan Central Railway Station terletak kat kawasan situ. Dan banyak terdapat hotel2 murah dan sederhana. Aku dok kat satu hotel yang aku dah lupa nama. Not bad lah. Harga dalam lima puluh ringgit, toilet dalam bilik dan ada tv besar dan fridge. Paharganj agak sesak dengan orang ramai. Waktu siang dah malam. Kadang2 naik kusut dibuatnya. Nampak cam kelam kabut je tempat tu. 

Aku sampai kat Paharganj waktu senja. Pas check in kat hotel. Aku berihat kejap dalam bilik sambil layan tv. Saja nak tau camne siaran tv kat India. Macam2 channel aku jumpa. Satu je aku perasan, mostly iklan dimonoply oleh film star yang terkenal. Cam Shah Rukh Khan, Amir Khan dan Salman Khan. Sampai iklan cat rumah pun dia punya model Shah Rukh Khan. Betapa besarnya pengaruh film star kat sana.

Dalam pukul lapan aku kuar hotel nak makan. Dah seminggu aku tak makan daging. Seminggu kat Nepal sebelum tu aku agak berhati hati dengan makanan. Hanya makan nasi putih atau roti dengan dal dan kari kosong. Bila sampai je kat India, aku teringin sangat nak makan capati dengan kari kambing. Apa lagi, aku redah area kat hotel aku untuk carik restoren halal. Paharganj agak sesak dengan orang ramai dan suasananya agak kotor. Redah punya redah, last2 aku tersesat. Banyak sangat lorong yang aku redah. Jumpa restoren halal tak gak.

Aku tahan satu beca. Suruh hantar kat restoren halal yang berdekatan. Bermula lah rundingan tambang. Aku dah lupa berapa tukang bawak beca tu mintak. Dekat satu km gak baru sampai kat satu warung muslim. Aku suruh beca tu tunggu. Aku belasah capati dua keping dan kari kambing. Murah, dalam dua ringgit cam tu. Dalam kekenyangan aku suruh pak beca tu hantar aku balik kat hotel.  Yang jadik satu masaalah, aku lupa kat mana hotel aku. Aku suruh je beca tu carik sambil round2. Banyak aku jumpa yang tido kat kaki lima. Btul2 miskin kat sana. Dekat satu jam pusing sana pusing sini. Jumpa gak hotel aku. Satu pengalaman night life yang penuh adventure.

Maggie dan sardin


Kalau orang tanya aku, apakah makanan atau masakan peberet aku. Memng banyak. Tapi kalau orang tanya apakah makanan tradisional aku. Bukan rendang ke atau soto ke apa. Dah tentu jawapan aku ya lah maggie dan sardin. Memang tu lah makanan peberet ‘tanpa rela’ aku semasa diperantauan. Makanan yang tak menjemukan. Kemana pun aku mengembara, tetap aku bawak sama. Nak lak bila mengembara kenegara bukan islam. Takde masaalah dengan makanan halal akan timbul. Biarlah orang nak kata aku ni low class atau cikai. Tergiler dok layan maggie dan sardin.

Kalau ada kawan2 berasal dari Malaysia yang pulang bercuti ketanah air. Benda yang selalu aku kirimkan ya lah maggie perasa kari, sardin chap ayam dan kicap manis chap kipas. Benda tu semua memng aku tak jumpa pun kat sini. Memang ada brand lain. Rasa agak lain skit kat tekak aku. Kalau made in Malaysia punya, mentah2 pun aku bedal. Time aku malas atau takde mood nak masak. Dah bertahun aku dok kat luar negara. Dah jemu dengan makanan atau masakan tempatan negara aku dok ni. Ada masa datang dia punya mual. Hilang selera nak makan. Terpaksalah aku cari makanan tradisional aku. Yang tak menjemukan. Maggie dan sardin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...