Paling aku
rindu adalah bazaar ramadhan ditanah air. Sebelum aku merantau keluar negara,
aku pernah menetap dan berkerja di Terengganu hampir dua tahun. Pernah merasai
suasana ramadhan disana. Setiap hari selepas waktu kerja aku akan pergi ke
bazaar ramadhan disekitar Kemaman dan Kerteh. Tak banyak pilihan kuih muih dan masakan
kegemaran aku. Agak berbeda dari kuih muih dan masakan di kampong aku dekat JB
dan negeri2 disebelah pantai barat. Disana baru aku kenal dan merasai kuih
akok, tahi itek, laksam, satar dan beberapa jenis lagi.
Kuih Koci - Salah satu kuih kegemaran aku |
Setiap
hujung minggu dan hari tak berkerja aku akan turun ke Kuantan. Bazaar ramadhan disana
agak berlainan skit. Lebih banyak jenis dan pilihan kuih muih dan masakan.
Salah satunya dan menjadi favourite aku adalah kuih General Mabok. Aku tau dan
pertama kali dengar nama kuih tu semasa aku nak membelinya. Sampai sekarang aku
tertanya tanya kenapa kuih tu dinamakan General Mabok. Pepun, satu lagi masakan
baru di Kuantan yang dah jadi kegemaran aku adalah ikan patin dibakar dengan
tempoyak.Yummy.
Salam
Ramadhan dan selamat berbuka puasa untuk semua.
4 comments:
SEDAP SUNGGUH TENGOK KUIH KOCI TU. sELAMAT SEMUANYA YA BRO.
setakat tengok gambar je bro...nak makan tak tercapai oleh tangan dan mulut hehehe...same goes to you.
ramadhan kareem...selamat berpuasa...
salam perantau... ^^,
salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk amie diperantauan...moga success...:)
Post a Comment