Monday

Bratislava ke Budapest

Aku sekarang berada di Budapest Hungary setelah menjelajah Berlin, Vienna dan Bratislava. Pagi tadi aku menaiki keretapi dari Bratislava ke Budapest. Dua hari aku berada di Bratislava. Perjalanan mengambil masa selama dua jam setengah dari Bratislava ke Budapest.

Bratislava

Bratislava

Dalam perjalanan tadi, aku lihat banyak lagi kawasan kawasan yang masih diseliputi oleh salji. Cuaca masih ditahap beku, nak lak diwaktu malam. Pengembaraan kali ini agak mencabar. Muka aku dah naik pedih dan bibir pun mula mengelupas. Pepun, aku dapat satu pengalaman yang manis walau pun sedikit mencabar. Pengembaraan ke beberapa negara di Eropah diwaktu musim sejuk.  

Dalam perjalanan

Dalam perjalanan

Di Budapest aku lepak kat satu hostel di kawasan Deak Ter. Terletak ditengah bandar dan ditepi sungai Danube. Tadi aku sempat ronda ronda sekejap ditepi sungai Danube. Budapest memang satu kota yang indah. Kota yang digelar Pearl Of Danube.

Budapest

Budapest

Esok bermulalah aku menjelajah kota Budapest. Mungkin aku akan berada di Budapest agak lama sedikit. Cost disini agak murah kalau dibandingkan dengan kota kota lain di Eropah. Kalau ada kesempatan nanti, akan aku cerita pengembaraan aku di Berlin, Vienna, Bratislava dan Budapest.

4 comments:

hanim said...

Salam Jimmy,
Aku baru je join blog ni... seronok tgk ko travel sesorang .. ko nak cover europe sampai bila?

HA

Cikgu Jaja™ said...

subhanallah..

jimmy, jaja rasa setiap saat yg jimmy ada, mahal harganya..

mengembaralah dan jgn lupa catatkannya di sini, aku suka membacanya

Jimmy said...

dua minggu travel europe kali ni...

saya akan coretkan pengalaman saya nanti...

mohd isa jamaluddin said...

Subhanallah Jimmy, WORLD is the best classroom and EXPERIENCES are the best teacher. ALLAH SWT telah memberi kesempatan pada Jimmy melihat keindahan alam maya ciptaanNYA. Oleh itu teruslah mencatat tips untuk rujukan traveller yang akan menjejaki langkah Jimmy termasuk saya BUDJET TRAVELLER...bulan June 2013 insyaALLAh akan keParis-Vienna(Wien)-Praque(Praha)-London-Paris..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...