Monday

Maggie dan sardin


Kalau orang tanya aku, apakah makanan atau masakan peberet aku. Memng banyak. Tapi kalau orang tanya apakah makanan tradisional aku. Bukan rendang ke atau soto ke apa. Dah tentu jawapan aku ya lah maggie dan sardin. Memang tu lah makanan peberet ‘tanpa rela’ aku semasa diperantauan. Makanan yang tak menjemukan. Kemana pun aku mengembara, tetap aku bawak sama. Nak lak bila mengembara kenegara bukan islam. Takde masaalah dengan makanan halal akan timbul. Biarlah orang nak kata aku ni low class atau cikai. Tergiler dok layan maggie dan sardin.

Kalau ada kawan2 berasal dari Malaysia yang pulang bercuti ketanah air. Benda yang selalu aku kirimkan ya lah maggie perasa kari, sardin chap ayam dan kicap manis chap kipas. Benda tu semua memng aku tak jumpa pun kat sini. Memang ada brand lain. Rasa agak lain skit kat tekak aku. Kalau made in Malaysia punya, mentah2 pun aku bedal. Time aku malas atau takde mood nak masak. Dah bertahun aku dok kat luar negara. Dah jemu dengan makanan atau masakan tempatan negara aku dok ni. Ada masa datang dia punya mual. Hilang selera nak makan. Terpaksalah aku cari makanan tradisional aku. Yang tak menjemukan. Maggie dan sardin.

2 comments:

Shari said...

hehe- maggie and biskut kering empat segi jadi makanan kegemaran saya masih di sek asrama....hehehe

Iam.Faith said...

hahaah.. I pernah makan maggie dlm baldi ramai... bayangkan kongsi 12 org.. paling kesian org last.. dah lah tinggal kuah n sisa maggie je.. lepas tu kena basuh baldi..

maggie mentah boleh telan lagi.. kira mcm makan mamie tu.. tapi kalau sardin mentah.. tak leh beb.. tak tahan bau.. hanyir.. hahhaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...