Thursday

1 Malaysia Di Oriental Kitchen

Semalam sorang kawan berbangsa Cina yang sama2 merantau ke Qatar telah mengajak aku makan di sebuah restoren Malaysia yang baru dibuka. Restoren Oriental Kitchen namanya. Terletak di C Ring, berhampiran dengan Al Masoura. Agak jauh dari tempat tinggal aku. Kami bertiga dengan sorang lagi perantau dari tanah air yang berbangsa India.


Setelah berbuka puasa ala kadar bersorangan didalam bilik, aku terus kesana. Sampai je, kedua kawan tu telah menunggu. Restoren tu penuh dengan pelanggan. Kebanyakannya rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Dari menu yang aku tengok, terdapat banyak masakan Cina dan Thai saperti ditanah air. Agak terkilan, tak ada masakan Melayu saperti asam pedas mee bandung atau soto. Aku makan nasi goreng, sayur kangkong dan yi yong. Minuman adalah air kelapa.


Mungkin kali kedua aku pergi kesana nanti, aku akan bedal kari kepala ikan. Aku suka dengan restoren tu. Suasananya saperti ditanah air. Suasana 1 Malaysia.

3 comments:

Danny / John said...

sungguh 1 malaysia kwn2 ko nih bro! mesti syahdu je bukak posa sorang2 kat umah. aku pun camtu. heheh. takpelah...pengalaman di bulan ramadhan.


sedapnyaaa kuih kat malaysia nih! haha giler jahat!

Jimmy said...

satu yg besh kalau makan sorang2...gelojos pun orang tak tau hehehe.

dapat gak rasa kuih malaysia semalam hehehe.

Cikgu Jaja™ said...

very2 seronok.. tengok laa nanti..jaja pon nak travel mcm jimmy jugak

:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...