Monday

Berhujung Minggu Ke Dubai

Sorang kawan mengajak aku bercuti ke Dubai pada cuti Aidil Fitri yang hampir menjelang. Aku kurang berminat, lagi pun aku akan beraya di offshore nanti. Dah beberapa kali aku ke Dubai waktu weekend dan transit. Rakyat Malaysia bebas keluar masuk tanpa visa. Dari tempat aku tak lah jauh mana. Setengah jam je flight. Tambang pun agak murah kalau naik Fly Dubai. Dalam dua ratus ringgit lebih pergi balik. Dubai menjadi tumpuan dihujung minggu bagi penduduk Arab dari Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrain. Dorang kesana untuk berhibur dan shopping.




Dubai adalah satu2nya kota di negara Teluk dan Arab yang mempunyai Metro atau LRT. Tapi orang ramai lebih memilih untuk menaiki teksi untuk kesana sini. Teksi agak murah dan selesa. Harga hotel agak sederhana. Tak lah mahal mana. Yang agak selesa dalam dua ratus ringgit satu bilik. Harga hostel aku tak pasti dan ada atau pun tak. Dubai bukanlah destinasi pilihan bagi backpacker. Tak ada monument bersejarah saperti castle. 




Suasana di Dubai lebih kurang sama dengan tempat aku menetap sekarang ni. Kedua dua kota ini bersaing antara satu sama lain. Untuk mengejar harus kemodenan. Bangunan pengcakar langit tumbuh macam cendawan. Kadang2 terasa berada di India atau Manila. Dimana mana akan kelihatan warga India dan Filipino. Dua bangsa yang menjadi majority perkerja asing.



Ada beberapa tempat menarik di Dubai untuk dilawati. Salah satunya, dah tentu bangunan yang tertinggi didunia ia itu Burj Khalifa. Bukan saperti Petronas Twin Tower, bayaran masuk percuma untuk melawat ketingkat atas. Tiket untuk ketingkat atas Burj Khalifa berharga ratusan ringgit.  Terlalu mahal. Aku tak naik keatas, kurang pasti berapa harga tiket yang sebenar.


Selain dari Burj Khalifa, tempat lain yang menjadi tumpuan adalah Dubai Museum, Dubai Aquarium and Underwater Zoo, Dubai Zoo, Ski Dubai. Dan beberapa tempat untuk bersiar siar ditepi laut saperti Dubai Marina dan Jumeirah Beach.



Untuk shopping, terdapat banyak shopping mall yang moden dan souk atau bazaar. Yang agak terkenal adalah The Dubai Mall, Marina Mall, Mall of Emirates, Gold Souk dan banyak lagi. Perempuan yang gila shopping akan jadik kelabu mata bila berada di Dubai. Bawak je lah duit lelebih bila kesana.

4 comments:

Janggel said...

Wah dahsyat jugak Dubai ni ye, siap ada tempat main ski lagi..

Jimmy said...

dorang banyak duit janggel...lagi pun dorang tak ada tarikan alam semula jadi dan monument bersejarah.

Syiela ;) said...

Hee Petronas Twin Tower kena bayar tiket lah. Tapi takda la semahal Burj Khalifa ni. Kalau tak silap RM 200++ duit kita, rasanya tiket menara paling mahal dalam dunia.

Jimmy said...

tak tau pulak saya yg twin tower kena bayar...dulu free kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...