Wednesday

Mentari di Zurich

Aku sampai di Zurich pagi tadi. Menaiki keretapi malam tadi dari Ljubljana. Perjalanan mengambil masa selama sebelas jam. Dalam perjalanan boleh nampak permandangan yang indah. Kawasan berbukit dan desa di Austria dan Switzerland diselaputi oleh salji.



Sampai je kat Zurich Railway Station, aku terus ke Tourist Information Centre. Dapatkan map atau peta Zurich sambil bertanya kedudukan City Backpacker Hostel. Hostel yang tak jauh dari stesen keretapi. Dalam sepuluh minit berjalan kaki. Aku ambil dorm yang berkongsi empat orang. Harga dalam 35 euro untuk satu hari. Hostel paling mahal yang pernah aku lepak. 






Walaupun penat dan tak cukup tido, aku sempat ronda ronda dikawasan yang berhampiran dengan hostel. Window shopping sekejap di  Bahnhofstrasse Street. Esok baru aku akan menjelajah kota Zurich. Waktu aku tiba pagi tadi cuaca agak sejuk. Tengah hari tadi mentari muncul dan sejuk mula berkurangan.Cuaca yang paling selesa selama aku mengembara kali ini.








Cost di Zurich agak tinggi. Zurich adalah bandar yang paling mahal di Europe. Satu botol coke berharga 4 euro dan satu hot dog berharga 6 euro. Berlipat ganda dari bandar lain di Eropah. Aku akan berada disini selama dua malam. Selepas itu aku akan pulang semula ke padang pasir. Aku rindu serindu rindunya dengan nasi dan kari. Selepas ni aku akan citer lagi tentang Zurich. Jumpa lagi.  

2 comments:

Azizan Zolkipli said...

35 Euro semalam untuk bermalam di hostel ? aduhhh, kalau di sini udah dapat dok hotel bagus tu huhuhu ...

ini macam, kena simpan lebih banyak wang lah kalau teringin mahu melancong di Europe ...

jimmy said...

aah...36 euro semalam kat hostel...kongsi empat orang satu dorm...tengok tmpt gak...cam hungary murah...zurich memang mahal giler...masuk toilet pun kena 2 euro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...